Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Archive for November 2011

NASI AYAM & AYAM GORENG BEREMPAH



Jarang ada tetamu yang berkunjung pada pertengahan minggu. Tapi tetamu yang ini lain, saya yang paksa dia berkunjung. Desperado sangat sebab tak ada geng untuk layan berborak. Kalau berborak dengan anak-anak, endingnya dah tau macam mana. Ariff! letak gelas dalam sink, Nabiha jangan sepah!, Nuhaa kutip baju atas lantai tu! Mama the monster!



Tapi itulah, kuasa untuk menghasilkan suara yang tinggi dan nyaring, lengkap dengan note soprano dan vibrato segala bagai bukan senang nak dihasilkan. Emak-emak je yang boleh buat. Itu belum masuk teknik-teknik mumbling ngan whistling lagi tu. Ai, macam baru balik dari kelas Syafinaz pulak  aih!

Bila buat nasi ayam, saya prefer gabungan nasi dengan ayam goreng berempah. Macam sejoli je. Kali ini buat ringkas-ringkas saja, bahan-bahanpun limited. Kalau bahan-bahan tak limitedpun, saya memang masak ringkas-ringkas juga. Bukan apa, kalau masak hebat-hebat sangat nanti, siapa yang makin mekar meranum? saya jugak. :)



Lagi satu bila buat nasi ayam ni, terus tak perlu fikir gabungan lauk apa yang kena dan sesuai. Kalau masak nasi putih, naka kena pastikan, kuah kari sesuai dengan sayur apa, ikan sambal ngan dengan sayur macam mana. Ecetera, ecetera.  Sakit kepala akak tau tak, so bila buat nasi ayam, selesai masalah.



Bahan-bahan nasi:

4 cawan beras ( 1 cawan beras wangi dan 3 cawan beras basmathi)
Air rebusan ayam secukupnya
2-3 sudu butter (kali ini nasi saya macam kurang warna, selepas ini saya akan tambah marjerin untuk warna yang lebih menyerlah)
1/2 kiub pati ayam Maggi
1-2 helai daun pandan
Garam dan secubit gula
1-2 inci halia (hiris nipis)

Cara-cara:
Basuh beras hingga bersih. Toskan. Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga baunya menyelubungi sekalian alam. 





Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah:

1 ekor  ayam
2 1/2 sudu  teh ketumbar*
2 1/2 sudu teh jintan manis*
2 1/2 sudu teh jintan putih*
8 batang serai*
Sedikit kunyit hidup*
1 labu bawang besar *
3-4 inci halia*
5 ulas bawang putih*
Garam
Minyak

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan bertanda *, masukkan garam. 
  • Perapkan pada ayam kira-kira satu jam. Goreng dengan api yang perlahan. *untuk menghasilkan habuk gorengan ayam yang berjurai-jurai, jangan potong serai terlalu halus. Untuk satu-satu batang serai tu, cuma potong dua atau tiga bahagian saja, Jadi bila dikisar, ia akan jadi bertali-tali yang lebih panjang.


Bahan-bahan sos cili:
*3 biji cili besar
*1 biji tomato
*1 ulas bawang putih
3-4 sudu cili kisar
air asam jawa
Garam dan gula
2-3 sudu apple cider vinegar

Cara-cara:
  • Kisar bahan bertanda *. 
  • Campurkan dengan cili kisar dan masak dengan api perlahan. 
  • Masukkan air asam jawa, apple cider vinegar. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga pekat.

EASY FUDGE BROWNIES



Masa mula-mula saya makan brownies, memang peghak tahap cipan. Ingatkan coklat kek yang bantat. Dahlah keras semacam lepas tu ada retak-retak pula di permukaannya. Hehe, itu kenangan silam, maklumlah jaman baru-baru mummayyiz. Sekarang dah besar lebar, dah reti jugalah sikit-sikit bezakan yang mana kek, brownies, muffin dan yang mana juga kuah dhal. Heeee


Banyak juga resepi brownies yang saya cuba. Kadang-kadang elok je menjadi retak kat permukaannya. Kadang-kala hati sendiri pula yang retak. Biasalah, adat belajar, begitulah. Kalau semua buat terus menjadi, tentu saya dah riak, bongkak dan takabburr tak hengat sekarang ni.


Kalau di Bandung, brand Kartika Sari memang handallah di sana. Memang jadi wajib pula sesiapa yang ke sana akan beli brownies cap tu untuk buah tangan. Rasanya mungkin pada hakikatnya biasa-biasa saja, tapi disebabkan jenama yang dibawa membuatkan semua dikaburi dengan popularitinya.


Brownies saya ni tidaklah sefofular Kartika Sari, tapi jangan lupa kalau dah rasa nanti mesti rasa nak try tak nyempat-nyempat. Hoho.


Resepi ini saya ambil dari blog www.gourmeted.com. Walaupun banyak lagi resepi yang menarik di luar sana, tapi kali ini saya teringin untuk cuba resepi dia ni. Memang munasabah pemilihan saya sebab semua unsur-unsur yang patut ada dalam brownies ada di sini. Terus lupakan Kartika Sari. Hihihi.




Bahan-bahan:

1 stick butter ( bersamaan dengan 113g) * saya letak 120g
8 oz semi sweet chocolate bar/coins (saya gunakan separuh dark chocolate dan separuh lagi milk chocolate jenama Beryl's)
2 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam halus
4 biji telur saiz A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 1/2 cawan gula halus (saya gunakan 1 3/4 cawan)
1 1/3 cawan kekacang (saya guna 1 cawan hazelnut dan segenggam almond flakes)
Segenggam choc chips (saya tambah)


Cara-cara:

  • Sediakan loyang bersaiz 9 x 13 inci. Lapik dengan aluminium foil. 
  • Masak chocolate dengan butter secara double boiler. 
  • Masak hingga cair keseluruhan. Sejukkan sebentar. 
  • Bila telah suam, masukkan esen vanilla, garam dan gula. Kacau sebati. 
  • Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan setiap telur telah betul-betul dissolve sebelum dimasukkan telur seterusnya. 
  • Masukkan tepung dan kacau rata. 
  • Masukkan kekacang dan chocolate chips. Gaul sebati. 
  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah C dan bakar kira-kira 45 minit atau hingga masak. 
  • Sediakan bekas berisi air dan kiub ais apabila brownies hampir masak. Bila telah masak, cepat-cepat masukkan loyang brownies ke dalam loyang berisi ais tadi. Sejukkan sebelum dipotong. 



KEK CHIFFON KELADI CHEESE



Jangan marah ya tuan penasehat. Nanti tolak 25%. Asyik-asyik kek chiffon. Blog yang tak universal, gitu ler. Bukan apa, rasa nak makan kek, tapi kek yang light-light aje. So tak adalah dibayangi rasa berdosa sangat.


Saya buat perisa keladi dua minggu lepas, tapi dapat ambik bau saja. Hadiahkan kepada tetamu untuk buat bekalan perjalanan ke Utara. So terigau-igau dik bau harum keladi semerbak kat rumah macam tongkang nak karam ni. Dah buat sedap-sedap tu,  takkan nak potong untuk rasa sikit lepas tu baru bagi orang kan. Saya ni behave orangnya. Jadi biarkanlah  kek wangi yummeh tu dibawa pergi dengan tenangnya.


Tebus igauan silam la kisahnya ni. Kali ini saya combinekan dengan cheese pula. Memandai jelah tambah-tambah sendiri. Untuk resepi perisa keladi saya alter (alter lagi) yang perisa pandan. Untuk lapisan cheese pula saya ambik dan kurangkan bahan mengikut kesesuaian  kat dapur 'Idola kecil' kesayangan ramai, siapa lagi kalau bukan anak kesayangan Bonda tu, CMG empunya DTS tuler.


Bahan-bahan adunan keladi:

Bahan A


2 biji kuning telur
35g gula halus
75g tepung naik sendiri
40ml minyak jagung
60ml bancuhan susu tepung (boleh juga susu cair/susu segar atau susu penuh krim)
2 1/2  sudu besar pes keladi
1/4 tsp garam

Bahan B
2 biji putih telur
35g gula halus
1/4 tsp cream of tar tar


Cara-cara:
  • Pukul telur kuning dengan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan minyak jagung dan pukul hingga sekata.
  • Masukkan susu, minyak jagung dan pes keladi dan putar perlahan-lahan. Masukkan tepung dan garam.
  • Kacau dengan spatula hingga rata. Ketepikan.
  • Pukul putih telur dalam bekas berasingan.
  • Bila telur sudah berbuih, masukkan gula dan cream of tar-tar.
  • Putar dengan kelajuan maksimum hingga mencapai soft peak dan menjadi meringue.
  • Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kacau kaup balik (folded) perlahan-lahan untuk mengelakkan gelembung udara rosak. 
  • Ketepikan sebentar dan sediakan adunan cheese pula.

Bahan-bahan untuk adunan cheese (saya kurangkan dari resepi asal Cik Mat):



Bahan A:


2 biji kuning telur
25g gula halus
40g tepung naik sendiri
30ml bancuhan susu tepung (boleh gantikan dengan susu segar/susu cair atau susu penuh krim)
25g butter
30g cream cheese
1/4 tsp esen vanila
1/4 tsp garam


Bahan B
2 biji putih telur
25g gula halus
1/4 tsp cream of tar tar

Cara-cara:
  • Masak creamcheese, butter dan  susu secara double boiler sehingga cair. Sejukkan.
  • Pukul telur kuning dengan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan minyak jagung dan pukul hingga sekata.
  • Masukkan adunan cheese dan esen vanila dan putar perlahan-lahan. Masukkan tepung dan garam.Kacau dengan spatula hingga rata. Ketepikan.
  • Pukul putih telur dalam bekas berasingan.
  • Bila telur sudah berbuih, masukkan gula dan cream of tar-tar.
  • Putar dengan kelajuan maksimum hingga mencapai soft peak dan menjadi meringue.Campurkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kacau kaup balik (folded) perlahan-lahan untuk mengelakkan gelembung udara rosak. 
  • Sediakan acuan tidak perlu digris dengan marjerin/butter. Cukup sekadar dilap bersih dan kering.
  • Masukkan adunan cheese dan adunan keladi secara berselang-seli dalam loyang. 
  • Bakar pada suhu 160-170 darjah C kira-kira 30-35 minit atau sehingga kek masak.
  • Bila kek telah masak, cepat-cepat terbalikkan loyang untuk mengelakkan kek mendap.
  • Tunggu kek sejuk dan bolehlah sisip pisau plastik pada sisi loyang untuk mengeluarkan kek. 
Phewww! panjangnya, tapi berbaloi sebab memang yummeh babeh!



POPIA INTI KARIPAP



Kalau boleh elak untuk buat karipap, saya memang cuba elak. Part yang paling bercinta bila kena mengelim tuh. Memang hasilnya sangat haprak di tangan saya. Tapi itulah antara kuih yang tak jemu-jemu dikunyah Sang Arjunaku. Huuu.


Untuk memenuhi selera Sang Arjuna, saya cut short sedikit hajat dia nak makan karipap. Gantikan dengan kulit popia dan gulung dengan inti karipap. Senang kerjaku!


Buat popia ni untuk mengubat duka kisah ubi rebus dayang senandung tulah. Terpaksalah tukar menu di saat akhir.:)


Bahan-bahan:
250g daging 
3 biji ubi kentang
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 inci halia
3-4 sudu besar cili kisar
2 sudu rempah kari daging
1-2 tangkai daun kari
1-2 tangkai daun sup
Garam dan gula
Minyak
Kulit popia secukupnya
1 sudu tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (untuk gam)


Cara-cara:
  • Kisar daging. Jangan sampai hancur. 
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. 
  • Tumis bersama cili kisar dan daun kari  hingga naik bau dan pecah minyak. 
  • Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan sedikit air. 
  • Masak hingga garing. Masukkan daging dan air. Rebus hingga agak empuk. 
  • Masukkan pula ubi kentang yang didadu kecil dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga inti empuk dan agak kering. 
  • Tabur daun sup yang diracik halus, kacau sebentar dan tutup api. 


Seterusnya bolehlah mula dengan proses menggulung popia. 
  • Masukkan inti ke dalam kulit popia. 
  • Gulung kemas dan gamkan dengan gam tepung gandum tadi. 
  • Goreng dengan api perlahan hingga garing. 
  • Untuk masak batch popia yang seterusnya, tutup sebentar api dapur untuk menurunkan suhu minyak. Ini  bertujuan untuk mengelakkan kulit popia menggerutu. 

DAGING MASAK HITAM



Oh! Saya isytiharkan hari ini adalah hari hitam sedunia. Mentang-mentang saya bercadang nak masak daging hitam. Ada lagi yang lebih hitam dari tu rupanya. Huuu. 

Bila Chah ke Dapur memang dengan semangat berkobar-kobar untuk menyediakan hidangan, tapi tiba-tiba Chah tertidur pula. Lenaaaaa diulit intan. Sambil perap daging, sambil rebus ubi. Konon-konon nak buat minum petang. Baring-baring, pejam-pejam. Terus xy zzzzzz.  Tiba-tiba terdengar bunyi kelentang kelentung kat dapur . Dengan kelajuan 200km/h saya sampai ke dapur dalam masa 0.00001 saat saja. Ubi kuning bertukar wajah, periuk mak mertua bagi dah rentung serentungnya. Lalalalalala. Riang dan gumbira je rasa dalam hati. *Dushhh atas hidung sendiri.


Dalam hati kata, takde apa..takde apa.. ada yang lebih dahsyat. Sebab kejadian tengahari tadi tu merupakan kes terpencil je dalam hidup saya. Heeee. Pernah dulu saya rebus sup ayam untuk bekalan Nuhaa, dari pukul 6.30 pagi sampaiiiiiiiiiiiiiii balik kerja 5.30 petang. Hancur lebur jadi debu semua tulang-temulang ayam. Bontot periuk tertinggal atas dapur, lekang! Kehkeh. Satu rumah berbau macam kilang bakar arang batu. * Dush lagi



Life must goes on. Daging masak hitam tetap jadi. Tinggalkan yang lara, ayuh kita raikan cinta dengan daging yang hitam itu menawan ni.

Bahan-bahan:
2 mangkuk daging (anggaran 400g)
Kicap pekat manis
Sos tiram
Seasoning sauce (saya gunakan brand Maggi)
2 inci halia
4 ulas bawang putih 
2 senduk kecil cili kisar
*1 sudu kecil buah pelaga
*1 sudu kecil bunga cengkih
*1 sudu kecil ketumbar
*1 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
*1-2 batang kulit kayu manis
*2-3 kuntum bunga lawang
Minyak
Air secukupnya
1 labu bawang besar (untuk garnishing)

Cara-cara:

  • Potong daging anggaran selebar dua jari. 
  • Basuh dan toskan. 
  • Tumbuk halia dan bawang putih. Lumur pada daging. 
  • Masukkan kicap, sos tiram dan seasoning sauce pada daging dan gaul rata. Perapkan kira-kira 2 jam. * Makin lama perap daging semakin lembut dan makin hitam warnanya.
  • Tumbuk bahan bertanda * . 
  • Tumiskan cili kisar. Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng hingga naik bau. 
  • Masukkan daging dan air. 
  • Masak hingga pekat dan daging empuk. Tambah lagi air jika perlu. 
  • Masukkan bawang dan masak hingga bawang layu. 
Buangkan kisah duka ubi rentung, buka lembaran baru yang indah dengan daging yang sangat yummeh ini. :)


DONUT MAMA


Dalam tempoh 24 jam dua kali saya buat donut. Nak kata sedap sangat tu tak lah. Tapi sebab sedap ya amat. Hihi. Mula-mula buat petang semalam, sasarannya untuk buat supper malamnya tu. Rupanya nak jadi rezeki orang lain. Sekeluarga tetamu datang  tersembul di muka pintu  buat saya telan air liur sajalah tengok donut montel saya disapu bersih 2.0. Tak apa, selagi masih ada kederat, gentel ajelah semula. 


Pagi ini tak senang duduk, lepas siapkan apa yang patut, terus menguli lagi. Biasanya saya buat dalam kuantiti yang tak banyak, buat kotor bread maker dan mixer aje kalau nak adun guna mesin yang kadang-kadang jadi white elephant je tu. So mak uli dengan tangan nok! 



Banyak versi untuk buat donut sebenarnya. Janji rasanya mengancam dan gebu gebana macam mama kanak-kanak hebat di rumah ni. Saya sukakan donut yang putih bersih macam baju sekolah yang dicurah klorox 4 botol. So elakkan butter dan gantikan dengan shortening.  Jika mahukan yang ala-ala warnanya bilik pengantin, krim-krim manja gitu, gunalah butter atau marjerin, ok?


Bahan-bahan:
Saiz hidangan : Anggaran 14-15 ketul

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering
1 1/2  sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar bread softener
1 1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan air (buang 2 sudu)




Cara-cara (uli dengan tangan):

  • Campurkan semua bahan kecuali garam dan air. 
  • Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. 
  • Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 
  • Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 
  • Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  • Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut
  • Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 
  • Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu gebanass di dalam.  


SPAGHETTI SEAFOOD CARBONARA RINGKAS



Tiap-tiap hari dapur saya pasti ada stok spaghetti yang siap direbus. Kecualilah jika tiada siapa-siapa di rumah. Memang naik  jemu muak jelak dah tengok rupa paras spaghetti dan rakan-rakan seangkatan dengannya macam macaroni, fetuccini dan rona roni yang lain. Tapi nak buat macam mana. Itulah makanan ruji anak sulung yang entah bilalah nak makan nasi sepanjang 12 tahun dia bernafas. 


Cuma bila teringatkan ada sedikit stok kepah dalam simpanan, saya buat ajelah sos carbonara untuk disahabatselamanya dengan spaghetti ini. 


Sepanjang saya makan spaghetti dengan sos carbonara di beberapa kedai yang ala-ala mewah ataupun ala-ala boleh mendatangkan marah, tiada satupun rasa yang sama. Jadi saya sendiri tak tahu macam mana rasanya yang asli. Banyaknya dah di 1Malaysiakan. Jadi versi ini juga telah saya terjemahkan mengikut bahan-bahan yang ada serta suka-suka kepala hotak haku untuk letak ramuan apa. 


Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang

Spaghetti secukupnya (titiskan beberapa titik olive oil dalam air rebusan. Rebus hingga empuk.
1 1/2  mangkuk kepah (celur sebentar)
1 mangkuk kecil udang (celur sebentar) * kali ini saya tak celur dulu udang - terus je masukkan dalam sos, jadi kuah akan menjadi sedikit merah kerana air udang turun. Tak cantik! :(
2  cawan heavy cream (boleh juga digantikan dengan susu penuh krim/susu segar/ bancuhan susu tepung)
1/2 labu bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah
1  sudu kecil mixed herb
1/2 cawan shredded cheddar cheese
Setangkai daun selasih
Sedikit olive oil
Garam dan gula
Parmesan cheese


Cara-cara:
  • Masukkan beberapa titis olive oil dalam air rebusan. Rebus spaghetti hingga empuk. Tos dan ketepikan. 
  • Tumbuk kasar bawang putih. Tumiskan dengan sedikit olive oil. 
  • Masukkan pula bawang yang didadu kecil. Masak hingga bawang layu. 
  • Masukkan heavy cream, mixed herb dan daun selasih yang dihiris kasar.
  • Masukkan shredded cheese sedikit  demi sedikit dan kacau hingga ia larut.
  • Seterusnya masukkan kepah dan udang. 
  • Gaul sebati dan perasakan dengan lada sulah, garam dan gula. 
  • Gaul dengan spaghetti dan taburkan parmesan cheese untuk dinikmati. 


PULUT SAMBAL KELAPA



Masa buat pulut mangga beberapa hari lepas, saya teruslah mengorak langkah buatkan sambal untuk pulut tu juga. Lengkaplah hari brupp brupp saya dengan adanya yang manis dan masin. Yang pahit maung, hamis, pedar, payau tu jangan disimpan biarlah berlalu pergikan.



Tapi bila cerita pasal pulut ini, semua yang manis-manis belaka akan menjengah di kepala. Pulut ini antara menu yang mengambil tempat di  jiwa kanak-kanak comot mekmot yang menjadi pelanggan setia di kantin emak. Manis buat mereka tapi kelat  untuk penjualnya. Apa taknya, sekepal pulut sebesar penumbuk The Rock dengan mewah dan kemilau isi ikan harganya cuma 10 sen. Tak mengapalah, manisnya 'di sana' nanti. Itu ucapan arwah ayah berkali-kali bila kakak kantin ini merungut buat penat-penat tapi tak berbaloi langsung dengan harga. 



Hari ini kita makan pulut ala-ala yang emak buat. Cuma bila dah gedik bubuh warna tu tak samalah macam versi emak. Pulut emak seputih salju yang semulus hatinya. Pulut saya, sebiru kasih saya pada emak pula. *Rindu emak yang tengah sakit lutut.



Bahan-bahan (pulut) :
Saiz hidangan : anggaran 8 ketul

1 cawan beras pulut (dibasuh dan direndam semalaman). Kukus hingga masak dan sejukkan.

Bahan-bahan (sambal kelapa):

Kelapa parut daripada 1/2 biji kelapa (ambil putihnya saja)
2 ekor ikan selayang/kembung (rebus dengan air yang minimum dan dicampur dengan garam dan asam gelugur)
2 batang serai
3 ulas bawang merah
1 inci halia
Garam dan gula * emak saya gunakan gula nisan jadi warnanya akan menjadi sedikit kecoklatan dan terserlah keterengganuannya. :)

Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah, halia dan serai hingga lumat. 
  • Perisikan ikan dan tumbuk. 
  • Gaul bersama kelapa dan bahan tumbuk tadi. 
  • Goreng hingga naik wap dan kelapa agak kering. 
  • Perasakan dengan garam dan gula.  Kepal pulut dan gaulkan dengan sambal. 


Memang kenangan manis!