Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Asam Pedas. Show all posts

ASAM PEDAS IKAN PARI DENGAN SAYUR BATANG KELADI



Wahai Bonda Ku Si Ikan Kaloi
Timbullah Bonda
Tunjukkan Diri
Nasi Melukut Sayur Keladi
Buat Bonda Ku di pagi hari

Kehkehkeh. Kalau tanya saya nak jadi bawang putih ke bawang merah, ofkoslah saya nak jadi Si Merah yang cantik dan dapat kawin dengan anak raja. Tapi apa jadi sekarang? Saya Si Bawang Besar. Jadi saya cuma  dapat kahwin dengan Sang Arjuna aje. Eh tapi jangan, walaupun bukan putera rajapun tapi si dialah cinta ku dulu kini dan selamanya. Geds!

Weekend lepas saya masak asam pedas ni. Sang Arjuna saya mintak saya masak sayur keladi. Alo lo lo hai! Rasanya pernahlah sekali dua saya masak sayur ni. Entah betul ke tidak caranya. Ingat-ingat lupa. Masalah dalaman saya, bukannya nak usaha bukak buku ke, telefon mak ke atau tanyalah pakar aka kawan ketat anda iaitu Yang Berusaha Encik Gugel. Ini tidak, belum usaha apa-apa, terus tawakal. Hampeh.




Bahan-bahan:


4 keping ikan pari
3 pokok batang keladi
3 senduk kecil cili kisar
*2 labu bawang besar
*3-4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
*1 inci lengkuas
*1 inci belacan
*1 1/2 sudu kecil lada hitam
*1 inci kunyit hidup
3-4 tangkai daun kesum
2 keping asam gelugur
air asam jawa
Garam dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak




Cara-cara:

  • Bersihkan batang keladi. Pastikan tiada pasir  atau kotoran yang melekat. 
  • Koyakkan kulit luarnya dan potong mengikut saiz yang sesuai anggaran   4-5 inci setiap satu. Rendam sebentar dalam air garam.
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Tumis bahan bertanda * bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
  • Masukkan air dan biar mereneh. Masak dengan api perlahan agar kuah lebih mesra. 
  • Masukkan air asam jawa, asam keping dan daun ketum kesum.
  • Masukkan ikan dan perasakan dengan garam. Masak sebentar dan masukkan batang keladi.
  • Seimbangkan rasa masam masinnya.
Mak Oooo mak, timbullah la mak! Besar datang ni!



ASAM PEDAS TEMPOYAK IKAN SEBARAU


Cuti Krismas yang lepas Sang Arjuna saya ke Kenyir untuk satu misi yang besar. Beginilah nasib bila bersuamikan seorang yang gila kerja dan pada masa yang sama,  gila batang kail. Jadi jangan salahkan saya 100% lah jika kadang-kadang gila saya datang tiba-tiba. Hehehe.

Jadi sepanjang ketiadaan beliau, Sang Arjuna cadangkan saya bawa anak-anak mandi swimming pool. Kononnya untuk mengelakkan kami kebosanan dan hampir-hampir  mengalami kemurungan sehinggakan  perlu menerima rawatan mental dek kerna kerinduan pada dia. So dia ke Kenyir, saya dan anak-anak dan keluarga adik ke PD. Huhu. 

Tunggu anak-anak main air, saya menguap. Lepas tu melahap. Dan melahap lagi. Last-last saya boleh dijadikan pelampung sebab memang dah dipam secukupnya. Hiks. 

Masak asam pedas sebegini rasanya glamer di negeri Pahang dan Perak. Cuma bila ada perbezaan dari segi bahan-bahan untuk memasaknya tu, adatlah. Jadi tidaklah saya nak claim inilah masakan asal dan asli asam pedas tempoyak negeri Pahang. Cuma bila emak saya masak macam ni, dan juga saya tengok jiran-jiran mak pun masak macam ni, so Kak Temah ikut ajelah. 


Kali ini saya gunakan ikan sebarau, hasil tangkapan Sang Nelayan tersayang saya tuler. Biasanya saya gunakan ikan patin (sekiranya berkesempatan balik ke kampung dan dapat beli ikan patin sangkar sungai yang fresh).  Tapi ikan nipun bukan sebarang ikan. Jika ikan ini artis, rasanya setakat nak menang anugerah Bintang Fofular 4 tahun berturut-turut tu, dalam tangan je. Sebabnya  ikan ni adalah antara ikan sungai kelas A. Isinya lemak manis, putih gebu ala-ala Datin Cik Kebung Bung Zizie Ezzete yu!


Bahan-bahan:
1 ekor ikan sebarau (anggaran 1kg *nak bagitau laki dia dapat ikan besau heks)
5-6 pokok daun kesum
Segenggam kecil cili padi
2 keping asam gelugur
2 senduk besar tempoyak
1/2 inci kunyit hidup
Garam dan serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  • Basuh ikan menggunakan garam dan asam keping. Cuci dan toskan.
  • Kisar cili padi, tempoyak dan kunyit hingga hancur. Masukkan ke dalam air dan kacau sebati.
  • Masukkan asam keping dan daun kesum. Renehkan. Apabila menggelegak kecil, masukkan ikan dan masak dengan api perlahan. *asam pedas ni jika dimasak lagi lama lagi sedap rasanya kerana semua bahan-bahan telah beramah-mesra sepanjang berada bersama-sama dalam periuk tu.
  • Jika ada terung telunjuk boleh dimasukkan, memang lagi ngam.  
  • Perasakan dengan garam dan sedikit serbuk perasa jika suka.


Asam Pedas Adik

Biasanya si adik akan tiru masakan si kakak. Atau sesiapa yang lebih tua. Kerana Melayu mudah lupa ni memang sudah terbiasa, orang lama, orang dulu atau orang tua yang makan garam terlebih dulu banyak pengalaman. Ilmu pula setinggi langit.
Tidak juga. Banyak benda yang saya tak tahu buat dengan sempurna hingga sekarang. Dan hasilnya sangat hebat di tangan saudara kandung saya yang lebih muda.
Walaupun begitu, saya sebagai Melayu mudah lupa ini memang terpaksa akur bahawa masakan orang lama, lebih sedap dan menyelerakan. Macam masakan mak. Pehh!!
Sekarang dah menurun kepada Cikgu Sains pula. Bapak sedap masakan dia. Dan satu-satunya bapa di rumah ini, memang tak habis-habis membuatkan Cikgu Sains terconget ekor. Mee kari habis sepinggan, sebakul dia komen sedap. Nasi lemak dilahap 4 senduk, 4 lori juga dia kata lazat. Saya tak boleh nak jeleslahkan. Sekurang-kurangnya banyak ilmu masakan saya kutip dari Cikgu Sains-idola saya.
Sama juga dengan resipi asam pedas ini. Tak sangka adik bongsu saya yang manja mengada-ngada boleh masak asam pedas yang boleh tahan juga rasanya. Selepas menggunakan resipi minah manja mengada ni, kekal hingga sekarang saya gunakan resipi ini saja.
Cuma untuk catatan, prinsip less is more memang not applicable untuk memasak asam pedas ini. Semuanya kena banyak. Kalau tidak, rasanya mungkin  lecas dan hambar  macam ikan rebus saja.
Bahan-bahan:
½ kg daging/ayam
atau 3 keping ikan merah atau kepala ikan
(untuk paparan minggu ini Kak Temah guna 3 keping isi dan ekor ikan Jenahak)
5-6 senduk  cili kisar
*2 labu besar bawang besar
*6 ulas bawang putih
*10 ulas bawang merah
*2 inci halia (anggaran sebesar ibu jari kaki)
*2 inci kunyit hidup (anggaran sebesar ibu jari tangan)
*2 sudu besar lada hitam
Air asam jawa pekat
2 -3 keping asam keping
3 batang serai-dititik
Kacang bendi
Tomato
Garam, gula perasa secukupnya
Daun kesum
Minyak untuk menumis (anggaran jumlah minyak yang diperlukan : apabila dimasukkan bahan kisar, lebihan minyak yang timbul kira-kira setengah inci di permukaan periuk/kuali)

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan yang bertanda  * hingga lumat. (untuk jumlah ikan/daging seperti di atas, jika dicampur bahan kisar dan cili kering yang dikisar , akan menjadi kira-kira satu setengah jug blender)
  • Tumiskan bahan kisar bersama cili  hingga garing.
  • Apabila sudah garing, masukkan air, serai dan air asam jawa. Biarkan reneh dengan api perlahan. Lagi lama lagi bagus. Apabila sudah menggelegak, masukkan daging/ayam dan daun kesum. Masak lagi hingga betul-betul pekat. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
Biasanya dalam resipi lain akan cadangkan kita makan dengan nasi panas-panas. Tak semestinya taat sampai macam tu sekali. Sebab kalau dah lauknya sedap macam yang kita tengah saksikan dengan penuh debar ni, makan dengan nasi basipun boleh buat kita nikmati dengan penuh berahi. Perggghh 14 kali!