Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for October 2012

DESIR ANGIN DI BUMI BERPASIR

Assalamualaikum,

20 minit lebih saya menatap skrin tanpa menaip apa-apa. Kelu lidah, sebu sebak dada rasanya.

Untuk pengetahuan rakan-rakan yang mengenali saya secara peribadi, geng masak-masak alam maya, sahabat rimba atau rakan berjimba-jimba, saya akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Tarikhnya adalah lusa dan tarikh saya mendapat pengesahannya adalah hari ni! 

Buat pertama kalinya saya termangu lama-lama-lama-lama bila menerima berita yang masyaAllah sungguh hebat ini. Dari sehari ke sehari saya menaruh harapan agar Dia yang Maha Mendengar akan berbuat 'sesuatu' untuk doa dan harapan saya. Dan Dia memang Maha Mendengar. Dan Maha Memberi. 

Perasaan? Walaupun saya perlu menyusun atur 'kehidupan' tiga makhluk kecil mungil saya sepanjang ketiadaan dalam masa tidak sampai 48 jam, namun alhamdulillah semuanya lancar dan baik-baik saja. 

Saya berhenti sementara di sini. Sekejap saja saya akan tinggalkan kamu. Jika saya pergi selamanya, dengan izin-Nya pasti kita bertemu di alam yang lain. Alam yang jauh lebih indah penuh dengan pinggan berwarna-warni dan memasaklah kita tanpa henti.

Saya memohon maaf atas segala keterlanjuran  kata-kata, tulisan ataupun komen-komen saya selama ni. Resepimu resepiku jua. Mohon halalkan semua perkongsian     sahabat-sahabat yang sangat pemurah  dan baik hati. Terima kasih daun keladi.

Doa saya agar rakan-rakan juga dianugerahkan rezeki seumpama. Jaga diri, jaga rohani. :)


DADIH MAK

Dah minum kopi? Eloklah kalau tengah dok sip-sip kopi mahal sambil dengar kisah Dadih 3 Beradik ni. 

Panas-hujan, hujan panas je kan sekarang ni? Tapi hujan batu di kalbu ada ke orang tahu. Hujan batu dalam hati saya alhamdulillah jarang ada. Saya tak suka simpan batu yang berat-berat dalam hati. Kalau boleh luahkan, atau munt*hkan baik biar dia keluar menyembur-nyembur. Legaaa. Sebab tulah muka saya tak macam orang berumur tiga puloh semilan tawon. Bumper ngan perut akak memanglah ada dabak sikit, tapi akak tenang je jah.
Bila mood tengah yak yak yey ni mari kita buat dadih resepi mak ntah mana dia dapat ni. Tak silap saya dari seorang guru kelas mengajar di KEMAS. How kemas is KEMAS tu tak pasti. Ada juga kot sepah-sepah sikit.

Baik. 3 versi dadih. 3 beradik. Ada yang putih melepak. Ada yang wangi keladi. Dan akhir sekali yang 'berkelarah'. Dalam adik beradik u ols, yu ols yang mana? 

Saya macam biasa. Yang kulitnya berwarna milo. :)
kepsyen: Saya dadih yang pertama. Rupa saya memang menawan, suci lagi mulus. Saya pasti saya boleh menggembirakan awak...nak saya tak?
kepsyen: Saya pula yang ke dua. Badan saya wangi. Saya janji saya akan bahagiakan awak. Percayalah cakap saya...
kepsyen: Saya yang terakhir. Walaupun rupa saya bughuk dan berkelarah sana -sini, tapi saya yakin vokal bukan sekadar rupa. Saya akan berada di sisi awak di saat poket kembung atau poket kosong. Even awak tak ada poketpun  saya rela. 
Tak ada kaitan di mana-mana. Saja nak beritahu yang saya sediakan dadih dalam 3 perasa. Resepi ini memang keeper dan penggemar dadih silalah yakin 100%. Elok-elok tengah sip-sip kopi stabak, harus letak ketepi nyah kopiko  tu. 
Serbuk agar-agar ni yang saya guna dan disarankan dalam resepi ni. Saya pernah cuba jenama lain, tapi hasilnya tak sesedap dan tak seperti yang dikehendaki.

Bahan-bahan:
7g agar-agar serbuk (sila pastikan gunakan jenama cap burung layang-layang. Sebab kegedikkan dadih bergantung hidup pada serbuk agar-agar jenama ini)
10 cawan air
1 tin susu cair (400ml)
400g coffeemate (1 paket  *jika coffemate tersebut ada bonus/extra 50g etc, just masuk aje semua)
1 1/2 cawan gula (bisa tambah atau kurangkan. Janganlah taat sangat)
Perasa kesukaan (keladi/coklat/mangga/strawberi)
1 keping asam gelugur (jangan panik- sayapun tak pasti apa fungsinya. Tapi sebab  dalam resepi asal ada, jadi saya insan yang telus so boh pi la)
Cara-cara:
  • Didihkan air. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit. Pastikan agar-agar larut sepenuhnya.
  • Masukkan gula dan asam keping. Kacau hingga gula hancur.
  • Masukkan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan coffemate sedikit demi sedikit. Pastikan tidak berketul-ketul.
  • Apabila telah mendidih dan timbul buih-buih kecil, tutup api dan keluarkan asam keping.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan perisa kesukaan.
  • Sejukkan dan ?

APAM PULUT HITAM

Hurm....pemilik ladang gandum dan pemegang saham terbesar yis neh! Mengepam apam lagi. Kerja lain tak ada. 

Saya tanya sirius ni, nak kena jemur kat tengah panas ke nak berdingin-dinginan dalam rumah sambil makan? Tentu ajelah nak melengkar-lengkar macam ular sawa terbelit ekor sendiri sambil mengusap  perut gebu yang tak reti baser nak kenyang ni khenn? Ha, dah tu. Hipotesis mudah je ni. Lebih baik makan apam daripada kena makan dek bos (lama tak sebut perkataan ni). 
Sediakan bubur pulut hitam untuk Sang Arjuna merupakan  satu kerja yang 'mulia' hasil sentuhan tangan kasar dan keras si isteri ini kerana dia akan perabihkan bermangkuk-mangkuk walaupun GG dah tegur, eh ko dah put on weight ek? tapi dia menyuap tak hengat juga seraya berlagu sendu bertanya pada si bangau. Bangau oh bangau macam mana saya nak kurus macam kau? Kau rasa ada harapan tak? 

Lebihan kira-kira 2/3 cawan pulut hitam yang saya rebus untuk bubur pulut hitam bangau.  Jadi, campak aje dalam apam mudah ni. Hidup memang kalau boleh nak mudah.my aje dia ni.

Awak tak sukakan baca saya merapu haghu ni kan? Takpe. Saya bukannya  nak reti terasa hati. Tapi kalaulah menyampah tengok apam versi nak kurus macam bangau ni, memang awak silap. Sedap bai apam kampung ni. Kampung tak kampung, janji rok!
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
100g gula 
2/3 cawan pulut hitam (sukat yang telah direbus-buang airnya)
1 cawan susu cair (saya rasa kalau letak santan lagi rok la!)
1 sudu teh yis kering (mauripan)
Secubit dua garam
2,3 titis pewarna pink
Cara-cara:
  • Campur semua bahan kecuali pulut hitam. 
  • Kacau/timbuk hingga sebati. 
  • Masukkan pulut hitam dan kacau lagi.
  • Peramkan kira-kira 30 minit. Masukkan ke dalam papercup/acuan yang sesuai  hampir penuh. 
  • Kukus kira-kira 15-20 minit. * Jika menggunakan acuan (contohnya acuan lompang) oles sedikit minyak pada acuan.
  • Jika menggunakan papercup, masukkan dulu papercup tersebut dalam bekas lain. (saya gunakan bekas plastik dadih). Lepas tu barulah tuang adunan apam. Apam akan merekah sikit jika menggunakan acuan kukus apam yang berlubang-lubang tu. Ni tips dari Kak Hajah Ummi Kuantan. Tapi untuk versi apam kampung/guna tepung gandum saya suka yg muncit gendut dan memboolat gitu. :)
Kali ini apam nak kurus macam bangau ni bersendirian tanpa kelapa parut. Tapi menten rok juga rasanya yu!

BUAH MELAKA/ONDE-ONDE BUNGA TELANG

Letih dah ngadap kek hot (lah sangat!) tu sampai rasa jeng kreng dah dagu Cik DDD ni. Tapi hayunan dagu masih bisa diteruskan dan pasti diulang-ulang sampailah kubur kata mari kot. 

Sekali-sekala dapat gapai pelangi jom lah turun pulak ke tanah main congkak gali lubang kat tanah. Lepas tu guna biji getah sampai hitam kuku penuh tanah. Naik ke rumah makan nasi lauk singgang. Tetiba kuku tadi putih semula. Mejikkan?
Itu kenangan  saya dulu-dulu. Kenangan awak mungkin main Ipad2 takpun Tab 2 atau Iphone5 sambil kaki dok berjuntai-juntai kat taman lepas tu kena gigit dek agas sikit dah kecoh nak kena warded kat hospital mahal 5 star. 
Pagi tadi di slot Motivasi Pagi Ustaz Bollywood ada cakap pasal pemilihan nama-nama anak. Antara yang dia sebut contohnya nama Batrisya. Diringkaskan kisah (sebab saya tau awak tengah menyampah baca saya sedang memberi motivasi secara tiba-tiba ni) nama tu bukanlah pilihan yang  tepat jika nak beri nama kepada anak. Yelah kan, nama panjang-panjang tapi dah jadi pesen kita orang melayu akan panggil nama pendek juga. Jadi kalau namanya Batrisya, so panggilan manjanya? Batri? 

Batri kete ke batri lampu picit?
Ada himpunan bunga telang yang hampir kekeringan. Tapi janganlah kekeringan idea pula. Sayang pulak jika nak  buang lepas penat-penat kutip sampaikan budak nursery bunga tu panggil saya kakak nasi kerabu. Apa daaa.
Bahan-bahan:

1 ½ cawan tepung pulut
Air bunga telang (15-20 kuntum bunga dimasak dengan sedikit air)
Gula melaka secukupnya (potong dadu)
Kelapa inti yang diparut dan gaulkan dengan sedikit garam
Air untuk merebus 
Cara-cara:

  • Rebus bunga telang dengan anggaran 1/2 cawan air. Sejukkan.
  • Sediakan air rebusan.
  • Campurkan air bunga telang dengan tepung sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
  • Ambil sedikit doh dan leperkan. Masukkan gula melaka dan bentukkan seperti bebola.
  • Rebus dalam air rebusan.
  • Apabila telah timbul, cedok dengan penapis dan gaulkan buah melaka dengan kelapa tadi.

RED HOT & OREO CHOC CAKE

Tak kisahlah saya buat kek ni untuk siapa. Meraikan 'kemenangan' ditipu agen pembantu rumah kira boleh jugaklah. Kelat rasa tekak ni nak telan air liur tetibaHus, tak nak lah saya sakitkan kepala fikirkan perkara yang ala-ala pelamin anganku musnah tu. Ketat-ketatkan otak  buat apa. 
Kepada Dayang maaflah resepi kek lumut sedap ni dah direnovate sesuka hati saya. Tapikan, kebanyakan resepi yang saya jumpa, kalau tak banyak sikit mesti ada dibuat penambahan, pengurangan serta pendaraban dan juga pembahagian. Pengkamiran tak pasti ada ke  tak ada. :D Jadi sebab tulah kes-kes 'derhaka' pada resepi tu sangat relevan pada kebanyakan orang. Macam beli suar jeans, nak kena alter pinggang, alter kaki itu ini untuk matchkan dengan 'design' bodi yang tak 'seberapa' tu. Contohnya kaki awak tu kedek, tapi kaki saya Noami Campbell so saya kenalah beli kain tambah kat kaki seluar tu. Fehemm khennn?  Fuhh justifiable dah reason saya kan Dayang?
 Untuk lapisan merah yang hottt tu, saya gunakan resepi kek lumut yang keeper dari Dayang. Versi hijau asli sejati ada kat SINI.  Juga digabung tenagakan dengan kek NI yang saya baru buat beberapa  hari lepas. Ni buat lagi. Ingat pesanan orang tua-tua. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. So tengah berpada-pada dengan yang baik lah ni. Herherher.

Hasilnya jadilah gabungan dua kek kesukaan saya dalam satu ketul. 

Jadi marilah  nikmati kek hentah hape-hape idea ni tanpa rasa gundah-gulana.  Sambil meneroka birunya langit yang mana di celah awan gebu ada nostalgia indah anda terpatri. Lalalala. 

Alah, nampak pulak muka si agen penipu noted tu kat celah awan kelabu. * terus potong stim tapi  kek tetap kena kunyah. ;D

Oleh kerana saya sedang berada di celah awan gebu, jadi hati yang tengah tulus kudus ni, saya  dah 'fotostat' semula resepi-resepi kek di atas untuk tatapan anda semua di hari muka. Juga buat panduan anda yang di perantauan atau di mana jua anda berada. Heeeee

Untuk gabungan kek ini saya cuma buat 1/2 adunan untuk setiap kek. Jadi resepi di bawah kena bahagikan dualah ye.
Untuk resepi kek merah (versi asal adalah kek lumut Dayang Jack)
Bahan-bahan:
250g butter
3/4 cawan gula halus (saya cuma masukkan 1/2 cawan)
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat
3/4 cawan tepung gandum
1 cawan horlicks
2-3 titis pewarna hijau (saya gunakan pewarna hijau Moss Green)
Cara-cara:
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang dan sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul rata.
  • Masukkan esen vanilla dan seri kaya. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
  • Masukkan pewarna hijau.
  • Selang-selikan tepung dan horlicks dan pukul perlahan hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit butter/marjerin/minyak.
  • Kukus kira-kira 2 hingga 2 1/2 jam.

Untuk versi kek oreo coklat kukus
Bahan-bahan:
250g butter
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan susu coklat
1 cawan serbuk coklat * ada beza dari segi rasa antara serbuk coklat dan serbuk koko (serbuk merupakan purely cocoa powder manakala serbuk coklat mengandungi campuran susu dan koko)
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan oreo crushed * ada dijual di kedai-kedai bakery. Jika tak jumpa, bolehlah hancurkan sendiri biskut oreo tu.
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara: 
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  • Masukkan susu pekat dan susu coklat. Kacau perlahan.
  • Masukkan serbuk coklat diselang-selikan dengan tepung gandum. Masukkan juga soda bikarbonat dan baking powder.
  • Akhir sekali masukkan oreo dan kacau-kacau manja mengada gitu. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin atau lapikkan dengan parchment/baking paper. 
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil.
  • Kukus kira-kira 1 jam 20 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan hias/tuang topping kesukaan. 
Untuk topping:
1 cawan non dairy whipping cream (saya gunakan jenama Rich's)
2-3 titis pewarna kesukaan

Cara-cara:

  • Pukul cream dengan kelajuan maksimum. 
  • Pastikan masa memutar tu krim tersebut masih dalam keadaan sejuk. 
  • Putar hingga kembang dan gebu. Sedia untuk dihias/icekan pada kek.