Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

APAM KELEDEK UNGU

Sambil masak laksa kuah lemak seperiuk, sambil kembang-kempis jugalah  hidung Kavitha Kaur ai ni. Sebenarnya sebab tak sabar nak berjumpa hadirin hadirat sekalian yang terdiri daripada adik-beradik je. Hee. 
Ambil berkat orang balik umrah. Alhamdulillah satu-satunya kakak saya kembali dengan selamat dan statement biasa " nak gi lagi!" Tempat yang paling terbestest sekali atas dunia, of course rasa nak pergi lagi , nak pergi lagi akan kekal di sudut hati.
3 hari dah Syaaban berlalu. Makin mendekati Ramadhan yang sentiasa dirindu, kan? Er puasa dah habis ganti ke belum? Cegahlah sebelum parah ye. 

Tapi laksa lemak yang sedap tu dah licin. So apam keledek untuk berbuka puasa boleh? Alah...sedap tau apam ni, dahlah janganlah meminta-minta pada yang tiada. :)
Resepi asal adalah apam labu. Siapa lagi kalau tak si Izah yang gudes-gudes ai suh buat apam sedap ni. Dan, idola sepanjang jaman, Hajah Kak Ummi. Tengs!
Bahan-bahan:Bahan A
3 tbs tepung gandum
1 tbs gula
2 tsp yis segera
3 tbs air suam
Bahan B
240g keledek ungu(rebus, lenyek dan ditimbang) 
150g gula pasir
150ml santan 
1 biji telur
Bahan C
200g tepung gandum
1 tsp baking powder
Cara-cara:
  • Satukan Bahan A dan peram kira-kira 10 minit. Ketepikan.
  • Campur Bahan B dan kisar halus. 
  • Campurkan Bahan B dan C. Pukul dengan hand whisk hingga sebati. 
  • Masukkan Bahan A dan kacau rata. 
  • Peram kira-kira satu jam.
  • Masukkan ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh. Kukus hingga masak kira-kira 15 minit.
REMBAU MOST WANTED YAWW!!


DONUT MAYONIS

Cuti sekolah menghampiri. Seronok juga bila lelah seharian dapat disimpan sebentar. Tapi nak tengok kejadian titanic live hari-hari, jemputlah ke rumah saya. Masa tengah karam tu lagilah bagus. Hergh!

Adeh. Letih mak letih. Tapi yang paling letih tentulah maid saya. Kesian juga dia. So far prestasi dia tak adalah unggul sangat. Tapi setakat ni tak keluarlah lagi perasan-perasan diva tu. Harap-harap berlarutanlah ye prestasi dia.
Tapi hamboih! Kemain lagi teres giles guna Ipad internet segala. Saya usha-usha juga search history lepas dia guna dalam Ipad anak-anak.  Hehehe. Intip jangan tak intip. :)

'Film Indonesia terbaru' . Dan entah apa-apa lagilah lagu indonesia terbaru yang dia search. Nasib baik!

Buatnya dia search ' cara untuk menghilangkan rasa menyampah kat majikanku yang hampeh', harus saya pengsan dan-dan tu jugak.
E eh, Mak Nat ni. Tiap-tiap minggu mesti buat donut. tak bohsan ke? Maaflah. Minggu depan lain tahun kita buat kuih hebat-hebat yang lain kay?

Seronok juga mencuba pelbagaikan resepi donut. Tapi kali ni saya cuba versi bermayonis dari Ros Jintan Manis. Ramai juga blogger dah mencuba donut ni. Komen sedikit; tak keterlaluan rasa mayonis tu. Ke lidah saya dah hilang deria? Heee. Tapi masih lagi 'seutas' (haha bestkan menyalahgunakan kuasa penggunaan penjodoh bilangan) donut yang lembut dan gebu. 
Sumber Resepi : Ros Jintan Manis thru Kak Ita Masam Manis
Bahan-bahan:
330g tepung gandum
1 1/2 sudu besar mayonis (saya gunakan jenama Lady's Choice)
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung (saya tak letak sebab dah letak air susu)
1 1/2 sudu teh yis kering (mauripan)
1 1/2 sudu besar marjerin (saya gantikan dengan lemak sayuran)
1 sudu besar bread softener (saya tambah)
1 sudu kecil donut improver (saya tambah)
1 biji telur (gred A)
140ml air suam  (saya gunakan susu suam)
Secubit dua garam
Cara-cara (saya gunakan cara biasa saya buat donut):
  • Campurkan semua bahan kecuali garam dan susu. 
  • Gaul rata dan masukkan susu sedikit demi sedikit. 
  • Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 
  • Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 
  • Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  • Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut
  • Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 
  • Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam. 
  • Tutup api sebentar sebelum menggoreng batch donut seterusnya. Ini bertujuan untuk merendahkan suhu minyak. Ini kerana jika minyak terlalu panas, donut akan menjadi menggerutu.
  • Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan. 
  • Saya pipekan sedikit buttercream dan taburkan sedikit dengan kacang goreng masin.
* Jika menggunakan BM ataupun mixer, isi ikut arahan pada BM/mixer masing-masing.

DONUT MAMA II

Serius dah lama sangat saya tak dijemput untuk menghadiri kenduri. Kenduri kecil-kecil tu biasalah. Maksud saya kenduri kahwin yang glam-glam dan boleh juling biji mata sebab dikelilingi mak-mak atin dalam persalinan bling-bling. Tapi minggu lepas saya berjaya membuatkan orang tak meloya untuk menjemput saya pergi kenduri, yeay! Heee
Walaupun sebenarnya saya memang keberatan jika perlu memenuhi undangan kenduri yang kena berprotokol-protokol bagai sampaikan saya nak berjalanpun jadi terkepot-kepot sebab nak jaga langkah agar kekal dalam mode 'jalan kucing'. Phew!

Donut ayu ni tak adapun dihidangkan masa kenduri tu. Yang ada seperti biasalah, nasi warni-warni dengan partner in crime mereka; ayam masak merah dengan daging masak hitam. Ada papadom dalam supik sebab takut masuk angin. Buah tangan untuk ai dan keluarga ialah 3 bungkus butter kukis yang sangat sedap tapi dah habis saya ngap dalam kereta. Mujur tak kena marah sebab serdak-serdak sekuk tu banyak juga tertabur atas seat kereta Sang Arjuna yang baru je lepas basuh. 

Comey bai  penantin. Senyum meleret aje kerjanya. Dia tak tahu ombak besar sedang berada di hadapan. Hadapilah dengan tabah ye wahai pengantin. Ilmu iman amal. Cukup 3 perkara tu untuk menempuh ombak dan badai. :)
Hujan mengiringi hari-hari saya. Juga 3 hari ke belakang. Sejuk bumi sejuk hati tengok pokok bunga orang berbunga aneka warna. Rumput saya, masih belum ada tanda-tanda. 

Sejuk juga perut ibu mengandung dapat makan lagi. Eh kalau tak mengandungpun dapat makan juga InsyaAllah.  

Yang paling penting sejuk dua ratus juta kali hati saya tengok Sang Arjuna makan donut ni 4 ketul. Saya tak dapat makan barang seketul pun asyik dok tersenyum-senyum aje. 
Dah ada versi donut standed saya kat SINI . Sajalah dalam dok senyum-senyum ni saya taiplah resepi. :)
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering (mauripan)
1 1/2  sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar bread softener
1 sudu kecil donut improver
2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan air (tambah atau kurangkan sedikit jika perlu)

Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan kecuali garam dan air. 
  • Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. 
  • Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 
  • Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 
  • Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  • Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut
  • Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 
  • Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu di dalam. 
  • Salut dengan gula atau sebarang topping kesukaan. 
  • Saya sapukan dengan sedikit ganache coklat dan tabur dengan rice bubble berwarna dark pink.
* Jika menggunakan Bread Maker/Mixer- ikut kaedah pada BM/mixer masing-masing.

DONUT GREEN PEAS

Usai menghambat anak-anak ke sekolah, mulalah terasa sunyi aje rumah ni. Yang sedikit menggamatkan suasana, bunyi mesin menghalau daun-daun kering di keliling kejiranan saya ni. Lepas tu mungkin adalah sahutan dengkuran 'halus' saya tertido depan tiwi sambil tiwi tengok saya.

Kekadang kalau dah penat sangat, harus juga saya tertido bersimpuh lepas ke hulu ke hilir hantar anak ke sekolah. Tapi sekarang mak dah tambah power sikit. Jarang dah nak tertido pagi. Nak rahsie, wazzap aje mak, okes?

Pagi ni tetiba saya teringatkan kisah jiran saya ni. Jiran depan rumah. Eh,  tak betul-betul berdepan. Senget sikittt ke kanan ok. Haa yang tu. Jiran banyak pokok bunga warna-warni. Kadang-kadang gatal aje tangan nak petik bunga pepelpinkputihkuningorenmerah kat taman dia. Boleh juga saya buat props, hehe. Tapi mengenangkan muka maid dia yang siriyus banget, saya telan lendir leliur ajelah.
Dia dah mati dua tiga hari lepas CNY ari tu. Mati muda di usia 42 tahun. Kalau tak nampak dia terbongkok-bongkok alih pasu, memang tak sah. Seluar pendek biru, baju biru. Rambut separa kembang  mungkin sebab blow guna hair dryer power sederhana. 

Mendiang orangnya berkerjaya. Pun ada masa untuk kelebet bunga. Saya orang berker aje. Bab jaya tu tak ada. Cuma mampu tanam rumput. Itupun habis menderita kering-kontang  sampai ke organ dalaman rerumput tu sumer. Hais!

Paling tak tahan bila 2, 3 hari lepas dia mati, saya  termimpikan dia. Dia menangis depan pagar Kak Su. Ha,Kak Su tu yang betul-betul jiran depan rumah saya, tak senget kiri atau kanan. Memang tepat-tepat. 

Dalam mimpi tu sayapun menangis juga. Memang terkenang-kenang. Kesian, mati tanpa sempat mengecap nikmat hidayah.
Tulah, mati tu pasti. Dia pergi sebagai orang berjawatan. Pensyarah. Tinggalkan suami dan anak-anak masih kecil. Tinggallah beratus-ratus pokok bunga oren biru merah pink pepel. Tak bawa apa-apa. Seluar pendek biru pun tak ikut. Kita nanti macam mana?

We are running out of time. Bila fikir macam tu mungkin kita boleh step back  untuk selidik dan kelebet hati dan amalan kita. Ambil masa sikit. Wah, Prof Muhaya tak ada job dah lepas ni. Sekian!

Selamat beramal. :)

Saya tau rasa green peas ni sedap. Jadi tabur aje dalam donut kot-kot boleh jadi sedap. Ha memang sedap! Terer giler green peas ni kan? *senyum-senyum*

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk green peas
1 1/2 cawan air sejuk
2 sudu besar gula
1 sudu besar lemak sayuran
1 sudu besar marjerin (boleh juga gantikan dengan shortening)
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil yis kering (jenama yang biasa digunakan-Mauripan)
1 sudu kecil bread softener
1-2 cubit garam

Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan ke dalam mixer. Gunakan hook beater. * Cara menguli dengan tangan sama juga stepnya dengan menggunakan mixer. Jika menggunakan bread maker, cuma ikut sahaja langkah BM masing-masing.
  • Uli hingga doh menjadi elastik dan  licin.
  • Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda. Apabila doh telah mengembang, tumbuk perlahan-lahan untuk mengeluarkan udara.
  • Canaikan dan tekap dengan acuan  donut. Taburkan sedikit tepung gandum pada doh dan juga acuan jika doh agak melekat.
  • Rehatkan donut sekali lagi hingga naik.
  • Goreng dengan  api yang sederhana untuk mengelakkan donut menggerutu dan berbintil.
  • Sejukkan sebelum ditabur dengan gula halus/gula icing atau topping kesukaan.
Nota untuk lulus periksa : Kadar pengembangan donut ini agak kurang memberangsangkan. Mungkin silap jari jemari ai yang mulus ini. Namun, selagi ai boleh nafikan, memang ai menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa tangan saya membawa padah ke atas kejadian donut kulihattttt hijauuuuu ni. Setop it!



PAU KELADI BERBENTUK TERUNG

Tamat suda cuti sekolah. Pendek dan ketot aje bila mengenangkan yang manis-manis. Tapi bila mengenangkan aduh sakit pinggang lepas tu sampai tak dan nak tempek krim malam sebab terlalu mithali melayan karenah anak-anak terasa macam panjang lah pulak kementerian pelajaran buat cuti sekolah ni. Haih.
Kawan-kawan bercuti ke mana? Seronok ya habiskan masa dan wang ringgit demi kelorga tersyinta. Makin bertambahlah koleksi fridge magnet nampaknya. Itu kalau yang suka kumpul magnet lah. Kalau yang suka kumpul lemak pula, ermm kena ingat, magnet cuma boleh tarik besi. Tapi tak booooleh tarik lemak. Muehehe.
Mak ada pening-pening sikit ni. Alah dugaan ala-ala IKS aje. Belum kategori kontraktor kelas A lagi. Urut dada, lepas tu pergi aje ke dapur. Pasti tenang semula. :)

Pening makan keladi banyak sangatpun ye juge. Abis semua resepi nak dikeladikan. Biaser!

Kali ini beliau tampil lebih segar dengan resepi pau keladi yang sungguh wangi. Dipersilakan! 




kalau malas nak menggentel ala-ala terung yang teruk tu, bulat-bulatkan aje macam biasa..
Bahan-bahan:
1 cawan keladi (rebus hingga empuk dan sukat)
1 1/2 cawan tepung pau (boleh juga guna tepung gandum)
2 sudu besar gula
1 1/2 tsp yis kering/yis segera (contoh jenama mauripan)
1/2 tsp bread improver
1 tsp lemak sayuran
1 tsp bread shoftener
1-2 cubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan air sejuk
2,3 titis perisa keladi
2,3 titis pewarna ungu
Sedikit pewarna hijau
Inti kesukaan secukupnya (kali ini saya gunakan inti kelapa)

Cara-cara:
  • Lenyek keladi semasa masih panas-panas. Sejukkan.
  • Campurkan semua bahan kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal. * Jumlah penggunaan air mungkin boleh ditambah/dikurangkan mengikut kesesuaian memandangkan air yang terkandung di dalam keladi yang direbus juga memainkan peranan.
  • Asingkan anggaran sekepal doh untuk diletakkan pewarna hijau (bahagian daun)
  • Campurkan bahagian tadi dengan  pewarna hijau dan ketepikan.
  • Campurkan doh selebihnya dengan pewarna ungu dan perisa keladi. Uli hingga sebati dan kenyal.
  • Rehatkan doh sehingga mengembang 2 kali ganda atau anggaran 30 minit.
  • Apabila doh telah naik, tumbuk-tumbuk doh dengan perlahan untuk mengeluarkan udara di dalamnya. 
  • Ambil sedikit doh/mengikut saiz kesukaan dan leperkan. Masukkan inti dan bentukkan bulat memanjang sehingga menutup keseluruhan inti. 
  • Bengkokkan sedikit seperti buah terung. Gunakan sedikit tepung semasa menggentel jika doh agak melekat. 
  • Lapikkan dengan plastik ataupun daun pisang yang dipotong bulatan. (saya gunakan baking paper cup yang dipotong kecil)
  • Ambil sedikit  doh berwarna hijau dan bentukkan untuk tampuknya.
  • Sapu bahagian atas pau dengan sedikit air dan letakkan tampuknya perlahan-lahan. 
  • Rehatkan sebentar pau sementara menyediakan air kukusan.
  • Kukus pau kira-kira 15-20 minit atau sehingga masak.
  • Balut penutup pengukus dengan tuala bersih untuk mengelakkan air menitis ke atas pau.
  • *Jika menggunakan mixer atau bread maker, kerahkan aje mereka buat kerja ikut arahan tertera. 

Rasanya, owh seakan-akan pau labu yang sedap itew. Dengan kehadiran perisa keladi buatkan pau ini menang tipis ke atas pau labu. Err tak sabar pulak nak berpilihanraya. :)
Jemputlah!

BINGKA UBI URBAN

Assalamualaikum..

Wahhh poyoponyer asyik update blog aje lately. Rajin bertempat dan asyik buat baik berpada-pada nampaknya. 

Banyak perkara yang berlaku sepanjang saya cuba berselindung di sebalik dagu yang masih dabel deker ni. Yelah, takkan 4,5 bulan mengisolate kan diri tak ada berita langsung kan, baik yang benar ataupun palesu.
Paling tak boleh tahan seketul lens kesayangan hamba telah terbarai. Beli aje yang baru bukan solusinya di saat ai sedang ngumpul sari seposen ni. Atas seposen tulah nak buat beli lens ganti, buat beli bedak 'Arab' dan lain-lain lagi. Owh. lupa. Tabung derma kilat untuk beli lens ada  kat pintu depan blog ni. Hulur-hulurlah 4,5 posen sorang ye. Jangan buat-buat tidur ataupun bertafakur sebentar pulak bila dengar bunyi krek-krek roda tabung yang dah berkarat tak cukup minyak pelincir lalu depan korang. Tapi spot rim pak imam menten 30 inci. Heh
Saya dah hampir khatam meneroka blog kawan-kawan. Banyak yang ketinggalan. Menupun wah dahsyat-dahsyat betul.  Dari pengamatan saya, rasanya hasil dari menu-menu yang tersangatlah walla gitu tu, mesti ada jugak yang dah jadi sama spesis dengan ai kan, dagu 2 ketul? kan? baik ngaku!

Bingka ubi fenomena ini memanglah keeper rasa dan perasaan bila mengunyahnya. Kali ini dengan penukaran suka sama suka bahan utamanya yang saya lakukan kerana geram! mesin kukur nyior elektrik rosaklah pulek!  Jadi kalau ada nyior yang nak dikukur tapi mesinnya tak ada, so proses menjadikan nyior itu berjurai-jurai macam air mata Dhia takkan berlaku. Iye dok?

So hampir berjurai-jurailah air mata ai kena menyagat ubi. Memang 'kasi gegar punya' lengan nak nyagat berketul2 ubi tu. Abis muka berminyak sume lepas sagat ubi, dah  malas ah nak ke kedai bawah tu untuk cari kelapa parut pulak. Kang banyak pulak soklan budak cashier tu, eh lengan akak dah kurus? apa rahsie yer? 

Apa ai nak jawab? 

Untuk versi sebelum ini  sila derma dulu untuk tabung lens saya tu, then  barulah klik kat SINI


Bahan-bahan:
3 cawan ubi mentega/kuning yang telah diparut (anggaran daripada 1 1/2 kg ubi)
1 1/2 cawan whipping cream
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar marjerin/butter
Secubit dua garam

Cara-cara:
  • Parut/sagat ubi. Jika ubi kelihatan seperti banyak air, perah dahulu untuk membuang airnya yang agak pahit tersebut. 
  • Campur semua bahan dan kacau hingga gula hancur. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin. Bakar hingga masak. 
  • Jika menggunakan loyang kecil, anggaran masa membakar kira-kira 25-30 minit. 
  • Apabila bingka telah masak, oleskan dengan sedikit marjerin ketika bingka masih panas-panas. 

Rasanya? Rasa lemaknya sangat menyerlah. Sebabnya ada whipping cream dan tak ada kena mengena dengan lengan yang dah mengecil dalam khayalan je tu. 

Kira boleh terkehellah mata Cik Martha 'Stewardest' baca resepi ai  tu nanti. Kalau tanya saya, memang mak  bagi markah seratus. Atau dalam bahasa Nabiha markahnya adalah nombor terakhir dalam dunia ini. :)



KUIH KOCI KELADI

Assalamualaikum,

Tahun dah beralih. Bulan dan hari dan waktu dan detik lagilah. Berputar-putar dan berpusing-pusing ligat betul. Apa khabar orang di sana? Saya masih saya yang lama. Kulit je ada pertambahan kerepot dua line. Krim ubanpun makin berderet dalam lemari solek. Almaklum ai dah 40 yu. Huks!

Rindu pada kawan-kawan semua. (Ayat pembuka memang kena stended dan tak boleh bla punya) Tapi apakan daya, tak ada usaha lebih untuk cari masa tambah power jiwa, beginilah jadinya. Sikit lagi blog ni nak terbengkalai dan  terbaghai!
Tergagap pulak Kak Temah nak mula bicara. Terkial-kial juga nak pegang kamera. Takpe kita start semula 'hubungan' ini pelan-pelan. Buat macam tak ada apa-apa okeh? * Lepas ni bila lah pulekk next resepi akan mengambil alih. Haruz tahun depan la tew! 
Banyak cerita menanti. Tapi nanti-nantilah kita gebang-gebang sambil sip-sip kopi pekat bancuh dengan air panas menggelegak pada suhu 100 darjah selsius. Gula kasi kurang. Akak memang jaga pemakanan sekarang dik. Bukan apa risau juga kalau banyak sangat ambil gula, hilang pulak segala kemulusan kulit kaki. Macam tak ada kaitan. Hummpp.

Kuih koci edisi terhad  untuk kawan-kawan yang tak jemu-jemu kelebet blog basi ni. Kokye ai lama tak bermesorat tingkap dengan yu ols, janganlah pinggirkan ai pulak ye. 



Untuk Inti

1/2 biji kelapa inti (diparut)
2 -3 keping gula melaka
Gula pasir
2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
  • Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
  • Masukkan simpulan daun pandan.
  • Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Untuk kuih:

1 cawan keladi yang telah direbus dan dilenyek
1 1/4  cawan tepung pulut
Sedikit garam
2-3 titis perisa keladi
2,3 titis pewarna ungu


Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata. 
  • Adunan akan melekat sedikit pada tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.
Untuk sapuan pada kuih:

1 cawan santan pekat
1 sudu teh tepung beras
Sedikit garam


Cara-cara:

  • Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
  • Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
  • Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan.


Cara-cara untuk membungkus kuih:
  • Gentelkan inti sebesar saiz duit 20 sen. Ketepikan.
  • Ambil adunan tepung anggaran sebesar duit 50 sen  dan bungkus inti tadi. Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan sedikit tepung gandum.
  • Sapukan sedikit sapuan santan ke atas daun pisang.
  • Letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas.
  • Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak. 
Ni ha, nak cakap salah. tak cakap macam tak kenalah juga. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Majalah Aroma kerana 'berani mati' tempek kisah blog Kak Temah yang haprak lagi kepam ni. 


Cuma tulah, saya mintak maaflah banyak-banyak kalau rekod jualan Aroma untuk bulan Mac merosot dek kerna saya. Hukhuk. 

Pis Puan Ct!


APAM PULUT HITAM

Hurm....pemilik ladang gandum dan pemegang saham terbesar yis neh! Mengepam apam lagi. Kerja lain tak ada. 

Saya tanya sirius ni, nak kena jemur kat tengah panas ke nak berdingin-dinginan dalam rumah sambil makan? Tentu ajelah nak melengkar-lengkar macam ular sawa terbelit ekor sendiri sambil mengusap  perut gebu yang tak reti baser nak kenyang ni khenn? Ha, dah tu. Hipotesis mudah je ni. Lebih baik makan apam daripada kena makan dek bos (lama tak sebut perkataan ni). 
Sediakan bubur pulut hitam untuk Sang Arjuna merupakan  satu kerja yang 'mulia' hasil sentuhan tangan kasar dan keras si isteri ini kerana dia akan perabihkan bermangkuk-mangkuk walaupun GG dah tegur, eh ko dah put on weight ek? tapi dia menyuap tak hengat juga seraya berlagu sendu bertanya pada si bangau. Bangau oh bangau macam mana saya nak kurus macam kau? Kau rasa ada harapan tak? 

Lebihan kira-kira 2/3 cawan pulut hitam yang saya rebus untuk bubur pulut hitam bangau.  Jadi, campak aje dalam apam mudah ni. Hidup memang kalau boleh nak mudah.my aje dia ni.

Awak tak sukakan baca saya merapu haghu ni kan? Takpe. Saya bukannya  nak reti terasa hati. Tapi kalaulah menyampah tengok apam versi nak kurus macam bangau ni, memang awak silap. Sedap bai apam kampung ni. Kampung tak kampung, janji rok!
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
100g gula 
2/3 cawan pulut hitam (sukat yang telah direbus-buang airnya)
1 cawan susu cair (saya rasa kalau letak santan lagi rok la!)
1 sudu teh yis kering (mauripan)
Secubit dua garam
2,3 titis pewarna pink
Cara-cara:
  • Campur semua bahan kecuali pulut hitam. 
  • Kacau/timbuk hingga sebati. 
  • Masukkan pulut hitam dan kacau lagi.
  • Peramkan kira-kira 30 minit. Masukkan ke dalam papercup/acuan yang sesuai  hampir penuh. 
  • Kukus kira-kira 15-20 minit. * Jika menggunakan acuan (contohnya acuan lompang) oles sedikit minyak pada acuan.
  • Jika menggunakan papercup, masukkan dulu papercup tersebut dalam bekas lain. (saya gunakan bekas plastik dadih). Lepas tu barulah tuang adunan apam. Apam akan merekah sikit jika menggunakan acuan kukus apam yang berlubang-lubang tu. Ni tips dari Kak Hajah Ummi Kuantan. Tapi untuk versi apam kampung/guna tepung gandum saya suka yg muncit gendut dan memboolat gitu. :)
Kali ini apam nak kurus macam bangau ni bersendirian tanpa kelapa parut. Tapi menten rok juga rasanya yu!

BUAH MELAKA/ONDE-ONDE BUNGA TELANG

Letih dah ngadap kek hot (lah sangat!) tu sampai rasa jeng kreng dah dagu Cik DDD ni. Tapi hayunan dagu masih bisa diteruskan dan pasti diulang-ulang sampailah kubur kata mari kot. 

Sekali-sekala dapat gapai pelangi jom lah turun pulak ke tanah main congkak gali lubang kat tanah. Lepas tu guna biji getah sampai hitam kuku penuh tanah. Naik ke rumah makan nasi lauk singgang. Tetiba kuku tadi putih semula. Mejikkan?
Itu kenangan  saya dulu-dulu. Kenangan awak mungkin main Ipad2 takpun Tab 2 atau Iphone5 sambil kaki dok berjuntai-juntai kat taman lepas tu kena gigit dek agas sikit dah kecoh nak kena warded kat hospital mahal 5 star. 
Pagi tadi di slot Motivasi Pagi Ustaz Bollywood ada cakap pasal pemilihan nama-nama anak. Antara yang dia sebut contohnya nama Batrisya. Diringkaskan kisah (sebab saya tau awak tengah menyampah baca saya sedang memberi motivasi secara tiba-tiba ni) nama tu bukanlah pilihan yang  tepat jika nak beri nama kepada anak. Yelah kan, nama panjang-panjang tapi dah jadi pesen kita orang melayu akan panggil nama pendek juga. Jadi kalau namanya Batrisya, so panggilan manjanya? Batri? 

Batri kete ke batri lampu picit?
Ada himpunan bunga telang yang hampir kekeringan. Tapi janganlah kekeringan idea pula. Sayang pulak jika nak  buang lepas penat-penat kutip sampaikan budak nursery bunga tu panggil saya kakak nasi kerabu. Apa daaa.
Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung pulut
Air bunga telang (15-20 kuntum bunga dimasak dengan sedikit air)
Gula melaka secukupnya (potong dadu)
Kelapa inti yang diparut dan gaulkan dengan sedikit garam
Air untuk merebus 
Cara-cara:

  • Rebus bunga telang dengan anggaran 1/2 cawan air. Sejukkan.
  • Sediakan air rebusan.
  • Campurkan air bunga telang dengan tepung sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
  • Ambil sedikit doh dan leperkan. Masukkan gula melaka dan bentukkan seperti bebola.
  • Rebus dalam air rebusan.
  • Apabila telah timbul, cedok dengan penapis dan gaulkan buah melaka dengan kelapa tadi.