Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DONUT PULUT HITAM

Saya tak pernah bertanya khabar rakan-rakan yang menyinggah ke sini kan? Sombong giler! Hikhikhik. Bukan apa, saya pasti (walau bukan 100%)  rakan-rakan sekalian mesti sihat walafiat. Ah dah tu boleh selak blog demi blog sambil jilat skrin, tu bukan sihat namanya? Orang sakit je yang tak selera makan.  Oh ada lagi, orang kaya banyak masalahpun tak selera makan jugakan. Haip!
Alkisahnya bila 90% daripada masa yang dikurnia digunakan untuk memikirkan nak makan apa, nak makan apa ari ni ooooiDalam sehari 14 kali selak buku resepi, 14 kali juga surf merata hala dalam internet cari idea nak masak apa.  
Berbaki lebih kurang 2 cawan pulut hitam yang direbus lebih buat bubur pulut hitam kegemaran kekanda Sang Arjuna. Maka terhasillah donut yang namanya je hitam tapi rupanya suci dan rasanya yang gebu gebana ni. 
Ngap 3 ketul buat buka puasa, tersandar! Mahu bersandar macam saya? Silalah. Boleh aje kalau nak beli kat kakak jangok eye shadow biru tepi simpang kedai gunting tu, tapi tak feel la kan. Entah-entah pembayang mata jatuh dalam adunan donut tu, tu yang buat habibi hubbypun terbayaaaaaang dan terkenang-terkenaaaaang kat kakak jangok. Mahu? Heeee
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi dari donut keeper Izah. Ini  versi keladi dan versi keledek
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
11g yis kering
100g gula pasir
4 biji kuning telur (saya gunakan dua biji sahaja)
50g susu tepung
200g pulut hitam yang telah direbus
100ml air dari peti sejuk (untuk versi pulut hitam, sukatan air adalah kurang daripada 100ml, jadi masukkan air sedikit demi sedikit)
Secubit dua garam
1 sudu besar donut improver (saya tambah)
Cara-cara:

  • Kisar pulut hitam yang telah direbus dengan air yang minimum hingga halus. Teksturnya akan menjadi pekat dan agak kental. 
  • Campurkan semua bahan ke dalam mixer  kecuali garam dan air. Gunakan hook beater. * Cara menguli dengan tangan sama juga stepnya dengan menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, cuma ikut sahaja langkah BM masing-masing.
  • Pukul hingga doh hingga agak sebati dan barulah masukkan garam dan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh menjadi elastik dan  licin.
  • Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda. Apabila doh telah mengembang, tumbuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
  • Canaikan dan tekap dengan acuan  donut. Taburkan sedikit tepung gandum pada doh dan juga acuan jika doh agak lembik dan melekat.
  • Rehatkan donut sekali lagi hingga naik.
  • Goreng dengan  api yang sederhana untuk mengelakkan donut menggerutu dan berbintil.
  • Sejukkan sebelum ditabur dengan gula halus/gula icing atau topping kesukaan.

25 Responses to DONUT PULUT HITAM

  1. Assalam chah..
    satu kelainan ni donut pulut hitam..mesti rasanya lemak2 gitu..
    Gamabr2 chah semakin hari semakin cantik!!...suka akak tengok..
    Chah kejap lagi akak postkan easy fudge brownies kat dapur akak tu ya..dah cuba lama dah..cuma baru ni masukkan dalam blog..thank u dear for the recipe..sedapp...akak suka, pakkal lah balik kampung kalau tak memang akak tinggalkan sikit kat rumah..

  2. Salam jumaat Chah..aduh cantik sangat gambar gambar chah sekarang..ditambah denga donut pulut hitam yg pertama kali tengok tentu sedap secantik photo 2 nie..:)

  3. Salam datin!! apa khabar? sihat???? hihi.... terlebih sihat sbb mkn donat byk ye.. kui kui...
    nway, resepi ni donat mmg keeper! tun guna utk wat donat labu ngan donat pisang jugak. hihi.. donat pulut hitam 1st time dgr.. pasni donat apa pulak yg kuar agaknyer.

  4. ishh.. ish.. menderhaka betul minah ni ya.. tp derhaka baekkkkkkk punya.. bak 3 ketul donut banyak bintik2 itam tu :)

  5. perghhh..kreatif kak chah...nampak sodap bangat donut tu..hehe

    akak, sang arjuna akak pernah ke Finland ke dulu..wahh thn bila?akak ada ikut tak?..hehe

  6. Takpe la xnak melawat dapur kita (ayat nak merajuk).....kita pun tkde mood main masak2. Gi la tgk, kosong je kabinet:-)
    Jangok tu bhsa klntan kan?

  7. chah!! tak abis lg beraya ke? dah2 la tu... banyak sgt makan lemang dan ketupat ke yg dah berat nak menghapdet blog.. ke tak abis2 lg pulun sekut raya hehe..dah jd belukar dah blog nih... hehe... SLMT HARI RAYA CHAH..

Leave a Reply