Hari sabtu sebelum raya saya ke pasar seorang diri. Sambil berjalan sambil melayan perasaan. Beli ikan tongkol 2kg, ayam dua ekor. Sambar juga daun palas 2 ikat. Bila balik ke rumah, nak bersihkan ayam, tengok-tengok kenapa bahagian paha ayam ada enam, kepakpun sama. Kira semula semua bahagian, sah ayam ada 3 ekor!. Adoii, sambil berangan tak perasan budak tu hulur plastik siapa punya, terus masukkan dalam troli. Nanti saya datang bayar untuk yang terlebih tu dik ya. Siapalah empunya yang tak cukup tu, mesti dah bayar untuk 3 tapi bawak balik dua. Maaf!
Bila masak nasi dagang mesti saya jadi sayu dan syahdu. Tambah lagi syahdu bila beraya empat beranak sementelah Sang Arjuna masih belum kembali dari berpergian. Dan jadi lagi syahdu bila teringat zaman kanak-kanak apabila emak bersengkang mata menyiapkan bergantang-gantang nasi dagang yang ditempah orang. Sambil masak gulai, sambil bungkus ketupat.
Melayan rasa syahdu saya ni, hari ini saya masak nasi dagang. Semangat untuk memasak timbul juga sebab anak sedara becok akan bertandang menyepahkan rumah hari ini. Malam tadi sambil masak gulai ikan, sambil buat kek. Ambil semangat emak yang boleh buat 2,3,4,5 kerja dalam satu masa.
Bahan-bahan nasi:
Saiz hidangan : 9-10 orang
1 cawan beras pulut (basuh bersih dan rendam semalaman)
5 cawan beras wangi
Santan pekat-anggaran 5-6 cawan (daripada 3 biji kelapa-saya perah dengan air kelapa)
Garam dan gula
2-3 helai daun pandan
2-3 ulas bawang merah (mayang halus)
2-3 inci halia (mayang halus)
2 sudu teh halba (rendam sebentar)
Cara-cara:
- Basuh beras wangi dan campurkan dengan beras pulut. Gaul rata.
- Kukus hingga naik wap. Kacau nasi sekali-sekala. Sementara itu masak santan dengan api perlahan. Masukkan simpulan daun pandan, garam dan secubit dua gula.
- Masak hingga mendidih kecil. Tutup api.
- Keluarkan nasi dari pengukus. Seelok-eloknya masukkan dalam bekas yang besar kerana memudahkan proses menggaul nasi.
- Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga nasi kelihatan kembang dan lembut. Kukus semula hingga nasi masak.
- Jikarasa nasi masih keras ketika mengukus kali kedua, percikkan santan dalam pengukus dan kacau rata. Kukus hingga masak.
- Angkat nasi dan gaul segera dengan halia, bawang dan halba.
Bahan-bahan Gulai Ikan:
1 1/2 kg ikan tongkol putih
Santan daripada 2 biji kelapa
2 senduk kecil cili kisar
2 inci halia
7-8 ulas bawang merah
2-3 inci lengkuas
3 sudu besar rempah nasi dagang*
1/2 sudu besar rempah gulai*
Asam keping
2 keping gula nisan
Garam
Cili api
*rempah nasi dagang dan rempah gulai boleh didapati dengan mudah di Terengganu. Jika ke Pasar Payang, banyak jenis campuran rempah dijual. Ada yang telah siap dipack dan ada juga yang akan dicampur semasa kita nak membeli.
Cara-cara:
Asam keping
2 keping gula nisan
Garam
Cili api
*rempah nasi dagang dan rempah gulai boleh didapati dengan mudah di Terengganu. Jika ke Pasar Payang, banyak jenis campuran rempah dijual. Ada yang telah siap dipack dan ada juga yang akan dicampur semasa kita nak membeli.
Cara-cara:
- Rebus ikan dengan api perlahan.
- Masukkan anggaran 10 keping asam dan garam. Hasil yang diinginkan adalah rasa ikan yang cukup masam dan masinnya. Untuk rasa ikan yang lagi sedap dan sesuai dibuat gulai seelok-eloknya rebus ikan lebih awal.
- Tambah air lagi semasa proses mengulang merebus ikan dan rasa masam dan masih akan meresap elok ke dalam ikan.
- Kisar bawang, halia dan lengkuas hingga hancur.
- Masukkan ke dalam santan. Masukkan juga cili kisar.
- Bancuh rempah nasi dagang dan rempah gulai dengan sedikit air.
- Masukkan ke dalam santan. Kacau rata. Masak dengan api perlahan. Sebaik-baiknya masak dalam kuali kerana jika kuah meruap ianya tidak akan tumpah seperti masak dalam periuk.
- Apabila gulai telah mendidih, masukkan ikan bersama air rebusan dan asam kepingnya sekali.
- Masukkan cili padi untuk menambahkan kepedasan.
- Masukkan gula nisan dan masak hingga naik minyak. Perasakan dengan garam jika rasa masin dari ikan masih kurang mencukupi.
Selamat mlm Chah...kuatnye semangat..hehe..takpe2..yang penting hati senang dapat makan yg sedap2...
hehe rahel..ati je syahdu, mulut laju aje..kehkeh..
selamat hari raya chah. ada lagi ke.. nak mintak sepinggan.
selamat hari raya juga bundo...tukar ngan nasi lemak ijo tu leh? hihi