Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NONA MANIS SMOOTHIES




Lama betul tak makan buah nona ni. Kalau masa kecik-kecik dulu memang asyik usha je kat pokok orang. Dikhabarkan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dan mengandungi pelbagai vitamin. 




Rezeki tersembul depan pintu rumah.  Apa lagi saya melahaplah selagi daya. Still berbaki tu  dah tak tau nak buat apa. Cari-cari juga apa resepi yang guna buah ni. Mungkin kek ada kot. Tak sampai hati pula nak biarkan perut asyik makan yang hebat-hebat je. Sesekali biarlah diisi dengan makanan separa hebat macam oat pulak. Hui!





Teringat whipping cream yang beli minggu lepas. Promosi beli dua dapat lagi percuma satu. Terus senyuman jadi sama lebar dengan pinggul. Suka sangat weh. Sebab tu saya sanggup beratur panjang kat Yummie Bakery tu walaupun cashier  dia yang sorang tu, muka macam apple cider vinegar. Campur susu buat buttermilk baru tau!  


Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 gelas

3/4 cawan non-dairy whipping cream (saya gunakan jenama mauri- rasanya memang manis)
ketulan ais
I biji  buah nona sederhana besar (anggaran dalam secawan)

Lemak berkrim rasanya. 1 cawan untuk saya, satu lagi khas untuk cashier apple cider vinegar! 




One Response to NONA MANIS SMOOTHIES

Leave a Reply