Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PUMPKIN PANCAKE

3 hari berturut-turut makan menda warna kuning kat sini, mujur tak ketulahan. Kalau ada baby baru lahir tu, sila jauhkan dia dari skrin laptop anda. Bukan apa takut pancaran warna kuning dari sini membuatkan si baby tu terkena jaundice pula. Sian kena duduk bawah lampu terboleng tak pakai baju, dahla mata kena tutup. 
Biasalah bila ada labu, mesti di pengakhiran cerita tak tau nak buat apa dah dengan baki labu sejuring. Masa beli tamak haloba, belah kanan kata beli separuh, tapi antu kenit belah kiri pulak pujuk-pujuk suruh beli sebiji yang besar.  Seperti biasa juga, mesti kalah dengan kenyitan mata anak hantu belah kiri. Cis!
Kali ini saya buat pancake labu. Lempeng labu lah ni dalam erti kata sebenar. Sebut lempeng nanti tak ada sapa nak baca, sebut pancake mungkin ramai yang teruja. Kejar glamer sudah pasti didahulukan, fofulariti patut diutamakan. Begitu ke? 

Tak perlu jawab, biar saja persoalan itu dibawa angin. sebab makan labu ni kalau kena orang tak tahan memang berangin, uk ek uk ek la nanti padahnya. 
Resepi asal dari Allrecipe. Saya buat sikit pindaan akta sukatan dan bahan mengikut kesesuaian. 
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri (boleh juga digantikan dengan tepung gandum + 1/2 sudu kecil baking powder)
3/4 cawan labu yang telah direbus
1 cawan whipping cream
3-4 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Secubit dua garam
Sedikit minyak
Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati. 
  • Panaskan non-stick pan dan oleskan dengan sedikit minyak.
  • Tuang sesenduk kecil adunan perlahan-lahan dan oleskan membentuk bulatan. Jika menggunakan saiz pan yang kecil, pancake akan terbentuk dengan cantik mengikut saiz pan tersebut.
  • Rata dan oles mengikut ketebalan yang diinginkan.
  • Apabila permukaan atas pancake telah agak kering, terbalikkan.
  • Ulang baki hingga selesai.

20 Responses to PUMPKIN PANCAKE

  1. Shah Alam mendung dan hujan renyai pagi ni... ( dah macam pengulas cuaca la pulak). Kalau dapat makan lempeng labu cicah madu mesti best ni...

  2. LOL~~ moto baru yg mantap! "Kejar glamer sudah pasti didahulukan, fofulariti patut diutamakan". blh digunakan selalu.. haha...
    tun pun ada lg separuh bijik labu tgh duk diam2 dlm peti. xtau laa bape lama dia akan terperap dlm tu. hihi.. hasben tun xsuka mkn penkek.

  3. ai ada 300gm labu yg dah siap masak.. dah ku masak ptg smlm nak buat donut tp kensel..tak sempat.. masuk esbok.. pastu pg td keluarkan balik rasa nak mencipon labu.. alih2 masuk balik bilik beku sbb tak sempat gak.. uwaaaaaaaaaaaaaaa... tak cukup kaki tangan dah ni.. meh pinjam tangan tu chah.. cian ai.. :(

  4. menarik lempeng labu ni kak....lama dah tak beli labu..hehe

    rep: tq atas ucapan tahniah akak. akak pun layak juga masuk majalah nanti. saya masih terfikir-fikir kenapalah n3 akak selalu tak keluar kat dashboard saya..tu sebab selalu tertinggal ketapi jer.

  5. oh akakku...trauma dengo jondis wooo...anak2 ai semua kena jd zorro dok bwh lampu..hehehe..nk lempeng tu sikit...sian ibu jondis ni taww

  6. Ummiaisyah...mostly baby mmg kena punya, byk ngan sikit je kan...mmg cuak kalo sampai tahap kena masuk blk sepital, x sanggup!

  7. Kak nor..alololo..apa ler yg dibzkan tu...x de pekdah mana kak kalo pinjam kaki tgn ku ni...bknnya leh arap sgt...neelofa kan, ai reti buat2 syantik je ni...hihi

  8. Assalamualaikum Chah...selalu baca blog ni, tapi baru first time nak mengomen nih,,,tq sebab sudi berkongsi resepi dan menu yang kadaboommm...tq..best nyeer pumpkin pancake tuhhh..nak try laaa nanti

  9. Chah,mengancam betul lempeng labu ni..tak pernah buat lagi..tentunya wangi kan..ada cinnamon lagi tu..uisss sedap-sedap.

  10. salam kak...hwaaa...mcm2 manu labu ni...kali ni jadi pancake pulak...tetiba teringat pancake pisang yang makan ngn kelapa parut tuuu...huhuhu...takmo sebut lempeng...tak fofular..eheheh

Leave a Reply