Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Western. Show all posts

GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM SOUP

Sila pejam mata dulu, tarik nafas. Kalau ada yang tengah tersedu-sedu tu, telan air liur pelan-pelan. Atau telinga tetiba rasa 'bengang-bengang pilu' macam dalam  eroplen masa nak  take off tu, telan lagi air liur.  Kena banyak-banyak pektis menelan. Sebab acara seterusnya anda memang akan banyak menelan lendir leliur tu ye.

Heeee. Sebenarnya memang saya teruje tahap nak nyanyi lagu 'mari menyusun bunga seroje a ahh ahh ahhh' (picing ke laut sikit) bila menu ini di 'astro first' kan oleh GMM. Sebab ini memang menu kegemaran ahli kelorga.
Kalau tak melahap di 'pondok pizza', saya dengan gemalai menyapu roti dengan garlic spread yang dibeli je. Pastu panaskan dalam oven kejap. Sambil tu panaskan mushroom yang super segera tu. Akhirnya semua tidak kelihatan lagi di dunia fana ini. Baik roti mahupun mushroom soup. 


Kini tidak lagi! Semuanya di hujung jari mungil. Nak 'marah' sapa? Sapa lagi kalau bukan kasnut (kaswi + donut) lover mantan mapin lover tu. Oh..well!
Memang keeper la Jemah oi
Dan sedu-sedan itu bertukar menjadi sendawa....;)Sila letak tangan kat bahu sambil mata ke atas, lepas tu jelir lidah sikit hoqqay? 
Bahan-bahan (Basic Bread)
Sumber: Chef Michael dari ICCA
500g tepung high protein
1 biji telur
25g susu tepung
10g yis kering
1/2 tsp bread improver
5g bread softener atau emplex
90g gula castor 
1 tsp garam
70g Butter
250g air dari peti sejuk
Cara-cara (menggunakan mixer atau uli dengan tangan):
  • Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam mixer kecuali butter.  Gunakan hook beater. Pastikan garam diletakkan berjauhan dengan yis untuk mengelakkan proses pengembangan yis akan terbantut.
  • Pukul hingga doh telah sebati. Masukkan butter.
  • Pukul lagi hingga doh benar-benar kenyal dan licin serta elastik.
  • Rehatkan doh  sehingga mengembang dua kali ganda.
  • setelah mengembang, tumbuk-tumbuk perlahan doh untuk mengeluarkan udara.
  • Bentukkan doh mengikut saiz yang disukai. 
  • Susunkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit marjerin/minyak.
  • Sapukan dengan garlic spread ke atas bun.
  • Rehatkan doh hingga mengembang sekali lagi.  Tambah garlic spread jika perlu. Tapi pastikan disapu perlahan-lahan agar tidak doh tidak menjadi mampat.
  • Bakar pada suhu 150-160 deg C ira-kira 10-12 minit.  Wuhh!

Sumber: Izah,  MamafamiTun Telani dan Chekgu Hana 
Bahan-bahan (Garlic spread):
3 ulas bawang putih
50g butter (salted) * saya letak lebih
2-3 pokok Daun ketumbar
Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih hingga hancur. Potong daun ketumbar halus-halus.
  • Gaulkan bersama butter dan serbuk lada hitam. 
  • Sedia untuk disapu pada bun.
Bahan-bahan (Mushroom Soup): 
* saya adjust mengikut kesesuaian. Untuk sukatan dalam resepi asal, sila rujuk link yang diberi di atas.
1.5 liter susu (saya bancuh 7 sudu besar susu tepung dengan air)
2 keping dada ayam
1/2 cawan tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
1 1/2 kiub ayam (brand knorr)
1/2 tin cendawan butang (anggaran 7-8 kuntum)
Garam-jika applicable
Serbuk lada hitam
Cara-cara:
  • Kisar ayam kasar-kasar. Masak dengan susu dengan api yang kecil. Masukkan kiub ayam dan cendawan.
  • Apabila telah mendidih kecil, masukkan tepung dan kacau sebati.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
  • Masak hingga mendidih dan pekat. Seimbangkan rasanya.

BEEF LASAGNA

Terkuat pula sendawa perisa oregano dan herba-herbaan barat. Dari semalam. Heeee. Jarang sebenarnya saya nak bertindak balas  secara positif dengan sisa-sisa gen-gen rajin dalam badan. Bukan apa, bila aktifkan gen-gen rajin, semua anggota badan kena bergerak.Siku, betis, kepala, tumit dan pinggul kena bergoyang-goyang untuk menyudahkan apa yang telah dimulakan tadi.

Tapi menurut rekod peribadi, bahagian tubuh saya yang paling bergerak aktif adalah dagu. Mungkin kelajuannya boleh menyamai enjin kapal terbang baja. Tahap kuasa kuda juga boleh meningkat 4,5 kali ganda.

*Memang kerbau!
Comel apa kerbau. Bukannya kacau orang. Duduk diam-diam, kunyah pelan-pelan. Bukan habispun rerumput kalau dia mengunyah 24 jam sehari tanpa henti.

Samalah. bukan habispun makanan dalam dunia ni kalau saya juga bertindak comel seperti kerbau. Cuma saya suka kunyah lahap-lahap. 

Tak apa, tak perlu usaha keraspun untuk memahami tulisan orang yang tengah mabuk lasagna dan yang selalu guna minda di bawah sedar macam saya ni.

Lasagna versi tiada pengkhususan. Untuk versi molek-molek dan cun-cun boleh cari di internet. Melambak. Ini versi kerbau comel. 

Cuma dalam sistem khidmat pesanan ringkas saya tengah menaip "lasagna tu sila rebus dulu ya! Kuakuakua"
Bahan-bahan lasagna:
4 keping lasagna (saya guna yang bersaiz 3in x 8in)
Cheddar cheese secukupnya
Mozzarella cheese secukupnya
Parmesan cheese secukupnya
Minyak

Cara-cara:
  • Rebus lasagna menggunakan air yang banyak. Masukkan beberapa titis minyak ke dalam air rebusan.
  • Rebus separa empuk sahaja. Asingkan lasagna untuk mengelakkan ia pecah dan melekat antara satu sama lain. Ketepikan.

Bahan-bahan sos daging: 
Saiz hidangan: 2 orang (tulis je tu - padahal bedal sensorang)

1 mangkuk kecil daging kisar *saya kisar kasar-kasar
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
1/2 batang carrot (didadu kecil)
1/2 batang cellery (didadu kecil)
1/4 sudu teh dried oregano
1/4 sudu teh mixed herbs
Garam/gula/perasa
Olive oil/butter

Cara-cara:
  • Tumis bawang putih bersama cili kisar hingga  garing. Masukkan daging dan sedikit air. Masukkan sos, herba-herba dan bawang besar. 
  • Masukkan carrrot dan cellery. Masak hingga daging empuk.
  • Seimbangkan rasanya.
Bahan-bahan untuk bechamel sauce:

1 cawan susu segar
1/2 cawan cooking cream (whipping creampun boleh)
1/2 labu  bawang besar (didadu kecil)
2 sudu besar tepung gandum
Serbuk lada hitam
Garam

Cara-cara:
  • Panaskan susu dan cream hingga mendidih kecil. Masukkan bawang dan serbuk lada hitam.
  • Bancuh tepung dengan sedikit air dan campurkan ke dalam adunan susu.
  • Perasakan dengan garam.
  • Masak hingga mendidih dan sos menjadi pekat.
Cara-cara untuk assemble lasagna:
  • Tuang sos daging ke dalam loyang. *Juga boleh menggunakan disposable aluminium mould.
  • Tuang pula sos bechamel. Tabur cheese dan susun kepingan lasagna hingga menutupi keseluruhan sos.
  • Ulang hingga habis.
  • Tabur cheese di lapisan atas lasagna dan bakaar pada suhu 150-160 darjah C kira-kira 12-15 minit.

LAMB CHOP

Minggu ini hampir berakhir, tapi masih belum ada apa-apa hasil yang boleh dianggap munasabah dari saya. Oh ada satu. Buang ulat yang makan daun pokok limau kasturi. Bubuh baja sikit. Tapi termati pulak pokok kunyit kat sebelah sebab baja tu main tabur-tabur ikut dan dan tak ikut sukatan. Itu jer?? 
Jadi suri rumah (jobless mom sebenarnya sebab peranan saya tidaklah sesuri mana so far) bukanlah impian asal saya. Jika ditanya impian semua orang, for sure semua  ingin hidup bersenang-lenang berpesta rumba sambil merias kuku yang mungkin bercagu dan merawat kulit muka kering kerana menggeletis nak mencuba juga 'SK Dua' walaupun orang dah kata jangan monyet jangan. 
Tuntutan sebagai suri di jiwa dua generasi penghuni rumah tangga sangat besar  ya puan-puan sekalian. Hendak tak hendak saja bezanya. Zaman-zaman Kak Temah di alam kuat menderhaka dan suka bagi dosa percuma pada suami dulu, lepas tu sikit-sikit majuk, sikit-sikit merungut bila Sang Arjuna tak membantu laksanakan tanggungjawab sebagai lelaki budiman yang romantikus di amus. Itu zaman sedang berkelubung hitam kelam pekat jahat. 
Mari keluar  dari kepulan asap hitam itu sayang-sayangku. Bangun bersama dan kita bina kebahagian dalam rahmat dan berkat. 


Buang tebiat ke perempuan kerepot ni memalam hah? 
Lama juga tidak memasak kewestern-westernan. (Perkataan baru diwujudkan semata-mata untuk catatan di entry ini. Lepas ni akan dihapuskan serta-merta untuk mengelakkan perbalahan suku kaum Senoi dan Negrito)


Bahan-bahan:
3 keping lamb (bahagian shoulder)
*3 sudu lada hitam (ditumbuk kasar)
*Sos barbeque pedas (saya guna Brand Knorr)
*Paprika
*Dried rosemary
*Garam


Cara-cara:
  • Perap semua daging dengan bahan-bahan yang bertanda * kira-kira 3 jam.
  • Sapukan dengan sedikit minyak zaitun dan bakar hingga masak.
  • Hidangkan dengan mint sauce ataupun BBQ  sauce.

* Kali ini saya tak sediakanpun sos BBQ. Jadi tiada rupa hanya kata-kata di bawah buat rujukan di kala perlu ya! :)


Bahan-bahan sos BBQ:
Sumber : Satu-satunya kakak terchenta-Cikgu Azimah


1 tin susu cair (boleh juga digantikan dengan krim masakan)
1 labu bawang holland -didadu
2 genggam cendawan butang-Kisar
lada hitam
Sos tiram
Sos wosterceshire
Garam dan gula
Minyak zaitun
Cara-cara:
  • Tumiskan bawang hingga layu. Masukkan susu/krim dan cendawan. 
  • Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar. Juga sos-sos yang  berkaitan.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.

PIZZA ALA ISLAND SUPREME


Hah! mengata lagi si Jamie Oliver tu bila masak asyik tabur garam, tabur pepper perah lemon. Saya mengata sikit tu aje. Tak pernahpun saya mengata dia pelat nak sebut huruf D. Dia pelat sebut huruf S pun saya tak pernah kata. Mana ada!


Yang best tentang mamat pelat tu sebab dia masak main campak-campak je. Bukan kita tak boleh masak campak-campak, harus hasilnyapun kena campak ke dasar Tong Tok Tang

Selalu juga saya buat pizza. Yang ringkas-ringkas saja. Kalau yang over-over nanti, ada pula yang tutup kedai. Lepas tu berderet jugalah yang minta saya kerja dengan mereka. Takmo la saya jadi glamer sangat seantero Malaya. Pfffttt!!


Resepi pizza base ni asalnya dari mamat pelat nilah. Tapi kali ni saya buat ala-ala kesedaran sivik dan rasa cintakan kesihatan setinggi  kemuncak Kinabalu.  Wholemeal pizza base. Bluweks!

Bahan-bahan pizza dough:
Sumber : Jamie Oliver

200 tepung high protein (saya guna 150 high protein dan 50g tepung wholemeal)
130ml air suam
Secubit garam
Secubit gula
1/2 sudu besar olive oil
1/2 sudu kecil yis kering


*resepi asalnya untuk 1kg tepung. Banyak tu, boleh makan satu kejiranan nanti. Jadi resepi ni saya dah olah ikut saiz perut saya yang kecil mungil ni. Ngeh ngeh ngeh.

Cara-cara:
  • Gaul semua bahan dan uli hingga kenyal dan lembut. 
  • Perapkan doh hingga naik sekali ganda anggaran 20-30 minit. 
  • Keluarkan udara daripada doh dengan menumbuk-numbuk perlahan. 
  • Bentukkan seperti pizza base.  Letakkan topping kesukaan. 
* Untuk adunan ini, saya dapat 1 keping pizza saiz sederhana dan 5 ketul wholemeal bun. 



Bahan-bahan topping:

1 ketul tuna in water (toskan)
Sos tomato secukupnya
1 potong nenas (rebus sebentar hingga berbuih- basuh dan toskan)
1/4 biji bawang Holland
4-5 keping isi ketam frozen
Sedikit dried mixed herbs
Shredded mozzarella cheese secukupnya
Shredded cheddar cheese secukupnya
Parmesan cheese secukupnya

Cara-cara:
  • Sapukan pizza base dengan sos tomato. 
  • Direnjis-renjis dan ditabur-taburlah dengan bahan-bahan topping. Bakar pada suhu 160 darjah C kira-kira 12-15 minit.
* boleh juga tukar topping mengikut aliran terkini muda-mudi. Caranya, bila makan di Pizza Hut ke, Domino's Pizza ke, mana-mana topping yang menambat jiwa,  kelebetlah bahan apa diorang letak. Lepas tu balik rumah, canai doh pelat ni then tabur-taburkan topping kesukaan.



Ha Jamie, resepi apam snow white yang ai bagi aritu dah terai belum?

SPAGHETTI SEAFOOD CARBONARA RINGKAS



Tiap-tiap hari dapur saya pasti ada stok spaghetti yang siap direbus. Kecualilah jika tiada siapa-siapa di rumah. Memang naik  jemu muak jelak dah tengok rupa paras spaghetti dan rakan-rakan seangkatan dengannya macam macaroni, fetuccini dan rona roni yang lain. Tapi nak buat macam mana. Itulah makanan ruji anak sulung yang entah bilalah nak makan nasi sepanjang 12 tahun dia bernafas. 


Cuma bila teringatkan ada sedikit stok kepah dalam simpanan, saya buat ajelah sos carbonara untuk disahabatselamanya dengan spaghetti ini. 


Sepanjang saya makan spaghetti dengan sos carbonara di beberapa kedai yang ala-ala mewah ataupun ala-ala boleh mendatangkan marah, tiada satupun rasa yang sama. Jadi saya sendiri tak tahu macam mana rasanya yang asli. Banyaknya dah di 1Malaysiakan. Jadi versi ini juga telah saya terjemahkan mengikut bahan-bahan yang ada serta suka-suka kepala hotak haku untuk letak ramuan apa. 


Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang

Spaghetti secukupnya (titiskan beberapa titik olive oil dalam air rebusan. Rebus hingga empuk.
1 1/2  mangkuk kepah (celur sebentar)
1 mangkuk kecil udang (celur sebentar) * kali ini saya tak celur dulu udang - terus je masukkan dalam sos, jadi kuah akan menjadi sedikit merah kerana air udang turun. Tak cantik! :(
2  cawan heavy cream (boleh juga digantikan dengan susu penuh krim/susu segar/ bancuhan susu tepung)
1/2 labu bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah
1  sudu kecil mixed herb
1/2 cawan shredded cheddar cheese
Setangkai daun selasih
Sedikit olive oil
Garam dan gula
Parmesan cheese


Cara-cara:
  • Masukkan beberapa titis olive oil dalam air rebusan. Rebus spaghetti hingga empuk. Tos dan ketepikan. 
  • Tumbuk kasar bawang putih. Tumiskan dengan sedikit olive oil. 
  • Masukkan pula bawang yang didadu kecil. Masak hingga bawang layu. 
  • Masukkan heavy cream, mixed herb dan daun selasih yang dihiris kasar.
  • Masukkan shredded cheese sedikit  demi sedikit dan kacau hingga ia larut.
  • Seterusnya masukkan kepah dan udang. 
  • Gaul sebati dan perasakan dengan lada sulah, garam dan gula. 
  • Gaul dengan spaghetti dan taburkan parmesan cheese untuk dinikmati.