Ingatkan bila dah siapkan kek yang cikgu 'order', saya dah malas nak mengayak tepung membancuh gula. Cuba juga melayan mata tapi tak terasa nak beradu pula. Sambil berborak dengan Cikgu, sambil saya membancuh kek. Kek yang senang dan selalu buat. Juga tak perlu ditatariaspun. Taklah sakit kepala nak berikan solekan tebal-tebal dengan cream dan fondant segala bagai.
Nak buat apa-apa kek tidaklah sesusah mana. Janji konsep asas buat kek kita ikutlah. Main tabur-tabur aje bahan macam nak bagi makan ayam, alamatnya kek kita tu ayam jugalah yang layak makan. Hui!.
Untuk Cik Kak 'Lasagna Sedap' tu cuba ikut contoh Atin, taat setia pada apa yang Ticer ajar. Barulah tak dapat kejian. Kehkeh.
Sumber asal kek chiffon saya mestilah dari sini dan sini juga.
Bahan-bahan:
Bahan A
4 biji kuning telur
70g gula halus
150g tepung naik sendiri
85ml minyak jagung
120ml susu coklat
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk nescafe
1 1/2 sudu teh mocha emulco
1 1/2 sudu teh cappucino emulco
1 sudu besar serbuk nescafe
1 1/2 sudu teh mocha emulco
1 1/2 sudu teh cappucino emulco
1 sudu teh baking powder
1/4 tsp garam
Bahan B
4 biji putih telur
70g gula halus
1/2 tsp cream of tar tar
Cara-cara:
- Pukul telur kuning dengan gula hingga kembang dan gebu.
- Masukkan minyak jagung dan pukul hingga sekata.
- Masukkan susu coklat, serbuk nescafe, cappucino dan mocha emulco dan putar perlahan-lahan. Masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko, baking powder dan garam.
- Kacau dengan spatula hingga rata. Ketepikan.
- Pukul putih telur dalam bekas berasingan.
- Bila telur sudah berbuih, masukkan gula dan cream of tar-tar.
- Putar dengan kelajuan maksimum hingga mencapai soft peak dan menjadi meringue.
- Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kacau kau balik (folded) perlahan-lahan untuk mengelakkan gelembung udara rosak.
- Bakar dalam acuan angle pan (yang ada serombong tinggi di tengah-tengahnya). Acuan tidak perlu digris dengan marjerin/butter. Cukup sekadar dilap bersih dan kering.
- Bakar pada suhu 160-170 darjah C kira-kira 40 minit atau sehingga kek masak.
- Apabila kek telah masak, cepat-cepat terbalikkan loyang untuk mengelakkan kek mendap.
- Tunggu kek sejuk dan bolehlah sisip pisau plastik pada sisi loyang untuk mengeluarkan kek.
hai...salam kenal...^^ terpegun dgn kek chiffon tu... nanti nak try buatlah.. thanks for the recipe..
Cik Puan Izan, Salam ukhwah dari saya juga..kek ni mmg sedap...credit to Hana & CMG cubalah...:)
mat petang Chah..
amboi..sodapnye..pekena kek sifon lagi...
sya pernah buat kek chiffon bluberry aritu, somi saya cakap xpuas la makan hehehe...mane taknya lembut sangat cam span...saya sorg jer mkn setengah hahaha
Rahel, sebab senang & bahan ada..nk yang try yang susah2 tu, kena tarik napas panjang2 n rebus dulu buku resepi n minum airnya, baru jadik kot...:P
Hanim, pe lagi sila buat untuk kanda tercayang tu...:)
Kak Chah,
saya suka laa blog anda yg baru ini..sumber semua lain dr yg lain dan sdn bhd.. tak macam blog lain.. org ni buat org tu pung nak buat... i loikke...
sejak2 dh tak kejer ni rajin pulok hang masak.. keep it up !!!
rajinnyer mencipon chah...ida belum pernah mencipon..belum dtg seru kut, elok benor kejadiannnya chah
Ida, cipon kan lite cake, so x ler rasa berdosa sgt bila mkn...walhal skrang setengah buku...huhu
Cikgu lin, heeee....mokcik masak sama je dr dulu...cuma xe keje ygcari keje ni...gedik nk jugakk ada blog masakan...:)