Tiap-tiap hari dapur saya pasti ada stok spaghetti yang siap direbus. Kecualilah jika tiada siapa-siapa di rumah. Memang naik jemu muak jelak dah tengok rupa paras spaghetti dan rakan-rakan seangkatan dengannya macam macaroni, fetuccini dan rona roni yang lain. Tapi nak buat macam mana. Itulah makanan ruji anak sulung yang entah bilalah nak makan nasi sepanjang 12 tahun dia bernafas.
Cuma bila teringatkan ada sedikit stok kepah dalam simpanan, saya buat ajelah sos carbonara untuk disahabatselamanya dengan spaghetti ini.
Sepanjang saya makan spaghetti dengan sos carbonara di beberapa kedai yang ala-ala mewah ataupun ala-ala boleh mendatangkan marah, tiada satupun rasa yang sama. Jadi saya sendiri tak tahu macam mana rasanya yang asli. Banyaknya dah di 1Malaysiakan. Jadi versi ini juga telah saya terjemahkan mengikut bahan-bahan yang ada serta suka-suka kepala hotak haku untuk letak ramuan apa.
Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang
Spaghetti secukupnya (titiskan beberapa titik olive oil dalam air rebusan. Rebus hingga empuk.
1 1/2 mangkuk kepah (celur sebentar)
1 mangkuk kecil udang (celur sebentar) * kali ini saya tak celur dulu udang - terus je masukkan dalam sos, jadi kuah akan menjadi sedikit merah kerana air udang turun. Tak cantik! :(
2 cawan heavy cream (boleh juga digantikan dengan susu penuh krim/susu segar/ bancuhan susu tepung)
1/2 labu bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah
1 sudu kecil mixed herb
1/2 cawan shredded cheddar cheese
Setangkai daun selasih
Sedikit olive oil
Garam dan gula
Parmesan cheese
Cara-cara:
- Masukkan beberapa titis olive oil dalam air rebusan. Rebus spaghetti hingga empuk. Tos dan ketepikan.
- Tumbuk kasar bawang putih. Tumiskan dengan sedikit olive oil.
- Masukkan pula bawang yang didadu kecil. Masak hingga bawang layu.
- Masukkan heavy cream, mixed herb dan daun selasih yang dihiris kasar.
- Masukkan shredded cheese sedikit demi sedikit dan kacau hingga ia larut.
- Seterusnya masukkan kepah dan udang.
- Gaul sebati dan perasakan dengan lada sulah, garam dan gula.
- Gaul dengan spaghetti dan taburkan parmesan cheese untuk dinikmati.
Salam Chah..
bestnya kat sini..ada spagetti...emmm nyum nyum nyum..
Best carbonara seafood. Saya buat simple jer.
Macaroni (senang anak umur 17 bulan nak makan sendiri)
Fresh milk
Bawang holand
Udang
Sotong
Mushroom button
Carrot
Carbonara prego mushroom
Cara2
Tumis bawang holand yg dipotong dadu
Masukkan udang dan sotong
Letak garam sikit
Masukkan carbonara prego
Fresh milk
Carrot
Mushroom button
Siap ;)