Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEPUNG BUNGKUS


Bila bapa mertua saya puji sikit kata tepung bungkus yang saya buat sedap, terus turun ke tanah ambik daun pisang. Cancel plan nak membuta tengahari.  Dan-dan jadi rajin. Kalau tidak,  tak kira rumah mertua ke,  sesedap rasa je melengkar depan TV. 


Sambil layur daun pisang sambil kembang kuncup hidung.  Tengah mesin kelapa, senyum sorang-sorang macam kera dapat bunga. Over betul menantu dia yang sorang ni.


Pernah makan kuih ni  yang ditempah seorang kawan atas kawan jutawan di Shah Alam.   Walaupun berlapikkan piring berharga ribu-ribuan,  sedap lagi yang saya buat. Sekali lagi kembang  hidung jambu air saya ni.


Afiah mintak saya sharekan resepi ini, mood nak buat tu  ada, tapi tertangguh sebab   kelapa inti yang susah nak dapat kat sini. Hari ini kebetulan nenek Sang Arjuna saya  ada di rumah, maka  degegung degegang lah saya masak  koleksi kuih-muih  khas untuk pengguna-pengguna polident. Hihi.


Sumber: Bonda Tercinta
 Bahan-bahan (inti):
1 biji kelapa inti - diparut
(cara menentukan kelapa yang sesuai untuk membuat inti ialah kulitnya hijau, sabutnya masih basah dan tempurungnya belum hitam)
2 keping gula Melaka
Sedikit gula merah India (jika gula Melaka agak pudar warnanya)
Daun pandan
Gula putih secukupnya
Sedikit air
2 sudu tepung gandum
Secubit garam

Cara-cara:
  • Masak air dengan gula. Masukkan daun pandan.
  • Jika menggunakan gula merah India, tapis dahulu air gula dan tuang semula dalam kuali.
  • Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat.
  • Tambah gula putih jika masih kurang manis. Masukkan tepung gandum dan masak hingga inti agak kering dan melekit. Perasakan dengan secubit garam.
*Inti kuih  memang agak manis, sebab itu ia agak melekit dan mudah digentel. Jika kurang manis, inti akan sedikit berderai.  Begitu juga jika kelapa yang agak tua, menyebabkan inti sedikit berderai walaupun telah dicampur dengan tepung.
  • Sejukkan sebentar dan gentelkan anggaran sebesar duit sepuluh sen. Jika mahukan lebih debab, gentel sebesar duit seratus. Eh jangan-jangan!


Bahan-bahan  pembalut inti (tak tahu nama sebenar part ni)
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung pulut hitam *jika gunakan pulut putih sahajapun tak jadi masalah
Air secukupnya

Cara-cara:
  • Bancuh tepung dengan air hingga adunan tidak melekat pada tangan.
  • Ambil sedikit adunan tepung pulut, leperkan  dan balut inti. Buatkan seperti bebola. Ketepikan.


Bahan-bahan badan kuih  (Aduh tak glamer langsung nama)

1 ½ cawan tepung beras
6 cawan santan pekat
Garam secukupnya
Daun pandan

Cara-cara:
  • Bancuh santan dengan tepung hingga tepung larut.
  • Masukkan garam dan daun pandan.
  • Masak dengan api perlahan hingga naik wap dan adunan menjadi kental. Pada pertengahan proses ini, adunan akan menjadi sedikit  berketul-ketul, jangan khuatir. Kacau cepat-cepat  dan bila adunan ini masak, ketulan tersebut akan hilang.



Cara untuk assemble kuih :
  • Celupkan bebola inti yang telah dibalut dengan tepung pulut ke dalam adunan badan kuih.  
  • Cedokkan ke atas daun pisang yang telah dilayur.  
  • Buat dua biji untuk menepati panggilan kuih puteri dua sebilik.  Jika kuih puteri satu asrama, letaklah berbiji-biji lagi. LOL.
  • Bungkus dengan kemas.
  • Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus,  biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.

Saya kemukakan resepi ini kepada : Aspiring Bakers #12: Traditional Kueh (October 2011)
yang dihoskan oleh SSB of Small Small Baker

22 Responses to TEPUNG BUNGKUS

  1. assalam chah...salam kunjung balas...tq sudi singgah my blog. wahhh memang menyelerakan semua menu mkn kat sini..nieza follow juga yer:)

  2. Chah, baru ja aku ternampak gambaq tepung bungkuih kat FB seben aku, teruih aku google. Tengok2 masuk blog hang.....kalau aku rajin, esok lusa aku buat. Jangan aku sorang yang dok pulun udah.....tq Chah for the resepi. Kalau jadi aku upload gambaq masuk FB.
    - sal -


Leave a Reply