Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DAGING MASAK HITAM



Oh! Saya isytiharkan hari ini adalah hari hitam sedunia. Mentang-mentang saya bercadang nak masak daging hitam. Ada lagi yang lebih hitam dari tu rupanya. Huuu. 

Bila Chah ke Dapur memang dengan semangat berkobar-kobar untuk menyediakan hidangan, tapi tiba-tiba Chah tertidur pula. Lenaaaaa diulit intan. Sambil perap daging, sambil rebus ubi. Konon-konon nak buat minum petang. Baring-baring, pejam-pejam. Terus xy zzzzzz.  Tiba-tiba terdengar bunyi kelentang kelentung kat dapur . Dengan kelajuan 200km/h saya sampai ke dapur dalam masa 0.00001 saat saja. Ubi kuning bertukar wajah, periuk mak mertua bagi dah rentung serentungnya. Lalalalalala. Riang dan gumbira je rasa dalam hati. *Dushhh atas hidung sendiri.


Dalam hati kata, takde apa..takde apa.. ada yang lebih dahsyat. Sebab kejadian tengahari tadi tu merupakan kes terpencil je dalam hidup saya. Heeee. Pernah dulu saya rebus sup ayam untuk bekalan Nuhaa, dari pukul 6.30 pagi sampaiiiiiiiiiiiiiii balik kerja 5.30 petang. Hancur lebur jadi debu semua tulang-temulang ayam. Bontot periuk tertinggal atas dapur, lekang! Kehkeh. Satu rumah berbau macam kilang bakar arang batu. * Dush lagi



Life must goes on. Daging masak hitam tetap jadi. Tinggalkan yang lara, ayuh kita raikan cinta dengan daging yang hitam itu menawan ni.

Bahan-bahan:
2 mangkuk daging (anggaran 400g)
Kicap pekat manis
Sos tiram
Seasoning sauce (saya gunakan brand Maggi)
2 inci halia
4 ulas bawang putih 
2 senduk kecil cili kisar
*1 sudu kecil buah pelaga
*1 sudu kecil bunga cengkih
*1 sudu kecil ketumbar
*1 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
*1-2 batang kulit kayu manis
*2-3 kuntum bunga lawang
Minyak
Air secukupnya
1 labu bawang besar (untuk garnishing)

Cara-cara:

  • Potong daging anggaran selebar dua jari. 
  • Basuh dan toskan. 
  • Tumbuk halia dan bawang putih. Lumur pada daging. 
  • Masukkan kicap, sos tiram dan seasoning sauce pada daging dan gaul rata. Perapkan kira-kira 2 jam. * Makin lama perap daging semakin lembut dan makin hitam warnanya.
  • Tumbuk bahan bertanda * . 
  • Tumiskan cili kisar. Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng hingga naik bau. 
  • Masukkan daging dan air. 
  • Masak hingga pekat dan daging empuk. Tambah lagi air jika perlu. 
  • Masukkan bawang dan masak hingga bawang layu. 
Buangkan kisah duka ubi rentung, buka lembaran baru yang indah dengan daging yang sangat yummeh ini. :)


5 Responses to DAGING MASAK HITAM

  1. Allahu Akbar! Chah....kalau Amie tentu dah bedebup jatuh 1/2 koma! Tapi elok benarlah kalau kita sentiasa bertenang dengan prinsip...ada yang lebih teruk dari itu.... dan ini masih okeyyyy...

  2. salam Cha...
    ya Allah pengalaman yg sama macam akak tapi akak masa tu jerang air pas tu gi ambil anak balik sekolah boleh terlupa nak tutup dapur. Anak pulak keluar lewat... tiba2 mak cik sebelah rumah telefon kata bau hangit dari rumah akak.. bergegas akak pulang alamakkkk!!! cerek dah berlubang... rumah macam bau kilang besi... aduyaiiii... lepas tu sentiasa beringat.. takut terjadi lagi..

    walau macam mana pun lauk hitam tu pasti menyengat kan??

  3. Ala chah..itu kira dimaapkan la sebab tertiton..tak sengaja.Yang aku ni dok kukus apam tepung beras bole tak pasan air dah kewing...pehtu dah bau hangit bole tanya sape la masak hangit...dah berasap pun siap pelik nape kukus ni berasap...grrr grrr kat diwi sendiwi...tengok.tengok udah berlubang daaa....jiwa kacau sungguhhh!

Leave a Reply