Oleh kerana hari ini hari Rabu, jadi saya persembahkan satu hidangan yang paling glamer dan memenangi hati ramai orang di Pasar Rabu di kampung saya. Kalau bulan puasa (kantin sekolah tutup) emak akan buat ketupat dan dipasarkan dengan cemerlangnya oleh arwah Ayah. Bagus betul kerjasama suami isteri romantis tu. Walaupun Ayah sakit dan tak mampu buat kerja berat, tapi Ayah tetap berusaha untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga. Hari Rabu juga kunjungan orang ke barber corner Ayah meningkat berganda-ganda. Paling best, hari Rabulah saya boleh berbelanja 'mewah' beli gula-gula tic-tac. Urghhh!
Jika berpuluh-puluh tahun dahulu, ketupat ini bergantungan riang di handle motor Ayah pada setiap Rabu, hari ini saya gantungkan juga bagi mengingati kenangan itu. Kisah sebuah keluarga bahagia, Si Penjual Ketupat dan Anak-anaknya. :)
Bahan-bahan:
2 cawan beras pulut (basuh dan direndam semalaman)
Santan pekat (anggaran 1 1/2 cawan)
Garam
1-2 helai daun pandan
Secubit dua gula
Cara-cara:
Mat malam Chah
percaya lah...memang Chah ni rajin betul masak2...siap ngan ketupat palas lagi..siok makan ngan rendang daging ni..
pagi kak chah..raya hari tue xdapat makan ketupat palas.nak seketui kak.
hahahah..nampak ade kemajuan...tak la nmpak sangat membalut pulut..tp bole tau la yg tuan dia tu kidal..
resepi belebak ada ke x?
Sedih la resepi ni...