Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CARAMEL POP CORN

Awal-awal lagi saya nak senyum sinis campur sengih kambing baik punya. Kerlingan dan kenyitan mata jahat ini ditujukan kepada adik-adik office eh salah lagi, ex-office pemilik kuali berharga 400 ringgit malaysia. Atau dalam harga rupiahnya melebihi sejuta. Kuikuikui.

Err makin menyetan kan diri lagi dengan soalan, apa dah jadi dengan kuali  magic tuuuuuu???
Tak payah ada kuali mahal pun ok ya anak-anak itik sekalian kalau nak buat pop corn. Guna kuali vontot itam legam macam orang Habsyi pun boleh on itu projek mengepop

Hari ini mak itik (saya rasa gelaran mak itik sangat sesuai dengan keadaan diri saya yang tengah malas-malas-malas Ya Tuhan! ditambah lagi dengan vontot yang makin berat macam vontot itik. Hahaha ala-ala vontot nk rebeh gitu.  *Eiii banyak betul penggunaan bahasa dengan bahagian anggota tubuh yang paling seksi  lagi debab tu kali ni

Teruja bila terpandang K-popcorn di blog jejaka pop Malaya, sapo laie kalau bukan CMG. Lepas tu dari 'ujung tanjung sampai ujung tebing' kedengaran pop pap pop pap buatkan saya rasa sangat simpati pada tekak yang teringin nak  buat sendiri juga.
Ha kau, lepas kali pertama melihat ratusan letusan jagung-jagung itew, buatkan saya memanggil semua ahli rumah termasuklah Aidil budak darjah tiga anak jiran betul-betul depan rumah saya untuk saksikan acara teruja saya  menyediakan pop corn dengan riak takburnya. Hahahaha.

Jemputlah menonton wayang sambil cekau pop corn ni. Tengok Marukochan pun rasa macam tengah nonton Ombak Rindu yu sebab walaupun citer tak sedap tapi semua tu akan disedapkan dengan pop corn mak itik vontot rebeh ni. 
Sumber 'mak itik' lain : Izah dan Tun Telani
Bahan-bahan:
* Banyak unsur-unsur ikut suka dalam membuat pop corn ni. Jadi resepi di bawah ni telah saya olah mengikut cara dan jumlah yang saya buat. Untuk rujukan asal sila ke link mak itik tu ye. 
3 genggam jagung kernel
Marjerin/butter secukupnya
1/2 cawan gula (anggaran)
Cara-cara:
  • Masukkan 2 sudu besar butter/marjerin ke dalam kuali/periuk. Pastikan anda menggunakan periuk/kuali yang berpenutup. *Kalau penutup transparent lagi mengujakan kerana boleh tengok proses mengepop dengan jelas.
  • Bila marjerin telah mencair, masukkan segenggam jagung dan pastikan semua jagung terkena marjerin cair tadi.
  • Tutup periuk/kuali dan sederhanakan api.
  • Bunyi pop pap akan kedengaran selepas kira-kira 2-3 minit.
  • Tutup api apabila bunyi pop pop telah berhenti. 
  • Ketepikan.
  • Ulang proses hingga jagung habis. * Saya buat dengan anggaran segenggam jagung cukup dengan 2 sudu besar marjerin.
Untuk menyediakan karamel:
  • Masukkan 5 sudu besar gula ke dalam kuali. Biarkan mencair sepenuhnya.
  • Apabila gula bertukar warna kekuningan, masukkan 2-3 sudu besar butter/marjerin dan kacau sebati.
  • Kecilkan api.
  • Apabila karamel berbuih, masukkan 3-4 genggam pop corn tadi dan kacau rata.
  • Ulang hingga selesai. 

26 Responses to CARAMEL POP CORN

  1. kiranya chah jd ibu itik dan mek jah ampang tu jd anak itik la ya.. k.nor pun nak jd anak itik gak nih.. dah makin verat vontot ku :)

  2. tun mmg sengaja msk dlm periuk yg ada tudung lutsinar tu.. mmg ai jakun habis yu tgk popcorn meletup2 tu.. ye laa, dulu2 penah wat popcorn, tp beli yg instant dlm peket seal just masuk microwave je. 1st time buat siap melimpah dr periuk! muahhaha~
    LOL~~ adoii.. datin bertukar jadi itik ye skrg.. meh join tun bertali skipping petang2. berat turun yu sejak main tali skipping nih, tp sakit lutut la pulak.. huhu..

  3. as-salam, kak chah, jagung kernel tu jagung kernel dalam tin ke? lau jagung kernel yg jenis frozen tu leh guna tak? cam sronok je nak try tp kat umah yg jenis frozen nyer. huke. makacih.

  4. Miss for3st,

    errr kena guna jagung kernel yg kering, kalau nak beli kena cari kat area bahan-bahan kering kat kacang hijau, biji sagu etc. Kalau di Giant mmg ditulis jagung pop corn. cek kat blog tun dia ada share gambar jagung tu.

  5. Salam Chah.sedapnya ngunyah pop corn sambil tengok tv...
    bila Chah citer ttg kuali mahal utk buat pop corn, teringat masa di office lama dulu ada syt dtg promosi periuk sambil demo cara buat pop corn ni...punyalah semua teruja nengoknya tp bila tahu harga...cancel...mahalnya....

  6. dah lama tak buat pop corn sendiri...kalau buat sendiri memang puas ati sebab boleh bubuh caramel tu byk mana kita suka...hehe

  7. Jagung tak rangup sbb gula atau karamel tu tak bertali . kena masak sampai gula tu betul betul tahan candy , baru boleh Gaul dgn popcorn kosong @yanaworldbenture

  8. Slm,tq ats info tsebut..mmg menjadi popcorn karamel sy ni..xperlu tcari2 kuali mahal2 nk buat popcorn ni..jimat n puas hati betul.... karamel sy tmbh madu skit saje nk tmbh umphh..hihihi..thanks byk2 ye kak chah..

  9. Salam sis..caramel tu bole dicampur terus time masak pop corn tu..so de akan blen trus..sy pernah kerja masak pop corn gsc..so pop corn akan rangup je

  10. ni saya nak tukar resepi dgn kak chah...Sambal ikan bilis hancur.Goreng ikan bilis,gorengkan cili kering.Segenggam ikan bilis 6 tangkai cli kering.Goreng kedua-duanya.Goreng asing....kemudian blender...dan sedia utk di makan.Boleh simpan lama.Makan dgn telor goreng atau ratah aje depan tv.Sorry kak...mencelah.terima kasih.

Leave a Reply