Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for 2011

BERRY BONANZA SMOOTHIES



Wah, muncul jua saya di sini. Ada yang merindu kew? Berombak-ombak tak? Ong Bak 3 dah tengok belum? Heee. 

Cuaca ala-ala panas. Togak minuman atau jus yang bersuhu rendah bisa melegakan tekak yang kepanasan. Ini semua kes menghabiskan buah-buahan dalam peti ais yang ditanam di backyard. Tapi bukan backyard rumah saya, backyard rumah orang putis nun. 


Hari terakhir di bulan Disember 2011. Kenangan yang mana entah saya nak nobatkan sebagai memori suka duka of the year. Alhamdulillah, yang duka sesangat hingga membuatkan saya kehilangan berat badan hingga mencapai berat ideal dan BMI macam Amber Chia tak ada. Suka sesangatpun  sampai makan tak ingat suami sedang menjeling tajam,  patah jarum alat penimbang dan pakar pemakanan juga akan geleng kepala sampai pening melihatkan kemontelan sayapun tak ada juga.



Yang sedang-sedang saja. Macam  smoothies ni. Rasanya sedang-sedang juga. Taklah hebat sangat macam rasa duduk di pergunungan Katmandu bersari merah jambu sambil melantunkan  OST 3 Idiots.  Ahaks.

Sorilah rindu nak menulis. :)

Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 2 gelas
3-4 biji strawberry
3 biji dried apricot
2 biji dried plum
3 biji kiwi
Ais
Madu secukupnya

Cara-cara:

Kisar semua bahan dan sila bersedia dengan sari warna pink untuk minum smoothies ni. 

Selamat datang 2012!


CHEEZY CHICKEN CROQUETTES


Semalam tengok Ultimate Taylor's dalam Food Network Asia, macam sedap je dia buat crab cakes. Main kelepak kelepuk, siap dah boleh ngap. Tapi tak kuasalah pula saya nak melayan tekak mengada-ngada ni nak pergi beli isi ketam. Kalaulah saya ke Giant semalam untuk beli isi ketam, huish memang tahap ketaatan saya  pada nafsu makan memang tak dapat disangkal.


Tukarlah crab cakes dengan chicken croquettes ni. Sama je, kena kelepak-kelepuk jugak. Siap dah boleh ngap. Lagipun dah lama tak buat. Buat untuk mengonyel sambil mengomel, ok jugak kan? 


Seingat saya, jumpa resepi croquettes ni kat rumah Hana. Masa tu fuh glamer betul benda alah ni. Padahal bila digugel, kebanyakkannya buat croquettes ni menggunakan left overs juga. 

Ai baik betul saya semenjak dua menjak ni. Pandai berjimat. :P

Kali ini saya tambahkan lagi keasyikan kunyahan demi kunyahan dengan inti cheese! 



Bahan-bahan:

3 keping roti (biasanya guna roti yang dah agak-agak nak sampai ke penghujung nyawa tu)
1 ketul isi ayam bahagian dada (boleh juga gantikan dengan daging/ayam kisar ready made)
Serbuk lada sulah
Daun sup
Garam
Cheddar cheese
1 biji telur 
Bread crumb
Minyak

Cara-cara:
  • Kisar ayam dan roti hingga hancur. 
  • Masukkan sedikit telur untuk mendapatkan adunan yang boleh dikepal.
  • Gaulkan dengan serbuk lada sulah, garam dan daun sup yang dihiris halus.
  • Masukkan cheese sebagai inti dan bentukkan mengikut kesukaan. 
  • Celup dalam telur dan golekkan dalam bread crumb. 
  • Goreng secara deep fry dengan api yang sederhana.

Asyik memang asyik! 

Besok saya akan berpergian lagi, jumpa lagi minggu depan. Joi Gin!


KUIH CIK MEK MOLEK



Masa sekolah menengah dulu, saya panggil kuih ini kuih Cik Mek Su. Panggilan tu sebenarnya untuk mengingatkan pada seorang cikgu di sekolah saya. Namanya Cik Mek Su. Cikgu lelaki dan orangnya comel. Dia tak pernah mengajar saya kerana dia guru pertukangan untuk pelajar  lelaki yang ambil aliran Sains Rumah Tangga. 



Manalah agaknya dia sekarang ni. Masih comel lagi ke atau dah agak kerepot. Mungkin sedikit gendut. Jahatnya haku mengejek cikgu. Hihi.

Pagi-pagi lagi saya rebus keledek, sambil buat lempeng sambil jeling keledek. Bukan apa, takut juga peristiwa pilu sambil  'meratapi' ubi kayu hangus kembali berulang. Kesianlah saya asyik kena menyental periuk aje. Nasib kali ini tak tembus. Bolehlah hangitkan lagi. Keke.



Masa bekerja dulu, kalau lunch kat area Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bangi, mesti beli kuih ni. Sorang-sorang menjinjing 4-5 ringgit. Tak reti-reti nak kenyang. Padahal ayam penyet dah satu set kena libas. 

Ni ha, makan puas-puas. Sampai termuntah lagi bagus, biar tak teringat-ingat dah.


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan keledek (rebus, lenyek dan sukat) * daripada 3 ketul keledek sederhana besar
3/4 cawan tepung gandum + 2-3 sudu besar untuk dusting
Garam
Gula secukupnya
Minyak


Cara-cara:

  • Gaul keledek, tepung  dan garam. 
  • Uli sebati. Adunan akan melekat sedikit pada tangan. 
  • Gentelkan bentuk memanjang, masukkan gula dan pastikan tiada gula yang terkeluar. 
  • Taburkan sedikit tepung atas dulang sebelum meletakkan kuih yang telah siap diuli. 
  • Apabila selesai, goreng segera untuk mengelakkan gula mencair dan keluar. 
  • Goreng dengan api sederhana hingga keperangan. Jika minyak terlalu panas semasa menggoreng batch berikutnya, tutup sebentar api untuk menurunkan suhu minyak. Ini untuk mengelakkan kulit kuih menggerutu jika digoreng dalam minyak yang terlalu panas.



LEMPENG DAN MASAK LEMAK SARDIN



Rasa-rasanya ada tak manusia berketurunan Melayu yang tak pernah makan crepe. Err..er... maksud saya lempeng. Kalaulah ada, mesti manusia itu missed untuk menikmati satu fasa hidup yang indah dan gemilang. Mereka itu gagal dengan cemerlangnya untuk menikmati makanan  yang sepatutnya dicatatkan dalam buku Malaysia's Book Of Record sebagai salah satu sarapan yang paling syahdu. Khenn?


Mokcik tinggal sorang kat rumah ni nok. Mulalah nak imbau kenangan itu ini. So pagi ini saya melempang melempeng. Teringat pula arwah adik, satu-satunya lelaki dalam keluarga. Kalau dia makan, setengah biji dia cekau lepas tu cicah kuah, sekali ghapp je. Sebiji dua kali suap.  Belum sempat habis adunan dimasak, lempeng dalam pingganpun tinggal kesan aje. Tak ke syahdu tu? 


Tak apalah, banyak kenangan manis saya dengan dia untuk diingat. Buat apa ingat yang sedih-sedih. Nanti buat lempeng sedap-sedap, tapi tak selera pula nak  makan sebab teringatkan yang pahit dan pedih.

Lempeng ni  saya gandingkan dengan sardin masak lemak. Sardin dimasak macam ni memang top top of the world. Kena pula cicah dengan lemang atau ketupat palas, wussss! Sambil makan sambil melompat kegirangan. 

Untuk acara lompatan dalam kegumbiraan, sila salin resepi di bawah. :p


Bahan-bahan (lempeng):

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air
Garam

Cara-cara:
  • Bancuh semua bahan hingga sebati. 
  • Panaskan kuali leper/non-stick pan. 
  • Oleskan sedikit minyak pada kuali. 
  • Bila agak-agak kuali sudah panas sedikit, tuang sesenduk adunan dan oleskan dengan belakang senduk untuk membentuk bulatan. 
  • Jika semasa mengoles adunan dan adunan kelihatan terlekat pada senduk dan tidak melekat pada kuali, itu bermakna api terlalu kuat. Jadi perlahankan api. Balikkan lempeng apabila permukaan lempeng kekuningan. 



Bahan-bahan (masak lemak sardin):

1 tin sardin (saya guna Mackerel brand Ayam Brand yang bersaiz 230g)
1 cawan santan pekat (daripada 1/2 biji kelapa)
5-6 ulas cili padi
3 ulas bawang merah
2 batang serai-dititik
1-2 keping asam gelugur
1/2 inci kunyit hidup
garam dan serbuk perasa (jika suka)


Cara-cara:
  • Tumbuk bawang, cili padi dan kunyit. Masukkan ke dalam santan. 
  • Masukkan sardin (beserta sosnya), serai dan asam. 
  • Masak dengan api sederhana hingga pekat dan naik minyak. Perasakan dengan garam. 


Hidangkan, makan dan bolehlah melompat kegumbiraan!


NASI GORENG JANGAN MEMBAZIR


Ingatkan habis nasi ayam 4 cawan makan 6 orang, rupanya ada lagi tinggal segenggam keesokan harinya. Kecik kenot betul rupanya perut orang-orang dalam rumah saya ye. :P


Dah pukul 10.30 pagi, baru je satu perkara saya jamah. Biasanya kalau jam-jam sebegitu dah 14 benda dah dilahap dengan kejam. 


Laparla! Nasib baik ada nasi ayam segenggam, baik digoreng je. Campur nugget dua ketul, pun yang semalam. Sardin ada seketul baki buatkan sandwich untuk Sang Arjuna bawak bekal. Itulah konsep sebenar nasi goreng kan? Semua left overs campak masuk dalam kuali,  lepas tu pakat kerumun macam semut kerumun air sirap tumpah. 


Bahan-bahan:
1 genggam nasi ayam semalam 
2 ketul nugget semalam (potong kecil)
1 ketul sardin (lenyekkan)
1 biji telur
Sayur-sayuran yang sesuai (saya campak 3-4 keping daun salad, pun yang semalam)
1 ulas bawang putih
2-3 sudu besar cili kisar
Garam
Minyak


Cara-cara:

  • Tumbuk bawang putih, tumis bersama cili kisar hingga garing. 
  • Masukkan telur dan kuatkan api dapur  untuk mendapatkan aroma nasi goreng gerai. 
  • Pecah-pecahkan telur, masukkan garam. 
  • Masukkan nasi, nugget dan sardin. Masukkan sayur dan kacau sebentar. 


Nasi goreng siap. Memang menggiurkanlah!



CHOCOLATE MACARONS 2




Dah kenyang pekena nasi ayam 2 pinggan, barulah boleh senyum. Tapi kalau nak bagi senyuman itu lebar sampai ke tepi tudung Ekin, makan macarons ni pulak. Barulah senyum itu kurang sumbingnya dan lengkap rasa hidup.

Kuasa botox yang keterlaluan!

Kali ini saya buatkan untuk untuk insan terpilih, antara orang yang saya sayang dalam hidup. Si kerinting comey anak kepada adik yang  rajin bona yang tangan kena pijak dek lembu masa kecik. Wafiy!


Berapa kali saya buat macarons, tak terbilang dah. Tapi dalam dok kerap tu, mesti ada kekhilafannya. So kalaulah macarons ini artis, saya umpamakan ia macam Zahida Rafek. Sebab kulit muka yang licin mulus itu tak boleh silap sikit. Silap rentak sikit mulalah akan retak beribu sesalan. Mungkin itu kot penangan ubat-ubatan moden. 


Tapi biarlah saya buangkan segala mala fide. Tentu dia dah makan bergantang-gantang tempe untuk kulit yang halus  mulus kudus tu ek? Hihihi





beribu sesalan :(
dan bila botox dah tak power ;p

NASI AYAM & AYAM GORENG BEREMPAH



Jarang ada tetamu yang berkunjung pada pertengahan minggu. Tapi tetamu yang ini lain, saya yang paksa dia berkunjung. Desperado sangat sebab tak ada geng untuk layan berborak. Kalau berborak dengan anak-anak, endingnya dah tau macam mana. Ariff! letak gelas dalam sink, Nabiha jangan sepah!, Nuhaa kutip baju atas lantai tu! Mama the monster!



Tapi itulah, kuasa untuk menghasilkan suara yang tinggi dan nyaring, lengkap dengan note soprano dan vibrato segala bagai bukan senang nak dihasilkan. Emak-emak je yang boleh buat. Itu belum masuk teknik-teknik mumbling ngan whistling lagi tu. Ai, macam baru balik dari kelas Syafinaz pulak  aih!

Bila buat nasi ayam, saya prefer gabungan nasi dengan ayam goreng berempah. Macam sejoli je. Kali ini buat ringkas-ringkas saja, bahan-bahanpun limited. Kalau bahan-bahan tak limitedpun, saya memang masak ringkas-ringkas juga. Bukan apa, kalau masak hebat-hebat sangat nanti, siapa yang makin mekar meranum? saya jugak. :)



Lagi satu bila buat nasi ayam ni, terus tak perlu fikir gabungan lauk apa yang kena dan sesuai. Kalau masak nasi putih, naka kena pastikan, kuah kari sesuai dengan sayur apa, ikan sambal ngan dengan sayur macam mana. Ecetera, ecetera.  Sakit kepala akak tau tak, so bila buat nasi ayam, selesai masalah.



Bahan-bahan nasi:

4 cawan beras ( 1 cawan beras wangi dan 3 cawan beras basmathi)
Air rebusan ayam secukupnya
2-3 sudu butter (kali ini nasi saya macam kurang warna, selepas ini saya akan tambah marjerin untuk warna yang lebih menyerlah)
1/2 kiub pati ayam Maggi
1-2 helai daun pandan
Garam dan secubit gula
1-2 inci halia (hiris nipis)

Cara-cara:
Basuh beras hingga bersih. Toskan. Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga baunya menyelubungi sekalian alam. 





Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah:

1 ekor  ayam
2 1/2 sudu  teh ketumbar*
2 1/2 sudu teh jintan manis*
2 1/2 sudu teh jintan putih*
8 batang serai*
Sedikit kunyit hidup*
1 labu bawang besar *
3-4 inci halia*
5 ulas bawang putih*
Garam
Minyak

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan bertanda *, masukkan garam. 
  • Perapkan pada ayam kira-kira satu jam. Goreng dengan api yang perlahan. *untuk menghasilkan habuk gorengan ayam yang berjurai-jurai, jangan potong serai terlalu halus. Untuk satu-satu batang serai tu, cuma potong dua atau tiga bahagian saja, Jadi bila dikisar, ia akan jadi bertali-tali yang lebih panjang.


Bahan-bahan sos cili:
*3 biji cili besar
*1 biji tomato
*1 ulas bawang putih
3-4 sudu cili kisar
air asam jawa
Garam dan gula
2-3 sudu apple cider vinegar

Cara-cara:
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Campurkan dengan cili kisar dan masak dengan api perlahan. 
  • Masukkan air asam jawa, apple cider vinegar. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga pekat.

EASY FUDGE BROWNIES



Masa mula-mula saya makan brownies, memang peghak tahap cipan. Ingatkan coklat kek yang bantat. Dahlah keras semacam lepas tu ada retak-retak pula di permukaannya. Hehe, itu kenangan silam, maklumlah jaman baru-baru mummayyiz. Sekarang dah besar lebar, dah reti jugalah sikit-sikit bezakan yang mana kek, brownies, muffin dan yang mana juga kuah dhal. Heeee


Banyak juga resepi brownies yang saya cuba. Kadang-kadang elok je menjadi retak kat permukaannya. Kadang-kala hati sendiri pula yang retak. Biasalah, adat belajar, begitulah. Kalau semua buat terus menjadi, tentu saya dah riak, bongkak dan takabburr tak hengat sekarang ni.


Kalau di Bandung, brand Kartika Sari memang handallah di sana. Memang jadi wajib pula sesiapa yang ke sana akan beli brownies cap tu untuk buah tangan. Rasanya mungkin pada hakikatnya biasa-biasa saja, tapi disebabkan jenama yang dibawa membuatkan semua dikaburi dengan popularitinya.


Brownies saya ni tidaklah sefofular Kartika Sari, tapi jangan lupa kalau dah rasa nanti mesti rasa nak try tak nyempat-nyempat. Hoho.


Resepi ini saya ambil dari blog www.gourmeted.com. Walaupun banyak lagi resepi yang menarik di luar sana, tapi kali ini saya teringin untuk cuba resepi dia ni. Memang munasabah pemilihan saya sebab semua unsur-unsur yang patut ada dalam brownies ada di sini. Terus lupakan Kartika Sari. Hihihi.




Bahan-bahan:

1 stick butter ( bersamaan dengan 113g) * saya letak 120g
8 oz semi sweet chocolate bar/coins (saya gunakan separuh dark chocolate dan separuh lagi milk chocolate jenama Beryl's)
2 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam halus
4 biji telur saiz A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 1/2 cawan gula halus (saya gunakan 1 3/4 cawan)
1 1/3 cawan kekacang (saya guna 1 cawan hazelnut dan segenggam almond flakes)
Segenggam choc chips (saya tambah)


Cara-cara:

  • Sediakan loyang bersaiz 9 x 13 inci. Lapik dengan aluminium foil. 
  • Masak chocolate dengan butter secara double boiler. 
  • Masak hingga cair keseluruhan. Sejukkan sebentar. 
  • Bila telah suam, masukkan esen vanilla, garam dan gula. Kacau sebati. 
  • Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan setiap telur telah betul-betul dissolve sebelum dimasukkan telur seterusnya. 
  • Masukkan tepung dan kacau rata. 
  • Masukkan kekacang dan chocolate chips. Gaul sebati. 
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah C dan bakar kira-kira 45 minit atau hingga masak. 
  • Sediakan bekas berisi air dan kiub ais apabila brownies hampir masak. Bila telah masak, cepat-cepat masukkan loyang brownies ke dalam loyang berisi ais tadi. Sejukkan sebelum dipotong.