Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for June 2013

KEK CHIFFON MARBLE

Kelentang kelenting ting ting ting hati saya berlagu riang bila dapat berita sekolah terpaksa ditutup sebab keadaan jerebu yang  sedang menguji kita. Sampaikan tak perasaan apa sebenarnya mesej yang Sang Pencipta nak bagitau sebab dok ralit sangat  semua orang mengupdate status di FB. "Keadaan jerebu dari tingkap rumah saya". Sebelah tingkap ada terselit gambar handbag baru. "Bla bla kasut baru RM499 jer murah gila bla bla beli online bla bla sebab tak dapat keluar bla bla jerebu di Jelebu"

Padahnya, hati berbunga-bunga 'riak' sebab tanpa sedar eh tersnap pulak gambar handbag, eh gambar kasut jenama mahal  dan eh tertunjuk pulak pada 1,108 orang kawan dalam friend list. Dan eh kawan-kawan komen bertuahnya kau dan jeles jeles jelesnya aku siot! dan wah wah omaigad cantiknya cantiknya gojes gilers babeng!. Ada 58 komen semua. 
Tolonglah jangan begitu. Banyak cara untuk meluahkan dan berkongsi    kegembiraan. Sedar tak sedar aje kita dengan gigihnya sedang mengumpul 'bebanan' di bahu kiri. :)

Maafkan saya kalau sebenarnya saya cuma menuduh anda riak dan takabbur  dengan status sebegitu padahal kamu chill-chill aje walhal saya yang jelesnya aku nork! tengok kau ada itu ini. Detsit!
Kek  ni tak dapat 58 pujian pun di FB. Tapi saya tau, jauh di sudut hati yang menengoknya mesti kata oh menariks giles ini kek. Khan? Yup, umum mengetahui bahawa kek cipon memanglah terbaik antara yang terbaik. 

Kali ni versi aku tamak, ye aku memang perempuan tamak!. Biasanya saya ikut resepi yang gunakan 4 biji telur. Kali ni tamak punya pasal, guna resepi 6 biji telur pulak. Kaedahnya sama, rasa dan gebu geli-gelipun semacam. Cuma keknya akan lebih comey dari kak Ton sebab ketinggiannya ala-ala Model Rembau Most Wanted Yaw!. 
Untuk versi pendek dan ketot sikit je klik kat SINISANASITU dan SINUN
Bahan-bahan A:
6 biji kuning telur
1 cawan gula halus
2/3 cawan santan (saya gunakan susu penuh krim)
2/3 cawan minyak mazola (saya gunakan minyak canola)
Perisa pandan (saya gunakan perisa pandan dan perisa strawberry)
1/4 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum (saya gunakan tepung superfine)
1/2 sudu teh baking powder
Bahan-bahan B:
 6 biji putih telur
2/3 cawan gula halus
1 sudu teh cream of tar tar

Cara-cara:
  • Pukul telur kuning dengan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan minyak jagung dan pukul hingga sekata.
  • Masukkan susu dan putar perlahan-lahan. Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder dan garam.
  • Kacau dengan spatula hingga rata. Ketepikan.
  • Pukul putih telur dalam bekas berasingan.
  • Bila telur sudah berbuih, masukkan gula dan cream of tar-tar.
  • Putar dengan kelajuan maksimum hingga mencapai soft peak dan menjadi meringue.
  • Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kacau secara kaup balik (folded) perlahan-lahan untuk mengelakkan gelembung udara rosak.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Masukkan satu bahagian dengan perisa pandan dan satu lagi dengan perisa strawberi.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli.
  • Bakar dalam acuan angle pan. Acuan tidak perlu digris dengan marjerin/butter. Cukup sekadar dilap bersih dan kering.
  • Bakar pada suhu 160-170 darjah C kira-kira 40 minit atau sehingga kek masak.
  • Apabila kek telah masak, cepat-cepat terbalikkan loyang untuk mengelakkan kek mendap.
  • Tunggu  sehingga kek  betul-betul sejuk dan bolehlah sisip pisau plastik pada sisi loyang untuk mengeluarkan kek.

BLUEBERRY MACARONS

Assalam ibuk-ibuk gojes dan manis-manis belaka. Wah senyum terus. Apa khabar mama mummy yang banyak lemak sekalian? Amacam? Hee. 

Mana datangnya angin gebu-gebu meniup saya tiba-tiba membuat come back dengan macarons ni. Ya, lebih setahun rasanya saya dengan muka selamba yaya dan keras hatinya mengenepikan semua 'order-order' dari anak-anak sedara. 
Pujilah macam mana sedapnya macarons Cikda ni, takde heh ai nak layan. Okeh. Saya nak mula. Mad mad macarons lah lepas ni. Merah biru kuning hijau. Tapi yang coklat masih menjadi pilihan. Dan owh, tolonglah pulak bagi banyak-banyak resepi kat saya yang gunakan kuning telur boleh?
Suatu hari 2 tahun lepas, saya beli macarons silicon pad jauh dari Singapore nun. Siapa lagi kalau tak sifoo macarons, Rima. Harganya, bisa membuatkan mata saya berkelip-kelip sampaikan susah nak berhentilah. Kelip-kelip ku sangka apipun rasa pelik, lu pehal?

Dan ceh ceh ceh, semalam saya ke kedai bakeri, ada beb jual yang copycat punya. Adeh, harganya lebih murah daripada silpad yang didatangkan khas dari Amareka tu. :(
Macarons coklat idola anak sedara saya kat SINI
Bahan-bahan:
Sumber : Chef Angelina ICCA
Bahan-bahan:
80gram serbuk almond (saya jemur tengah  panas untuk pastikan betul-betul kering)
140 gram gula icing
80 gram putih telur (pastikan pada suhu bilik)
65 gram gula halus
1 sudu teh perisa blueberry
1-2 titis pewarna pink
Cara-cara:
  • Ayak gula icing dua kali. Masukkan  serbuk  badam, gaul sekata dan ketepikan. Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi, masukkan gula halus dan pukul lagi hingga adunan menjadi glossy dan soft peak*
* jika kita gunakan stand mixer, cabut beater-celup dalam adunan dan bila diangkat akan kelihatan bertanduk.
*Jika menggunakan hand mixer, cuba terbalikkan mangkuk, adunan stay dan buih-buihnya sangat halus dan glossy.Bahagian ini akan menentukan adunan kita licin dan macaron kita akan membentuk kaki yang sempurna.
  • Masukkan perisa blueberry dan pewarna pink. Masukkan campuran serbuk badam tadi (3 kali) dan gaul secara kaup balik dengan spatula. Semasa proses ini, adunan yang ok akan berkilat dan licin. Sila cuba jatuhkan adunan ke dalam mangkuk dan ianya akan membentuk simpulan riben yang besar.
  • Panaskan oven 20 minit lebih awal.
  • Sediakan tray yang dilapik dengan macarons silicon pad/silpad/parchment  paper. Masukkan dalam piping bag, dan pipekan mengikut template atau saiz  yang dikehendaki.  Rehatkan adunan kira-kira 30 minit. Bakar dengan api sederhana kira-kira 10-12 minit dengan suhu 150 deg C.
  • Sandwichkan dengan filling kesukaan.
CHOCOLATE GANACHE:
120g dark chocolate
110 g whipping cream
50g butter

Cara :


  • Panaskan whipping cream hingga timbul buih-buih halus. 
  • Masukkan butter dan chocolate, kacau hingga sebati. 
  • Sejukkan dan bolehlah dipipe pada macarons. Sejukkan macarons yang telah siap dalam peti ais.

SUPERCALIFRAGILISTICEXPIALIDOCIOUS CUP CAKES

Supercalifragilisticexpialidocious.Super-cali-fra-gi-lis-tic-ex-pia-li-do-ci-ous.  

Asalnya saya menonton (wah sopan) tengok rancangan Cup Cakes Wars kat channel berapa dah lupa. Setiap episod ada tema. Dalam episod tu peserta kena buat cup cakes untuk ada sorang penyanyi omputis ni. First time ai dengar nama dia yu! Nampak sangat dia tak glamer. Heeee. So cup cakes yang dibuat tu semua berdasarkan lagu-lagu dan character penyanyi tulah. Tengok jugek eh? Ceh! Letih je ai cerita.
Lepas tu (eh 2,3 hari lepas tu) sayapun google lah resepi cup cakes yang menang tu. Ai pun nak 'menang' juga di mata juri-juri dalam rumah ni. Walaupun juri-juri kecil nilah yang kadang-kadang buatkan air mata saya berjurai-jurai. Ok, saya terima hakikat. Anak-anak memang macam tu. Saya yang sepatutnya lebih tekun mentelaah cara  yang terbaik untuk mentarbiah mereka. :)
Sedap rasanya kek vanilla yang bergabung erat dengan karamel. Nama penuh cup cakes ni Salted Caramel Cup Cakes With Pecan Coconut Brittle Crumble And Caramel Swiss Buttercream benornya.  Tapi dinamakan sebegitu untuk menggambarkan betapa super-cali-fra-gi-lis-tic-ex-pia-li-do-cious macam tajuk lagunya. Saya skip part untuk sediakan garnishnya tu. Untuk buttercream pulak saya guna resepi buttercream biasa. 
Ok, part paling ewah poyo wah wah wah. Komen juri. Heee. Cup cakes ni manisnya macam saya jaman dulu. Oh, sekarang saya masih lagi manis walaupun kat muka dah ada retak-retak sikit akibat agen anti penuaan yang gagal berfungsi dengan baik. Ok, boley blas!
 Sumber:  DARI SINI
* saya buat setengah adunan daripada resepi asal. Resepi di bawah adalah resepi yang telah dibahagi dua.
Saiz hidangan : 12 cup cakes bersaiz L
Bahan-bahan (Salted caramel)
* saya gunakan resepi dari seorang sifu saya di ICCA beberapa tahun lepas
175g gula
175g  salted butter-lembutkan (jangan sampai nampak berminyak) - lagi sedap jika menggunakan butter berkualiti tinggi * saya gunakan brand SCS
125g non-dairy whipping cream
Cara-cara:
  • Masak whipping cream dengan api perlahan hingga timbul buih-buih kecil. Ketepikan.
  • Di dalam bekas lain, goreng gula sehingga mencair dan berwarna keperangan. (jangan goreng terlalu gelap kerana rasanya akan pahit)
  • Tuang whipping cream tadi ke dalam caramalized gula  perlahan-lahan dan kacau rata.
  • Apabila adunan telah sebati, masukkan butter sedikit demi sedikit.
  • Kacau hingga semuanya larut dan licin. Karamel yang elok kejadiannya apabila ianya smooth dan berkilat. 
  • Karamel mengambil masa kira-kira 3-4 jam untuk menjadi pekat/kental. Ianya boleh disediakan lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Untuk mencairkannya, cuma biarkan pada suhu bilik.
  • Resepi ni menghasilkan kira-kira 1 1/2 cawan karamel.
Bahan-bahan kek vanilla:
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung superfine
1/ tbs baking powder
1 sudu teh garam
80ml susu
113g butter
2-3 titis esen vanilla
3/4 cawan gula
2 biji telur

Cara-cara:
  • Ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan
  • Pukul butter dengan gula hingga sebati dan kembang. Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan esen vanilla dan garam. Pukul lagi hingga gebu.
  • Masukkan tepung diselang-selikan dengan susu. 
  • Masukkan ke dalam paper cup sehingga 3/4 penuh. Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira 15 minit ataupun sehingga masak.
  • Pastikan oven telahpun dipanaskan terlebih dahulu.
Bahan-bahan butter cream:
250g salted butter
1/2 cawan gula icing
3 sudu besar susu full cream/segar
2-3 titis esen vanilla
Cara-cara:
  • Pukul butter hingga kembang. Masukkan gula dan pukul hingga gebu dan sebati. Masukkan esen vanilla dan susu. 
  • Pukul hingga semuanya sebati. Sedia untuk digunakan.
Untuk pecan coconut brittle, saya skip - untuk resepi sila rujuk link kat atas tu ye. :)
Cara-cara untuk assemble cake:
  • Korek tengah cup cakes dan keluarkan sedikit kek di bahagian tengahnya.
  • Masukkan karamel.
  • Pipekan buttercream dan hiaskan. 

KEK LUMUT DENGAN CAPPUCCINO

Saya ada beberapa orang kenalan rapat yang telah berbelas-belas tahun kahwin tetapi masih belum rasa pahitpedasmanismasinmasampedarlidasnya mempunyai zuriat sendiri. Mereka chill aje. 
Macam tulah. Tolong terjemahkan makna hidup yang penuh gemilang ini dengan cara yang lebih best dan giant, boleh tak? Jangan salah sangka. Saya tidak sesekali cuba mengenepikan keinginan kamu untuk membelai bayi, menghirup bau syurga dari seluruh tubuh mulus bayi. Bukan. Apatah lagi keinginan yang meluap dan membuak-buak untuk membeli dan terus tak sedar diri membeli keperluan dan yang tak berapa nak perlu sangat untuk baby.Kan? 
Ya, memang akan ada perasaan yang sedikit  tercalar pedih. Ada kesunyian yang mendalam dan sangat hiba rasanya. Tetapi, meratap menangis berkeluh kesah itu mana faedahnya? 
Senang saja nasihat saya. Bawa jiwa bertemu Tuhan. Bungkus rasa dan serahkan kepada Dia. Dia yang lebih memahami kamu dan tahu what is the bestest for you.  Ha kau, akak bukan boleh berleter. kalau berleter mulalah nak keluar loghat kampung mak akak pulek.  
Tetiba akan ada rasa bergemerlapan diiringi  percikan bunga api gitu bila makan kek ni. Gabungan rasa pandan dan cappuccino  menjadikan aduh sedap sungguh kek yang asalnya adalah kek lumut dari Dayang Jack ni. Saya ejas sikit ye Dayang. :)
Sumber : Dayang Jack Dapur Ku Sayang  dan juga Kak Yatie Sinar Kehidupan
Versi lumut yang bapak ah lopek sedapnya kat SINI
Bahan-bahan:
250g butter
3/4 cawan gula halus (saya masukkan 1/2 cawan sahaja)
4 biji telur
2,3 titis esen vanilla
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan horlicks
3/4 cawan tepung superfine (tepung gandum juga boleh)
Perisa pandan dan perisa cappuccino/cappuccino emulco

Cara-cara:
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang dan sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul rata.
  • Masukkan esen vanilla dan seri kaya. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
  • Selang-selikan tepung dan horlicks dan pukul perlahan hingga sebati.
  • Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan pewarna hijau dan perisa pandan. Manakala satu bahagian lagi masukkan perisa cappuccino.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak/marjerin secara berselang-seli.
  • Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus kira-kira 2 hingga 2 1/2 jam.

APAM KELEDEK UNGU

Sambil masak laksa kuah lemak seperiuk, sambil kembang-kempis jugalah  hidung Kavitha Kaur ai ni. Sebenarnya sebab tak sabar nak berjumpa hadirin hadirat sekalian yang terdiri daripada adik-beradik je. Hee. 
Ambil berkat orang balik umrah. Alhamdulillah satu-satunya kakak saya kembali dengan selamat dan statement biasa " nak gi lagi!" Tempat yang paling terbestest sekali atas dunia, of course rasa nak pergi lagi , nak pergi lagi akan kekal di sudut hati.
3 hari dah Syaaban berlalu. Makin mendekati Ramadhan yang sentiasa dirindu, kan? Er puasa dah habis ganti ke belum? Cegahlah sebelum parah ye. 

Tapi laksa lemak yang sedap tu dah licin. So apam keledek untuk berbuka puasa boleh? Alah...sedap tau apam ni, dahlah janganlah meminta-minta pada yang tiada. :)
Resepi asal adalah apam labu. Siapa lagi kalau tak si Izah yang gudes-gudes ai suh buat apam sedap ni. Dan, idola sepanjang jaman, Hajah Kak Ummi. Tengs!
Bahan-bahan:Bahan A
3 tbs tepung gandum
1 tbs gula
2 tsp yis segera
3 tbs air suam
Bahan B
240g keledek ungu(rebus, lenyek dan ditimbang) 
150g gula pasir
150ml santan 
1 biji telur
Bahan C
200g tepung gandum
1 tsp baking powder
Cara-cara:
  • Satukan Bahan A dan peram kira-kira 10 minit. Ketepikan.
  • Campur Bahan B dan kisar halus. 
  • Campurkan Bahan B dan C. Pukul dengan hand whisk hingga sebati. 
  • Masukkan Bahan A dan kacau rata. 
  • Peram kira-kira satu jam.
  • Masukkan ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh. Kukus hingga masak kira-kira 15 minit.
REMBAU MOST WANTED YAWW!!


PUDING KELAPA LAUT

Reti membuat puding dengan susu cair? Rasa nak mendabik dada gila. Tengs to Bibik  Sahabat Ketat Saya yang jamu manusia peghak ni dengan puding peach yang wuh sangat heaven pada keadaan tekak ketika itu. Owh, bibik untuk wong jowo tu maknanya untielah kan. Maklumlah sahabat daun kecur mbakyu walinong panakosayo nang wakas  saya ni kan wong jowo. Hahaha sesedap rasa haku menjowofilipinokan bahasa. Hampun Che Un!
Ai budak kampung. Bertahun-tahun duduk asrama. Bila sambung belajar lepas tu, duduk asrama lagi. Nun lagi jauh di ceruk Changloon pulak. Lagi dahsyat hutan keliling. So manalah tau adanya nikmat-nikmat dunia sebegitu. :(
Pertama kali bakal abang ipar berkunjung ke rumah, amboi hidang puding peach yu! Hahaha, punyalah termanis puding tu walaupun rupanya sangat menyamai puding Bibik yang sungguh muhibbah tu. Nasib baik puding tu tak melantun balik ke muka saya. Yelah, mana tau tiba-tiba abang ipar tensi ingatkan saya nak sabotaj dia ke hape.

Bila dah memasuki dunia ibu-ibu ni, rupa-rupanya... betullah macam tag line Cik Mat Gebu, semua tanpa sempadan. Nak dengan taknak aje kekdahnya.

Macam promo untuk blog CMG ye. Humm, kalau saya tak promo pun rasanya memang CMG sentiasa dekat di dapur dan periuk belanga kita dah pun, tak gitu ibuk-ibuk gojes sekalian?
Puding yang urban dalam suasana desa gitu. Sangat  gojes rasanya kelapa laut ni kalau dibuat puding. Rasa seakan-akan puding gula merah dan macam rasa teh kundur dalam tin tu. :) 

Nyaman untuk permulaan hari-hari yang kalut dan di saat tekak langsung tak sempat nak hirup seteguk dua air. Haish! Jangan la bekerja bermati-matian begitu. Macam kawan saya, hari minggu kerja, malam kerja. Ada sorang lagi tu, tangan fractured  sebab tertonggeng masa ice-skatingpun bos suruh kerja. Apa da!
Bahan-bahan:
1 tin  (saiz tin 565g) buah kelapa laut (asingkan isi dengan airnya)* saya gunakan jenama Hosen
1 cawan whipping cream
5 gram  serbuk agar-agar (anggaran 2 sudu teh)

Cara-cara:
  • Asingkan buah kelapa laut dengan airnya. Hiris/potong kecil isinya dan ketepikan.
  • Campurkan air kelapa laut dengan whipping cream sehingga menjadi sukatan cecair sebanyak 650ml. (Masukkan sedikit untuk mencukupkan sukatan sebanyak 650ml tersebut)
  • Campurkan bahan cecair tadi dengan serbuk agar-agar.
  • Kacau sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
  • Apabila telah mendidih, masukkan hirisan kelapa laut dan sejukkan.
Nota:
Air buah kelapa laut dalam tin ini sangat manis. Jadi untuk jenama Hosen ini tidak perlu ditambah gula. Jika menggunakan jenama lain, sukatan gula perlu ditambah accordingly.

PEANUT BUTTER BROWNIES

Acara makan sedang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang. Masih. Siapalah kita nak menolak kalau yang sedap-sedap bakal menerjah tekak. Macam buaya, ada ke masa menolak bangkai? Aduh, bughuk pulak perumpamaan untuk diri sendiri. 

Ramai ke yang berpuasa sunat Rejab? Oh ya, mohon adab-adab berpuasa tu jaga elok-elok. Antaranya tak boleh berangan-angan nak makan apa masa berbuka puasa tu nanti. Pagi-pagi lagi dah 14 keping resepi kena print guna reta benda company. Hehehe. Tengahari karang, tambah lagi 8 keping bersamaan 16 resepi sebab print depan belakang. Tu kelaku hampeh ai gak  dedulu. So perlahan-lahan kita tinggalkan ye.   Moga Allah ampunkan saya. ^__^

Brownies kak Martha Tilaar Stewart ni tak lah difusion gedeboom sangat rasa dia. Tapi biasaklah kalau omputis buat semua nampak sempurna, semua nampak hebat. Kenapa ye?

Saya bagi markah kesian kat brownies resepi kak Martha ni 7/10 ajelah. Walhal dalam komen, rating 9.5 yang diterima buatkan saya selok kero nak buat brownies yang menggunakan peanut butter filling. 

Bahan-bahan (saya adjust sikit-lepas convertkan kepada timbangan gram/cawan)
Resepi asal kat SINI
120g butter
170g coklat kurang manis (saya gunakan milk chocolate coins jenama Berry's)
2/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan gula halus
3 biji telur
2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
  • Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Lapik dengan baking paper. Ketepikan.
  • Panaskan butter dengan api perlahan. Apabila butter mula mencair, masukkan coklat.
  • Kacau rata hingga coklat mencair sepenuhnya. Sejukkan.
  • Apabila adunan coklat telah sejuk, masukkan gula dan pukul sedikit untuk  memastikan gula larut dan sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati. Masukkan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan baking powder. Juga garam. Kacau sebati. Ketepikan sebentar. 
  • Sediakan peanut butter filling.
Bahan-bahan untuk peanut butter filling:
50g butter
1/2 cawan gula halus (saya masukkan 1/4 cawan sahaja)
3/4 cawan peanut butter (saya masukkan secawan)
Sedikit garam

Cara-cara:
  • Pukul butter dengan gula hingga sebati.
  • Masukkan peanut butter dan garam. Kacau hingga sebati.
  • Tuang sedikit demi sedikit filling ke atas adunan brownies. 
  • Bentukkan seperti marble/swirl untuk mencorakkannya.
  • Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira  40 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong. 
Saya kurang suka brownies yang bertekstur macam ni, Pada tekak saya, brownies mesti lebih padat, chewy goey dan kalau brownies coklat haruslah terserlah rasa coklat yang kuat. Err siapakah daku yang layak memberi komen-komen sebegini? 

DOUBLE CHOCOLATE MUFFINS

Melenggang saya ke Tesco semalam. Dalam kedemaman. Ambik angin katanya. Lalu depan satu stall produk kurus tu, budak tu siap tarik lengan saya. Suruh singgah. Mujur tak terbertas batu-batuan yang bergermerlapan bling-bling kat baju ai.
Terus muka ai berubah menjadi 'humaira' taw bila dia sua maklumat pasal produk tu. Spontan saya jeling kat sorang perempuan yang kebetulan  lalu kat belakang saya. Dagu dia dua lapis macam saya juga. Tapi tak ada lah pulak budak salesgirl tu tarik tangan dia suruh dengar penerangan bla bla bla kurus bla bla metabolisme bla bla untuk kesihatan bla bla suami sayang. Haih! Rimas daku dalam dakapan mu tau tak dik!
Tapi macam biasa. Saya berlalu pergi. Balik godek mafin. Haha apa kejadahnya heh nak masuk dalam hati walaupun  ada suara terngiang-ngiang dalam mimpi ngeri. Bila saya tersedar dari mimpi ngeri tu, muka berpeluh-peluh dan terus keinsafan datang dalam jiwa. Akibatnya tengah-tengah keheningan malam, akak kayuh beskal setempat. Terbakar hatinya yang sepi sambil 386kcal berjaya dikorbankan. Wuhh!

Owh lamunan ku terpaksa dihentikan. Sebab sedap sangat menggonyel muffin. Mudah.my aje membuatnya. Walaupun pada ketika dan saat ini beberapa tahun lepas, saya dengan gigihnya mengangkut muffin mix kat Yummie Bakery nun. Hehehe.
Resepi dari BEST RECIPES.COM
1/2 cawan minyak jagung (saya guna butter yang dicairkan)
2 cawan tepung naik sendiri
1 biji telur
1/4 -1/3 cawan serbuk koko (saya gunakan 1/3 cawan serbuk coklat)
3/4 cawan gula halus
1 1/3 cawan susu (saya gunakan susu coklat)
3/4 cawan coklat putih (saya gunakan choc chips)
3/4 cawan semi sweet chocolate (hiris nipis/kecil)
Secubit dua garam (saya tambah)

Cara-cara:
  • Gaulkan chocolate chips dengan tepung. Ketepikan. * Ini bertujuan untuk mengelakkan chocolate chips tenggelam dan karam ke dasar muffin. Err ni kak Giada@Home yang wazzap saya bagi tau petua ni. :)
  • Pukul telur perlahan-lahan dengan senduk kayu/spatula. Masukkan gula dan kacau lagi. 
  • Apabila sebati, masukkan minyak.
  • Tuang susu perlahan-lahan. Kacau rata.
  • Masukkan tepung dan selang seli dengan coklat tadi.
  • Kacau sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin sehingga 3/4 penuh.
  • Bakar kira-kira 8-10 minit atau sehingga masak.