Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KETUPAT PALAS





Oleh kerana hari ini hari Rabu, jadi saya persembahkan satu hidangan yang paling glamer dan memenangi hati ramai orang di Pasar Rabu di kampung saya. Kalau bulan puasa (kantin sekolah tutup) emak  akan buat ketupat dan dipasarkan dengan cemerlangnya oleh arwah Ayah. Bagus betul kerjasama suami isteri romantis tu. Walaupun Ayah sakit dan tak mampu buat kerja berat, tapi Ayah tetap berusaha untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga. Hari Rabu juga kunjungan orang ke barber corner Ayah meningkat berganda-ganda. Paling best, hari Rabulah  saya boleh berbelanja 'mewah' beli gula-gula tic-tac. Urghhh!


Jika berpuluh-puluh tahun dahulu, ketupat ini bergantungan riang di handle motor Ayah pada setiap Rabu, hari ini saya gantungkan juga bagi mengingati kenangan itu. Kisah sebuah keluarga bahagia, Si Penjual Ketupat dan Anak-anaknya. :)





Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut (basuh dan direndam semalaman)
Santan pekat (anggaran 1 1/2 cawan)
Garam
1-2 helai daun pandan
Secubit dua gula

Cara-cara: 


  • Kukus pulut  hingga naik wap. Kacau sekali-sekala. Sementara itu masak santan dengan api perlahan. Masukkan simpulan daun pandan, garam dan secubit  dua gula. 


  • Masak hingga mendidih kecil. Tutup api. 


  • Keluarkan pulut  dari pengukus. Seelok-eloknya masukkan dalam bekas yang besar kerana memudahkan proses menggaulnya nanti. 


  • Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga pulut  kelihatan kembang dan lembut. Kukus semula hingga pulut masak.


  • Bungkuskan dalam daun palas. Kukus lagi hingga daun layu. 



  • 5 Responses to KETUPAT PALAS

    Leave a Reply