Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Showing posts with label Tomyam. Show all posts

TOMYAM MAK

Hari ni UPSR start ye. Ngerngernger. Amekaw mak-mak yang pertama kali menghadapi  anak-anak yang berjuang di medan peperiksaan. Selamat berjuang anak-anak ku, Mikhail dan Zulaiha. Biaq mak hampa dok ketaq lutut situ. Cheq suka! 

Kemain kau jah, ari ni awai gilor saya ke dapur. Bersiap sedia untuk masak juadah berbuka kununnya. Mak aih, dok abih-abih lagi ke pose nam?. Nak buat macam mana. Iman tak dapat diwarisi. Krrrrr. Sang Arjunapun! Pepagi call order itu ini untuk berbuka. Kalau idak, selagi tak berpusing sommersault kepala otak saya nak mikir nak masak apa,  takde maknanya dia nak menyumbang jasa bakti untuk tolong fikir. Diapun samalah. Kes  iman tak dapat diwarisi. Dari seorang ayah yang bertaqwa. Juga tak dapat dijual beli. Heee, baik saya hapal lagu raihan ni daripada ternganga ngadap abang Arun Ajis dalam drama Adam dan Hawa yang tengah melehetopp tu. 
Nanti hirup perlahan-lahan tomyam sedap ni ya. Resepi mak saya yang campak-campak je ni. Tak guna paste tomyam. Kira tomyam jaman dulu kot ek?
Letak kuah tamak-tamak, jadi macam bubur nasi berkuahkan tomyam. Jangan gopoh-gopoh, nanti tersedak. Pedas tu. Keluar  ikut hidung, tak ke klinik Zalfah, KPMC kau dik! Tapi orang sebelah ingat kita tersedak sebab Court Mammoth sebut, instalmen sopa, tiwi, meja sudut meja kopi meja study raya belum bayar. Hukhuk. 
Bahan-bahan:
5-6 ekor udang
1 ekor sotong
2 batang serai (dititik)
1inci lengkuas
2 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi
2 keping asam gelugur * boleh juga digantikan dengan cuka
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
Segenggam cendawan tiram
2-3 helai daun limau purut
Garam dan serbuk perasa
Minyak
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang putih dan cili api. Tumis. Masukkan daun limau purut dan serai. Masukkan air dalam 2 cawan. Masukkan asam gelugur.
  • Bila kuah mendidih, masukkan udang, sotong dan cendawan. Masak sekejap nanti udang dan sotong tu keras/liat.
  • Masukkan tomato, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.Tutup api.
  • Untuk menambahkan kaw rasa masamnya, perahkan air asam limau semasa menghidang.



TOMYAM SEAFOOD BERSANTAN CHEF PHAKDI


Tahun 2006/2007 merupakan tahun yang sungguh mengujakan dalam kerjaya saya. Saya ditugaskan dalam bidang yang  100% berbeza dari kelulusan dan juga pengalaman saya sebelum-sebelumnya. Keselamatan dan kebersihan makanan. Hurm ada perkataan makanan, memanglah  I like like like.


Berkenalan dengan orang-orang hebat dalam industri makanan, bermula dari pegerai sampailah ke jawatan-jawatan tertinggi di hotel-hotel terkemuka. Best betul bila asyik dapat makan free kat hotel dan kita dilayan bagai VVIP. Yang kurang best bila kena menyelami hamis hanyir hingga ke susur longkang gerai dan juga kedai makan. Tapi mak ok jer!


Salah seorang dalam 'kenalan' saya tu adalah Chef Phakdi. Anak jati Golok yang pekat betul skiping Kelantan walaupun merata restoran terkemuka dunia dia telah menabur bakti . Dia tidak terkenal di Malaysia. Tetapi dia telah membina empayar dan jenamanya sendiri di merata dunia. Bila tengok resume dia, wow! Bukan calang-calang orang dan terlalu kerdil pula rasanya saya bila ditugaskan untuk menilai dia.




Banyak yang dia kongsikan. Salah satunya resepi tomyam ini. Ini yang paling ringkas dari dia. Yang penting banyak tips yang berguna. Contohnya, jika buat tomyam, seafood kurang menyengat jika digandingkan dengan binatang darat. Sotong pula sebenarnya tidak ngam bila disatukan dengan udang. Banyak lagi. Banyak juga yang dah dibawa angin lalu. Mokcik lupa! Sowi...


Tomyam ni memang menyengat. Kena hirup perlahan-lahan. Jika tidak boleh tersedak dibuatnya. Mulalah tuduh orang tu, orang ni sebut-sebut nama kita. Padahal gelojoh tak hengat.

Bahan-bahan:
Sumber : Chef Phakdi
Saiz hidangan: 1-2 orang

2 ekor sotong bersaiz besar
Cili api
2 batang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2-3 inci lengkuas
Daun limau purut
1-2 batang daun kesum
Asam keping
1 cawan santan
1/2 cawan hirisan kelapa muda  (yang ala-ala berhingus tu)
Daun ketumbar
1 biji tomato
2 sudu besar pes tomato
Garam dan perasa
Pes tomyam
*Cara Chef Phakdi : masak hingga pekat stok kepala udang, cili kering dan serai yang dikisar  halus

Cara-cara:

  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Tumiskan hingga garing. Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut.
  • Masukkan sedikit air dan pes tomyam.
  • Seterusnya masukkan santan, sos tomato, cili api dan asam keping.
  • Masukkan pula sotong, isi kelapa dan tomato. Koyak-koyakkan daun ketumbar dan daun kesum dan masukkan sekali.
  • Seimbangkan rasa masam masin pedasnya. Perahkan asam limau semasa menghidang untuk lebih rasa masam.

*Tomyam yang kaw adalah bila kita hirup sekali semua rasa akan menerjah tekak. Masam, masin, pedas dan sedikit manis. Sila sediakan tisu banyak-banyak sebab nanti  ari hidungpun boleh menitis dalam mangkuk. Mulalah pelik kenapalah tak habis-habis tomyam dalam mangkuk tu.Kehkeh.