Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

STRAWBERRY LAYER CAKE



Pheww! Sekatil kain saya kena lipat. Itu ler penangan himpunan kain baju untuk 5 hari mewakili 5 beranak. Ngok juga sebab tak terfikir untuk hantar ke dobi. Tak apalah, moga-moga gelaran mama mithali segera saya rangkul. Cias!

Mood juga sedikit berayun bila result UPSR diumumkan dan kami tiada di tempat yang sepatutnya kami berada. Saya tidak terkilan walaupun Nuhaa cuma  dapat 4A 1B. Terungkai sudah penantian dalam debaran.  Ribuan spesis rama-rama  bersesak-sesak dalam perutpun dah dilepaskan pergi.



Penat lipat kain ke, sedih result UPSR ke, tekak naga kena beri perhatian juga. Makan tetap kena makan. Selera raja kena sentiasa dipenuhi kalau takut dimurka. Hihi.


Nabiha pernah komplen saya tak pernah buat kek warna pink. Bila difikir-fikir balik, apa lagi kek yang berwarna pink jika bukan kek stoberi? Alter sajalah resepi pandan layer kek. Kalau sedap nanti buat ulang-ulang sampai naik retak spring form dikerjakan. Kalau tak sedap, beri saja pada Pak Guard. Huh, keji betul hati kau Chah hoi!


Kek ini saya adaptasi dari resepi pandan layer kek. Dari segi rasanya, bolehlah tahan. Tak adalah WOW! sangat macam handbag yang dicari Sayang Sayang Baby Amsatun. Jika kek ini anak dara yang nak dipinang, berbaloilah jika beri dia hantaran RM201,120.11 kaedahnya.Kekeke.

Bahan-bahan Kek:
Saiz: loyang 18cm dan spring form 20cm


3 biji telur
90g gula halus 
1 sudu besar ovellet
90g tepung naik sendiri -ayak
50ml minyak jagung 
50ml susu strawberry
1 sudu teh strawberry emulco
Secubit garam halus



Cara-cara (kek):
  • Pukul telur dengan gula hingga kembang.
  • Masukkan ovellet dan pukul lagi hingga adunan menjadi gebu dan ringan.
  • Masukkan minyak jagung dan putar perlahan-lahan. 
  • Tuang susu dan strawberry emulco dan pukul hingga sebati. 
  • Akhir sekali masukkan tepung dan garam. Putar hingga rata. 
  • Lapik loyang dengan kertas minyak atau baking paper.  Bakar pada suhu 160-170 darjah C kira-kira 35-45 minit atau sehingga kek masak. Saya bakar dalam dua loyang, jadi masa membakar cuma kira-kira 15-20 minit sahaja.

Bahan-bahan kastard:

1200 ml susu (saya campurkan 400ml susu cair -satu tin dan selebihnya susu strawberry)
10g serbuk agar-agar
100g tepung hoen kwee putih
secubit garam
2 sudu teh strawberry emulco

Cara-cara (kastard):
  • Campur semua bahan dan kacau sebati.
  • Masak dengan api perlahan dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan hangit di bahagian bawahnya. 
  • Masak sehingga naik wap dan kastard menjadi kental.

Cara-cara assemble kek:
  • Belah dua kek (jika tidak membakar kek dalam dua loyang berasingan). 
  • Potong bahagian kek yang naik tidak sekata. 
  • Letak sekeping kek dalam spring form. 
  • Tuang kastard hingga memenuhi lapisan pertama kek. 
  • Letak sekeping  lagi kek dan tuang baki kastard perlahan-lahan. Hentakkan perlahan-lahan supaya kastard sekata memenuhi ruang spring form. Sejukkan sebelum dipotong. 
  • Sisipkan pisau plastik sebelum membuka belt spring form untuk mengelakkan kastard pecah. 
  • Hiaslah mengikut tema bulan ini; hidup untuk makan. Hihu!



3 Responses to STRAWBERRY LAYER CAKE

  1. Aku tetap vote kek pandan.sebab tekak naga aku dok gemo stroberi. Tapi bilakala la aku nak buat kek pandan tu...dok gentel menggentel je...uwaaa...

Leave a Reply