Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BEST CHOCOLATE WALNUT MUFFINS

Kejadian pada suatu senja bila Sang Arjuna balik dan terkocoh-kocoh  terus meluru seraya menerpa ke arah isterinya yang DDD ini yang sedang berdiri di sisi mee rebus. Terpa mee rebus rupanya!

Ingatkan rindu kat ai! Hampeh!

Lepas makan, dia ajak saya temankan dia menziarah kematian. Satu jenazah yang baru saja 'dipanggil pulang' oleh Sang Pencipta. Memecut Arjuna bawak kereta agar dapat tiba tepat waktunya ke Ampangan, Nisemilan.
Arwah, sudah. Giliran kita? Dalam perjalanan balik saya terus call Kak Jaliah. Dia salah seorang kenalan semasa di Mekah. Apa yang buatkan saya teringatkan kak Jaliah bilamana kami mula berkenalan dalam bas yang tersasar jalan. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah yang sepatutnya hanya 1-1 1/2 jam tapi memakan masa hampir 9 jam! Campur lagi dengan 8 jam sebelumnya perjalanan dari Malaysia ke Jeddah. Dugaan pertama sewaktu menjejak kaki ke bumi suci. :)

Saya cuba chill aje. Walaupun tubuh badan terasa penuh cili. Lapar, takut, letih dan paling hebat bila hampir terkucil dalam kain. 

Sesampai di hotel kami seolah-olah melepaskan satu bebanan batu yang sangat besar di dada, yeay kita dah tak sesat lagi! Gembira semua orang bila dapat kunci bilik dan teruja menuju ke lif untuk melepaskan lelah seketika sebelum menyambung perjalanan yang lebih hebat.

Saya dan Sang Arjuna. Kak Jaliah dan suami- Abang Farid. Kami berkongsi lif. Tiba di tingkat 5, Abang Farid rebah di kaki saya, mukanya kebiru-biruan. Paniknya Ya Allah. Tiba di tingkat 8, Abang Farid sudah tiada 'disitu'. 

Mudah saja perjalanannya. Kami dengan panik, terjerit-jerit, "ada tak doktor kat sini? Tolong ada tak sesiapa doktor kat sini?"

Ya, kejadiannya berlaku depan bilik seorang doktor. Juga daripada jemaah kami. MasyaAllah! Doktor Sharifah Noor menerpa datang, cuba memberikan bantuan yang sepatutnya.

Meninggal di ribaan kami, betul-betul di pintu lif tingkat 8. Rupanya bilik Abang Farid (sepatutnya) bersebelahan dengan bilik Dr Sharifah Noor.  Abang Farid yang berbadan agak gempal menyukarkan kami (saya) untuk menarik tubuhnya keluar dari lif. Sementelah Sang Arjuna dan kak Jaliah tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan ruang di tengah-tengah lif padat dengan beg-beg kami.

Selepas hanya beberapa jam saya di bumi Mekah, saya jumpa Abang Farid dan tika itu jualah saya berpisah dengannya.

Teringat-ingat  kata-kata Kak Jaliah dalam perbualan kami semasa dalam bas, berkisar kerja-kerja haji yang bakal kami laksanakan. "nanti Chah kena tolong akak ye," Dia genggam tangan saya. Saya jadi berderau, sebab sebelum saya pergi menunaikan haji, saya selalu berdoa.  Jika Allah berikan ujian di tanah suci, saya 'teringin' diuji agar saya dapat menghulur secebis bantuan kepada sesiapa saja yang saya jumpa.

Doa saya semudah itu dimakbul? Atau Tuhan juga sebenarnya menguji saya atas 'keceluparan' saya yang kununnya tersangatlah ingin berbakti kepada orang bila di sana nanti?
Suara Kak  Jaliah ceria di hujung sana. Dia baik-baik saja. Alhamdulillah, dia juga pernah datang menziarah saya selepas baik dari Mekah bersama anak menantunya. Juga telah bersama ahli keluarga menunaikan umrah seusai habis eddahnya. Sekurang-kurangnya anak-anak arwah Abang Farid dapat juga melihat 'tanda' tempat persemadian ayah mereka.

Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan hingga ke syurga. :) Semoga saya juga mampu setabah Kak Jaliah sekiranya saya menghadapi detik-detik sebegitu. 

Dahla, tersyahdu lah pulak saya.

Makan banyak, sebu pulak perut. Tapi tak apa, hati senang, senyum pun jadi ikhlas dan dabel menawan jika gusar di hati melayang terbang. Muffin lagi. Kalau sudi, kalau tak sudi, cer doa banyak-banyak agar kita boleh setenangnya Kak Jaliah untuk menghadapi hari muka. 

Resepi dari : All Recipes
Bahan-bahan:
250g tepung gandum
50g serbuk koko
300g gula halus
1/2 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
Secubit dua garam
300ml susu (saya bancuh susu tepung dengan air)
1 biji telur
2 sudu besar minyak jagung/sayuran
1 tsp esen vanilla
175g chocolate chips
75g walnut-cincang
50g almond-cincang

Cara-cara:
  • Campurkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Ayakkan.
  • Pukul telur dan gula. Masukkan susu dan esen vanilla hingga sebati.
  • Masukkan campuran tepung ke dalam adunan tadi. Masukkan sedikit garam.
  • Masukkan almond dan walnut. Kacau sebentar.
  • Masukkan chocolate chips dan kacau sebati.
  • Masukkan ke dalam acuan muffin sehingga 3/4 penuh. Bakar kira-kira 10-12 minit atau sehingga masak.

p/s Saya akan menghadapi hari-hari yang agak sibuk menjelang Ramadhan ini. Entah bilalah akan berjumpa lagi di blog Kak Ton ni. Kenapa saya sibuk? 


 Inilah sebabnya. :)

Setahun yang lepas saya memulakan bisnes kecil-kecilan membuat dan menjual telekung. Manalah tau kalau sesiapa yang berminat boleh la singgah ke kedai saya di Renda Renda, No: 20G, Jalan Bulan BT/U5, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. Ataupun bolehlah usha-usha kat R By Renda Renda. Page ni pun baru je create. :) E eh, tak ada angin takde ribut ada iklan lah plak Kak Ton ni. 

27 Responses to BEST CHOCOLATE WALNUT MUFFINS

  1. Semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan menghadapi apa jua ujian... Ops! kak Ton, nak oder telekung... serius ni tau!

  2. Assalamualaikum Chah, alhamdulillah dugaan datang mengikut aturanNya dan mengikut kemampuan hamba-hambaNya jua... Begitulah, bila di Tanah Suci, hari-hari ada sahaja kematian, bukan seorang, kadang-kadang sampai melebihi 10 orang kan. Terdapat juga dalam KT akak, setiba sahaja penerbangan dr KLIA ke Madinah, seorang wanita terus muntah2 di tangga kapalterbang ketika hendak turun menjejak bumi Madinah. Lalu dibawa masuk ke dalam kawasan Imigresen, dia sudah amat tidak bermaya, dia hanya menyebut dia ada sakit yg berkaitan dgn darah. Katanya, mmg salah dia sendiri sebab minta juga doktor lepaskan dia kerana ingin sangat ke tanah suci dan apa2 terjadi katanya, dia akan tanggung sendiri, tidak salahkan doktor. Allahu Akbar, tidak sempat dia ke hotel pun terus di bawa ke Hospital di Madinah, suaminya pun sesekali menjenguk lantaran susah kenderaan.

    Sehinggalah 8 hari di Madinah, dia masih di hospital dan terpaksa dirawat terus. Suaminya tinggal menjaganya semasa bas-bas sudah bergerak memasuki Mekah. Lebihkurang 2 minggu sebelum Wukuf, kami dikhabarkan bahawa dia telah meninggal dunia di hospital Madinah tanpa sempat menunaikan Haji. Begitulah aturanNya, Allah menetapkan dia di Baqi'. Kita bagaimana? SubhanaAllah!

    Sedikit cerita akak bukan untuk berbangga, cuma bersyukur. Alhamdulillah akak dan suami dipermudahkan segalanya, semuanya smooth dalam bab perjalanan bas samada ke Mekah, ke Mudzalifah, ke Mina dan begitu juga bila balik semula ke Mekah...alhamdulillah. Kadang2 kita terfikir2 kan, apalah agaknya Allah nak uji kita, tidak patut sungguh kita fikir begitu sedangkan Dia sudah menjemput kita ke sana, pasti ada ruang untuk kita, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang...Namun setiap orang akan aa ujian masing2 kan x kira berat atau ringan. Urusan kita sepatutnya berdoa sahajalah agar dipermudahkan agar kita boleh pula memudahkan (menolong) orang lain(jika keadaan memerlukan). Uiissh panjang lak cerita, kalau bab Haji ni mmg xkan habis citer kan Chah..hehe

    Btw, bak mai 5 ketuii muffin mu yang cantik merekah, begitu chocolaty ituuuu... ^_^

  3. Woww..kat sini pun ada iklan...bagusss! semoga sukses...jgn lupa yg aku dah book tu..simpan tauuu...muahhh!

  4. Hello friends,
    Good news,This one place to shop for members provides value and convenience. JOIN TODAY to enjoy membership status.
    Please visit this site http://www.comprewards.com/
    & like this page https://www.facebook.com/comprewards
    Thank you.

Leave a Reply