Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PUDING OREO CAPPUCINO


Bila ramai betul blogger 'serve' saya dengan puding oreo, saya tidaklah jadi tak dan-dan nak mencuba. Biasanya bila saya disuakan dengan resepi-resepi baru, saya akan perhati ramuannya. Contohnya jika ada cheese dan coklat, pasti tahap kecewi nak mencuba berada pada paras atas. Or vice versa.

CMG dan Kak Ummi ada buat tayangan amal di blog mereka, Kak Ita Masam Manis juga mempersembahkan dengan jayanya. Ada lagi di blog lain yang mungkin saya tak discover, buat saya tertanya-tanya, sedap sangat ke? Oreo ofkoslah sedap. Tapi bila macam 'terendam' dalam puding tu? Hurmm..tak apa, tak cuba tak tahu, dah cuba baru boleh beritahu. 


Saya gunakan cara Kak Ita, tak letak serbuk coklat dan  letak oreo dulu dalam acuan. Juga saya tambah cappucino emulco. Tapi hasilnya kehkehkeh, senget sebelah colornya. Sini hitam, sini hitam cair, kenapa pulak mama?. * Ayat Nabiha

Dan rasanya? Bolehlah. Betullah jangkaan awal saya, rasa ada oreo lemau..hihi. Tapi rasa cappucino telah menyelamatkan puding ni. Terima kasih kepada pencipta resepi, kejian harus diberikan kepada saya yang suka alter resepi orang. Boleh bukak kedai alter resepi bersebelahan dengan kedai alter seluar jeans. Uwehweh. 

Bahan-bahan:
Adaptasi dari sumber : Dapur Tanpa Sempadan , Kak Ummi dan Kak Ita Masam Manis

Setengah bungkus agar-agar tali (anggaran dalam 15g)
2 1/2 cawan air 
Gula secukupnya
250ml susu cair
2 sudu besar cappucino emulco
1 sudu besar tepung jagung
Oreo hancur secukupnya (saya gunakan oreo yang telah memang  dihancurkan- ada dijual di kedai-kedai bakeri)



Cara-cara:
  • Basuh agar-agar dan masak dengan air sehingga agar-agar hancur. 
  • Masukkan gula dan biarkan gula hancur juga. 
  • Masukkan susu, cappucino emulco dan tepung jagung. * boleh bancuh tepung jagung dengan sedikit air ataupun ambil sedikit aduan agar-agar dalam periuk tadi dan bancuh tepung
  • Masak hingga mendidih kecil. Tutup api. Masukkan oreo ke dalam acuan, dan tuang adunan puding perlahan-lahan. Pastikan tapis dahulu adunan puding untuk mengelakkan sebarang kemungkinan masih ada lagi sisa-sisa agar-agar yang tidak hancur. Sejukkan. 

Sedikit perkongsian:

 *Biasanya untuk agar-agar tali (bergantung kepada jenama juga) jarang diletakkan sukatan air untuk memasak pada paketnya. Jadi sebagai panduan sekiranya masa nak masak agar-agar tu internet down ke, I Pad rosak ke atau buku resepi lupa letak kat mana bolehlah cuba cara ini. Jika satu paket agar-agar (biasanya 30g atau ada juga yang 24g), cara untuk mengagak sukatan cecair ialah : Bahagi dua agar-agar (cara yang senang kerat dua- tak perlu leraikan satu-satu) selepas basuh agar-agar, masukkan dalam loyang (biasanya loyang bersaiz  8 inci atau 9 inci), masukkan air sehingga kira-kira 1/2 inci lagi untuk memenuhi loyang. Itulah anggaran cecair yang diperlukan. Ringkasnya, setengah bungkus agar-agar akan menghasilkan  satu loyang 8 atau 9 inci puding/agar-agar yang sedang-sedang elok untuk dipotong. Jika mahukan tekstur yang lebih keras (macam agar-agar kenduri tu) kurangkan air. Begitu juga sebaliknya.



4 Responses to PUDING OREO CAPPUCINO

  1. Assalam chah, semalam akak nampak entry colour merah kat bawah ni..tapi tak sempat nak kasi comment hari ni dah keluar yang lain pula..heheh..fast forward betul chah ni..akak juga terketaq2..nak kayuh basikal ni ha..puding ni belum pernah cuba tapi dah lama nampak dah..cantik juga kejadiannya tu chah..meh bak akak sesudu yang gamabr last tu..hehe

Leave a Reply