Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PASSION FRUITS MOUSSE

Assalamualaikum. 

Ari tu janji nak cerita pasal kakak istimewa kenalan saya di Mekah kan? Baik. Kalaulah saya ni lembu, mungkin saya dipegang pada tali. Tapi sebab saya mamalia karnivor jadi saya dipegang pada janji, kan?
Actually ada yang minta saya sharekan pengalaman menunaikan haji kat blog ni. Dik, akak bukan taknak share, tapi nanti semua orang dok bersyahdu-syahdu membaca kisah suka duka di tanah suci sampaikan 'basi' hidangan menu dalam blog ni. Ha cemana?
Oklah. Kisah kakak istimewa. Saya bertemu seorang wanita hebat ni di Madinah. Dalam Masjid Nabawi. Seusai solat maghrib, semua orang sibuk dengan aktiviti ibadah masing-masing. Biasanya saya akan cuba untuk 'menjauhkan' diri dengan jemaah dari Malaysia, kerana bimbang masa yang ada di celah-celah waktu solat tu dipenuhi dengan kisah-kisah 'Malaysia' berlarut ke kisah orang tu orang ni, artis tu artis ni. HaihJadi saya sengaja membawa diri. Rela duduk di celah-celah wanita Mongolia, African dan juga mak-mak Arab.

Tetiba ada ruang kosong di sebelah saya. Dan tetiba juga kakak ini muncul entah dari mana. Dia menyapa saya ringkas-ringkas. Saya juga balas ringkas-ringkas. Dia beritahu saya dia tinggal di Shah Alam, dan saya tau perumahan yang dia sebutkan tu adalah perumahan rumah juta-juta. :)
Dia tengok saya mengaji. Sayapun makin lama makin slowkan suara. Malu deh. Buatnya dia tu bekas anak murid Qariah Rogayah Sulong ke, mampuih acik. Heee

Dia buka cerita. Dan entah kenapa sayapun seolah-olah menunggu-nunggu cerita dia selanjutnya.

Dia pernah mengikuti kelas bahasa Arab Al-Quran semasa di Malaysia. 6 tahun dowh! Tapi satu hapah pun tak reti.  Dia yang kata, bukan saya yang memandai-mandai. Sepanjang pengajiannya tu, dia cuma dapat tangkap makna-makna perkataan dan bukannya boleh memahami ayat demi ayat dalam Quran.
Cerita dia, sepanjang berada di Mudzalifah dan Mina, dia tidak pernah putus-putus berdoa agar dia diberi 'restu' oleh Allah agar boleh memahami isi kandungan Quran. 

Dan, dia mampu lakukan tanpa disedari. Dia kaget (wah bahasa sinetron) bila mana sedang dia membaca Quran, dia tetiba dapat memahami maksud dan terjemahan Quran tersebut. Seolah-olah dia sedang membaca dalam bahasa Melayu. Dia minta suami dan rakannya untuk 'test power', dan  memilih mana-mana surah secara random. Dan dia mampu menterjemahkannya!

Ya Tuhan,  Ini memang menakjubkan. Saya memang terkesima habis!

Sesungguhnya Dia Maha Pemberi. Tak kisahlah jika kita bukan Maha Peminta sekalipun. Jika Dia mahu beri, dia akan serahkan di ribamu. Apatah lagi kalau kamu bengkak-bengkakkan mata meratap memohon agar dianugerahkan apa jua yang berlintas-langsung  dalam hati dan kemahuanmu kan? Bayangkan berapa berat pahamu meriba nikmat?

Dah kat situ je cerita istimewa. Tak ada dalam mana-mana novel cinta. Kalau adapun mesti dia minta izin untuk share kisah saya ni dan tetiba poket saya penuh sebab dapat banyak royalti. 
Susah nak dapatkan buat markisa di pasaran sekarang ni. Mungkin sebab saya tidak membeli belah di pasaraya terkemuka dunia, sebab tulah saya tak jumpa kot. Setakat shopping kat kedai runcit bawah tu, mana lah nak ada stok markisa. Uh, Cik Markiah pun tak shopping kat situ dah lening.

Jadi, lamalah kak DDD menyimpan hasrat dik nak tiru gaya Saloma  Dia Ni yang memang ebak bila buat desserts. Semua hidangan dia memang buat saya tus air liur tuh. Aduh!

So tak syak lagi. Sila rujuk SINI untuk dessert yang memang meleleh. Pergh!

Bahan-bahan:
1/2 cawan puri markisa (saya perah 3 biji buah markisa dan campurkan dengan sedikit jus markisa jenama Cosway)
125ml whipping cream
1 1/2 sudu teh gelatin (pastikan yang halal ye)
20ml air panas
50g gula
Sedikit perahan lemon 
Kek span vanilla secukupnya (atau sebarang kek span yang berwarna kuning)
Untuk resepi kek span asas, saya gunakan resepi NI. Jika tanpa kek mousse ini tetap yummy babeh!
Plastik clear keras (untuk membuat acuan disposable) * yang digunakan untuk membuat cover depan proposal --maaf kali ni saya tak sempat nak ambil gambar acuan buatan tu. Nanti bila free saya cuba buat semula dan snap gambarnya ye. 
Cara-cara:
  • Sediakan kek. Gunakan ring cutter  dan potong kek. Saya gunakan 5 keping kek span.
  • Ambil plastik keras dan gulung ring cutter yang digunakan untuk memotong kek tadi.
  • Salotepkan dengan kemas. Kemudian keluarkan ring cutter dan guna plastik tadi dan tekap perlahan-lahan ke atas kek.Ketepikan.
  • Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau hingga gelatin benar-benar larut dan mengembang. Kaedah lain boleh juga menggunakan microwave untuk melarutkan gelatin.
  • Campurkan gula ke dalam puri markisa. Kacau hingga larut. 
  • Campurkan pula gelatin. Kacau rata.Masukkan sedikit perahan lemon.
  • Pukul whipping cream hingga mengembang dan bertanduk. Gaulkan dengan puri markisa tadi perlahan-lahan hingga sebati.
  • Sapu sedikit air pada tepi acuan plastik.
  • Tuang adunan mousse perlahan-lahan ke atas kek tadi. 
  • Sejukkan kira-kira 3 jam sebelum dinikmati.

DONUT MAYONIS

Cuti sekolah menghampiri. Seronok juga bila lelah seharian dapat disimpan sebentar. Tapi nak tengok kejadian titanic live hari-hari, jemputlah ke rumah saya. Masa tengah karam tu lagilah bagus. Hergh!

Adeh. Letih mak letih. Tapi yang paling letih tentulah maid saya. Kesian juga dia. So far prestasi dia tak adalah unggul sangat. Tapi setakat ni tak keluarlah lagi perasan-perasan diva tu. Harap-harap berlarutanlah ye prestasi dia.
Tapi hamboih! Kemain lagi teres giles guna Ipad internet segala. Saya usha-usha juga search history lepas dia guna dalam Ipad anak-anak.  Hehehe. Intip jangan tak intip. :)

'Film Indonesia terbaru' . Dan entah apa-apa lagilah lagu indonesia terbaru yang dia search. Nasib baik!

Buatnya dia search ' cara untuk menghilangkan rasa menyampah kat majikanku yang hampeh', harus saya pengsan dan-dan tu jugak.
E eh, Mak Nat ni. Tiap-tiap minggu mesti buat donut. tak bohsan ke? Maaflah. Minggu depan lain tahun kita buat kuih hebat-hebat yang lain kay?

Seronok juga mencuba pelbagaikan resepi donut. Tapi kali ni saya cuba versi bermayonis dari Ros Jintan Manis. Ramai juga blogger dah mencuba donut ni. Komen sedikit; tak keterlaluan rasa mayonis tu. Ke lidah saya dah hilang deria? Heee. Tapi masih lagi 'seutas' (haha bestkan menyalahgunakan kuasa penggunaan penjodoh bilangan) donut yang lembut dan gebu. 
Sumber Resepi : Ros Jintan Manis thru Kak Ita Masam Manis
Bahan-bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis (saya gunakan jenama Lady's Choice)
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung (saya tak letak sebab dah letak air susu)
1 1/2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 1/2 sudu besar marjerin (saya gantikan dengan lemak sayuran)
1 sudu besar bread softener (saya tambah)
1 sudu kecil donut improver (saya tambah)
1 biji telur (gred A)
140ml air suam  (saya gunakan susu suam)
Secubit dua garam
Cara-cara (saya gunakan cara biasa saya buat donut):
  • Campurkan semua bahan kecuali garam dan susu. 
  • Gaul rata dan masukkan susu sedikit demi sedikit. 
  • Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 
  • Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 
  • Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  • Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut
  • Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 
  • Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam. 
  • Tutup api sebentar sebelum menggoreng batch donut seterusnya. Ini bertujuan untuk merendahkan suhu minyak. Ini kerana jika minyak terlalu panas, donut akan menjadi menggerutu.
  • Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan. 
  • Saya pipekan sedikit buttercream dan taburkan sedikit dengan kacang goreng masin.
* Jika menggunakan BM ataupun mixer, isi ikut arahan pada BM/mixer masing-masing.

MANGO LASSI

Isnin yang terang. Damai bagi yang damai lah. Bagi yang kebuntuan, tetap berkerut seribu juga muka dan dahi mencari penyelesaian. Usah gusar, bukan sesaja Allah nak uji kamu. Kamu orang yang kuat, kamu orang yang kental. Maka haruslah ujian-ujian getir yang datang kamu boleh tepis seperti menepis nyamuk yang nyaris-nyaris menggigit cuping telinga.
Sakit dan gatal kena gigit nyamuk kat cuping telinga memang buat bengang lambat hilang weh. Gatal dan ada kerengsaan di situ agak berpanjangan. Heh!

Apa juga rasa di kalbu anda, sejadah cantik-cantik simpan dalam lemari buat apa. Duduk atas sejadah, 'seru'lah Sang Pencipta. Nescaya semua berlalu pergi, mudah-mudah saja. Lupakanlah 'bahu' facebook untuk mengadu hiba. Malu weh kalau Mark Zukerberg baca kisah dalam kelambu kita. Tahu berapa LV yang kita ada, 'tertahu' juga personaliti kita yang suka mengumpat nesta. :)
Sebenarnya, nak juga saya kongsikan kisah seorang kakak yang sungguh istimewa. Kenalan sewaktu di Mekah tahun lepas. Tapi hari ini saya rasa bahasa agak sumbang sikit, seperti blues itu bergulung-gulung datang mengaut mood untuk mengarang dan menulis. Nanti saya kongsikan. Saya janji!

Ni satu lagi kes. Cold case file nih. Anak-anak saya sukakan minuman yang manis-manis. Agaknya tekak diorang ni kalau disua dengan air kosong, terasa macam air longkang gamaknya. 'Jijik' benar dengan air kosong. 

Tolong bagi tips sikit macam mana nak sedapkan air kosong agar anak-anak saya teruja setiap kali nak kena teguk air penuh khasiat tu. 

Owh, terima kasih in advance. Anda memang baik hati. Juga thanks ye kepada yang sudi 'declare' diri sebagai 'bestest student' kat sini. Anda memang mempunyai keyakinan yang tinggi. Syabas!

Mango lassi untuk rendahkan suhu hati juga tekanan di bahu. Andailah bisa. Jika mango lassi yang sedap mengalahkan lassi di Al-Salam ini tak mampu meredakan batu-batu di bahu tu, sila istighfar banyak-banyak sampai berbuih-buih mulut ok.
Bahan-bahan:
1 biji mangga (anggaran dalam 300g) - kupas dan ambil isinya
1 pack plain yougurt (90gram)
1 cawan susu segar
Gula- jika perlu
Sedikit perahan lemon
Sedikit air -jika perlu
Cara-cara:
  • Kisar mangga dengan yougurt dan susu. Masukkan gula jika perlu. Perahkan lemon dan kisar hingga hancur dan mulus. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
  • Sejukkan sebelum dinikmati.

KEK PISANG HIGH PROTEIN BERWALNUT

Assalam peeps,

Jemu ke menatap kek yogurt sedap tu? Sebab kek tu memey  ahh sedap sangat jadi saya buat 'sticky post' di situ. Heee.

kebah dah kot demam pilihanraya atau pasca pilihanraya. Cuma satu je yang kurang enak. Bahan-bahan berkempen macam bendera, banner dan bunting kat tepi-tepi jalan tu sedikit menyakitkan mata. Masih bersepah-sepah lagi. Boleh aje saya tolong kutip dan lupuskan benda alah tu,  buat pahala sambil buang lemak-lemak berkarat ni. Sambil buang peluh moga-moga dosa termengalir keluar sama.
Tapi tulah-masih nak harapkan orang lain juga yang buat. Masih lagi ada perasaan, tu bukan kerja aku. Dah tu korang pasang banyak-banyak, korang lah tanggal kan sendiri. Haih gila pangai buruk hati reput berkulat dia ni.
Yang saya tau, buat kek tak berapa nak kek ni.  

Al kisah tepung gandum tinggal anggaran setengah cawan. SRF pun tinggal secubit cuma. Hapa nak di kek pisangkan. Sedangkan gula dan telur sudah bersatu dalam mixer. Tetiba aje ai tercipta resepi baru yu. 
Nak kata roti, rasa dan cara diadun macam kek. Nak kata kek ada juga tekstur roti di situ. Jadi makna kata, masih dalam kategori kek yang sedap dan lembab. 

Cuma, bila saya ulur kek ni kat anak sedara pakai spek kuasa tinggi, dia buat muka anak badak je. Ceh!
Resepi kek pisang yang asal kat SINI
Bahan-bahan:
7 biji pisang emas/4 biji pisang berangan/5 biji pisang nipah
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung
2 sudu besar ovellete
3 biji telur
1 3/4 cawan tepung gandum (* dalam kes ni saya guna tepung high protein)
1/4 cawan tepung jagung
Secubit dua garam
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder - jika menggunakan tepung naik sendiri, omit baking powder
2/3 cawan walnut cincang
Sedikit esen pisang
Cara-cara:
  • Sediakan loyang. Sapu tepi  loyang dengan sedikit minyak dan lapik dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.
  • Lenyek pisang dan ketepikan.
  • Pukul telur, gula dan ovellete hingga gebu. Masukkan esen pisang.
  • Masukkan minyak dan pukul lagi. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan juga secubit dua garam.
  • Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. 
  • Masukkan walnut dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu 160 degree C kira-kira 35-40 minit (untuk kek) dan kira-kira 10 minit untuk cup cakes. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.

YOGURT CHOCOLATE MOIST CAKE KAK NOR

Ada yang demam pilihanraya? Saya balik kampung untuk melaksanakan tugas sebagai anak Malaysia. Herk! 

Mak mertua saya dengan semangat 'raya'nya siap berendang serunding bagai.  Lemang aje yang tak ada. Dahsyat! Dan sayapun kenalah 'buat-buat sibuk' menikmati sumer-sumer tu. Nanti kecik hati dia, saya juga yang sakit belakang pikul dosa. Dosa sedia adapun dok berkembang tak susut-susut. Adeh.
Nak juga saya mengulas sepatah kali 4367 juta kata perihal pilihanraya. Tapi toksahlah nak bertegang urat kat sini. Masing-masing akan ada hujah dan hujah pinjam dari orang lain. Mesti ader punyer!
Kek coklat lagi. Tapi cubaan dengan yogurt ini pertama kali. Bukan apa, tidak pernah bertemu rasa nak makan kek coklat dan pada masa yang sama ada stok yogurt di sisi. 

Kek coklat black out ataupun kek coklat takde karen memang sedap dan memang idaman lobang idung saya sepanjang zaman. Tambah yogurt menjadikan kek ini rasanya agak lain sikit dan tentunya sedap seh. Ala, but I cannot describe in words. Haha. Itu favourite word saya masa di Sintok. 
Saya namakan kek Kak Nor sebab saya ambil segala link dari blog Kak Nor.  Resepi asal (mungkin cubaan pertama dari Along Roz, bawak ke dapur sana sinun dan berhenti sebentar di dapur saya. Panjang kisahnya dan berakhirnya dari All Recipe Dot Com). 


Saya salinlah resepi kat sini. Al maklum lah tulisan saya lawa yu. 

Bahan-bahan (untuk 1/2 adunan dari resepi asal):
Saiz loyang : 7 inci

2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko (saya gunakan serbuk coklat)
1/2 cawan air panas
1/2 cawan butter (saya guna 125g)
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan yogurt (saya guna 2 bekas yogurt perisa peach)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit esen vanilla
Cara-cara:
  • Ayak tepung dengan soda dan baking powder. Ketepikan
  • Bancuh serbuk coklat dengan air panas. Ketepikan.
  • Pukul gula dengan butter hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan juga beberapa titis esen vanilla.
  • Masukkan adunan tepung di selang-selikan dengan yogurt. Kacau sebati.
  • Masukkan bancuhan coklat dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu 170 darjah celsius kira-kira 45 minit. Atau sehingga masak. (saya kukus 1 jam)
  • Sejukkan sebelum dihias mengikut kreativiti masing-masing.

HOMEMADE CENDOL

Sedang mengemaskini profile  peribadi saya. :) 

Saya adalah anak ke dua tukang gunting rambut yang love forever sayang ketat-ketat muah muah kat makcik kantin aka penjual pisang goreng aka penjual cendol. Hee

Ye, saya memang tak 'bertuah' sebab tak dilahirkan sebagai anak doktor, majistret ataupun ahli musik. Anak orang kaya-kaya.
Mangkuk pink inilah mangkuk cendol mak saya masa meniaga dulu. Semangkuk cendol penuh kasih sayang mak untuk customer harganya cuma 20 sen. ^___^
Kalaulah saya bukan anak tukang gunting dan peniaga cendol, mungkin jaman kecil saya kena hidup penuh proper-proper dan propa-propa. Takkan ada istilah pernah jatuh longkang, curi mangga lepas tu kepala kena baling botol dek tuan rumah, mandi sungai guna pelampung buah nyor ataupun sakit perut dan biru mulut sebab makan buah senduduk. 

Sebab mak saya meniaga cendol lah saya pernah kena libas tangan sebab mencuri buah kuini. Bila mak libas, dia libas-libas sedap. Libas nak reti bahaser kan kamoo
Mungkin kalau saya anak majistret yang kaya, kejadian mencuri buah kuini mungkin berlaku juga. Libas tetap kena libas. Tapi mungkin libasan dari pembantu rumah yang dikerah majikan. Atau saya yang libas pembantu rumah sebab ada unsur-unsur 'Anakku Sazzeli' di situ. 

Bukan apa, sebagai majistret, bapak atau mak saya sangatlahhh sibuk dengan kes-kes mahkamah terutamanya banyak benar 'video game dalam kelambu' yang dia nak kena buat penilaian. Haih! Eh jaman tu belum ada video ye? 

Ok. Tak ada sebarang kaitan dengan anologi di atas. 

Tapi, sebab cendol sedap ini jugalah mak saya terkenal di kampung. Well, mungkin agak exxagerate di situ. Ai kesah kew? Sejauh mana benar atau sepalsu mana cerita saya; yang penting sekarang bawak masuk je cerita hangat, pasti orang terima tanpa usul periksa. Hergh!

Cendol mak memang ngetop seh. Saya perhati ramai cikgu sekolah saya mesti singgah gerai mak pekena cendol 2 mangkuk dengan laksam. Pergh. Sebab tulah kat sekolah saya asyik dapat nombor satu aje. Hui!
Ini bukan resepi asal mak. Lagipun ingat saya ni ada kemahuan ke untuk mengisar beras segala bagai. Resepi asal mak of course gunakan beras kisar, yang mana kerja-kerja mengisar beras dilakukan dengan mengelatnya oleh saya sebab cepat siap cepatlah boleh terjun sungai. :)
saya gunakan acuan maruku ni untuk buat cendol tu. Oleh sebab ni acuan tembaga (taklah tembaga sangat) jadi saya balut dengan kain semasa mengisi adunan untuk mengelakkan rasa panas
Bahan-bahan:
2 cawan air daun pandan (kisar 2 cawan air dengan 4,5 helai daun pandan)
1/2 cawan tepung beras 
1 sudu kecil tepung ubi
Sedikit kapur makan
Secubit dua garam

Cara-cara:
  • Sediakan bekas besar. Isikan air sejuk/paip
  • Campur semua bahan dan kacau sebati.
  • Pastikan tepung telah dissolve sempurna.
  • Masak atas api sederhana hingga berkilat dan timbul letusan-letusan (mendidih) kecil.
  • Tutup api dan masukkan ke dalam acuan cendol.
  • Tekan perlahan-lahan ke dalam bekas yang berisi air tadi.
  • Hidangkan sebagai ABC atau boleh digunakan untuk membuat puding atau juga kuih talam.
*Pastikan buat cepat-cepat kerana adunan yang keras menyebabkan sukar untuk mendapat  cendol yang panjang dan licin.


CHOCOLATE OREO SWISS ROLL

Yeay! 1 Mei Hari Pekerja. Buruh eh? Jom cuti! Buruh paksa aka pekerja 'kebajikan' macam saya mana ada istilah cuti. Hari-hari kena kerja. Tapi boleh aje nak bermalas-malasan sejenak. Beberapa jenakpun takpe, yang kisah pun suami anda juga. Takkan Abe Nik rumah depan tu nak piat saya pulak kalau asyik nak melengkar aje.

Pertama, ada orang terpaksa keluar  bekerja sebab nak bantu ringankan beban suami. Ke dua, ada juga yang paksa suami supaya izinkan untuk bekerja bagi memudahkan dia leka bergaya leka berbelanja. Owh Zalora ada sale! Last sekali, ada jugak yang bekerja kerana kebosanan tinggal di rumah, takkan asyik nak cat kuku dan berspa-spa sepanjang masa. Jadilah dia wanita bergaya dan bekerja di pejabat juga.
Anda yang mana? Saya pernah berada dua daripada kategori di atas. Hajat di hati nak bantu suami, tapi sudahnya suami yang sakit kepala kena bantu saya. Duit saya ke mana? Habis kena lebur beli baju, beli itu ini. Yang berpekdah dan yang banyakkkkk yang tak berpekdah. Padahnya, dah nak masuk tiga tahun saya berhenti kerja, lambakan baju kurung tu tak tau saya nak sua ke mana. Owh, kalau sesiapa yang berminat dan sudi, nak aje saya hadiahkan sempena persahabatan pena kita ni. Tapi saiz saya sama dengan Nur Fathia, awak ader kew?

Dahsyat nafsu perempuan ni. Err to be exact, nafsu saya ni. 
Ye, sebab ada 9 nafsu. Akal je ada satu. Tapi gamaknya dengan bantuan syaitonnirrajim nafsu saya yang 9 tu dah berganda jadi berapa jutapun tak tahulah. Yang akal tu takdelah pulak saya berusaha nak kembangkan ke arah kemakmuran keluarga atau kesejagatan ummah ke. Kesian suami. 

Oklah, kalau sian kat suami-suami kita (ehhh, ni bukan ayat suamimu suamiku jua tau) betulkan niat dan tujuan kita bekerja. Saya nak jadi wanita yang solehah, awak takkan tak jeles tengok cita-cita saya? 
So moh kita. Err maksud saya kita tanamkan azam dan usahakan untuk solehahkan diri kita.Sambil tu bakar swiss roll ni. Kek lagi!

Saya tambah oreo dan serbuk koko hitam. Lepas tu kurangkan gula dan tepung sikit. Acu try aje. Tapi saya rasa macam agak dry sikit. Mungkin sebab oreo atau saya yang tak baca Bismillah kot masa nak godek.

Apapun, segulung kek yang penuh kasih sayang mama ni dah lenyap dah dari muka bumi.
Bahan-bahan:
(saiz loyang 10x10 inci)
Sumber: adaptasi dari swiss roll KAK WAN CITARASAWAN
Bahan A
3 biji kuning telur
50g gula halus
40ml susu
50ml minyak jagung
70g tepung gandum
1/2 cawan oreo (saya guna oreo crushed then kisar lagi sampai halus dan barulah sukat)
2 sudu besar serbuk koko hitam
Bahan B:
3 biji putih telur
1/2 sudu teh cream of tar tar
1 sudu teh gula halus
Cara-cara:
  • Sediakan loyang.
  • Oleskan loyang dengan sedikit marjerin. Kemudian lapik dengan parchment paper/ baking paper. Ketepikan.
  • Ayak tepung dengan serbuk koko. Ketepikan.
  • Pukul kuning telur dengan gula hingga kembang. Masukkan air dan minyak jagung. Pukul sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
  • Masukkan oreo dan pukul sebati. Ketepikan.
  • Pukul putih telur hingga berbuih.
  • Masukkan gula dan cream of tar tar dan pukul dengan kelajuan maksimum.
  • Pukul sehingga menjadi meringue ataupun bertanduk/soft peak.
  • Campurkan adunan tepung tadi (bahan A) ke dalam adunan putih telur. 
  • Kacau secara kaup balik (folded) hingga rata. Perlahan-lahan saja.
  • Tuang adunan kek perlahan-lahan ke dalam loyang. Ratakan dengan spatula.
  • Hentakkan sedikit loyang untuk memastikan adunan rata.
  • Bakar kira-kira 10-15 minit atau sehingga masak. 
  • Sejukkan sebentar sebelum digulung.
  • Apabila telah sejuk, terbalikkan loyang. Tarik baking paper perlahan-lahan.
  • Terbalikkan semula dan letakkan filling. Semasa proses untuk menterbalikkan kek, gunakan apa-apa barang (dulang/tray) untuk menampung kek untuk mengelakkan kek patah/terbarai.
  • Ratakan filling.
  • Gulung kemas-kemas. Perlahan-lahan ye untuk mengelakkan kek patah.
  • Proses menggulung kek boleh juga menggunakan baking paper/kertas minyak ataupun tuala dapur yang bersih.
  • Bungkus swiss roll dengan baking paper/kertas minyak dan sejukkan sebelum dipotong. 
* saya gunakan buttercream dan hirisan buah strawberi sebagai filling untuk swiss roll ni.
Untuk resepi buttercream klik kat SINI