Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPIA INTI KARIPAP



Kalau boleh elak untuk buat karipap, saya memang cuba elak. Part yang paling bercinta bila kena mengelim tuh. Memang hasilnya sangat haprak di tangan saya. Tapi itulah antara kuih yang tak jemu-jemu dikunyah Sang Arjunaku. Huuu.


Untuk memenuhi selera Sang Arjuna, saya cut short sedikit hajat dia nak makan karipap. Gantikan dengan kulit popia dan gulung dengan inti karipap. Senang kerjaku!


Buat popia ni untuk mengubat duka kisah ubi rebus dayang senandung tulah. Terpaksalah tukar menu di saat akhir.:)


Bahan-bahan:
250g daging 
3 biji ubi kentang
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3-4 sudu besar cili kisar
2 sudu rempah kari daging
1-2 tangkai daun kari
1-2 tangkai daun sup
Garam dan gula
Minyak
Kulit popia secukupnya
1 sudu tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (untuk gam)


Cara-cara:
  • Kisar daging. Jangan sampai hancur. 
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. 
  • Tumis bersama cili kisar dan daun kari  hingga naik bau dan pecah minyak. 
  • Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan sedikit air. 
  • Masak hingga garing. Masukkan daging dan air. Rebus hingga agak empuk. 
  • Masukkan pula ubi kentang yang didadu kecil dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga inti empuk dan agak kering. 
  • Tabur daun sup yang diracik halus, kacau sebentar dan tutup api. 


Seterusnya bolehlah mula dengan proses menggulung popia. 
  • Masukkan inti ke dalam kulit popia. 
  • Gulung kemas dan gamkan dengan gam tepung gandum tadi. 
  • Goreng dengan api perlahan hingga garing. 
  • Untuk masak batch popia yang seterusnya, tutup sebentar api dapur untuk menurunkan suhu minyak. Ini  bertujuan untuk mengelakkan kulit popia menggerutu. 

5 Responses to POPIA INTI KARIPAP

  1. ada-ada aje idea kreatif Chah... kalau Amie, bab karipap memang suka mengelim, tapi yang lebih suka ialah makan intinya bulat2...

  2. selamat petang cha..

    lapar perut bila sampai sini. Akak pun suka juga buat popia inti karipap sebab lebih mudah dan ringkas. Lagi2 pula lebih sedap sebab kulitnya rangup!

  3. Assalam Chah, thanks ya rajin ke dapur akak, ni baru sempat kjg bls kat dpur Chah, cantiiikk..makanan semua menarik...hehe. Eh bila tengok popia ni, teringat inti keledek akak pun ada lg...boleh la gulung dgn popia lak...hehhee, tp Aiman tu suka kulit karipap gak...adeeiii

Leave a Reply