Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHECKERED CAKE

Heeee. Tak pastilah nama yang paling sesuai untuk diberikan pada kek yang sememeh ini. Sememehed cake? * past tense di situ.  

Nak kata pengidap parkinson, rasaya tidaklah pula. Entah kenapa susah sangat nak dapatkan hasil yang cantil-cantik. Jangan surrender! Usaha tangga kejayaan. Cliche!


Lama saya bercadang nak mencuba kek cantik ini secantik sentuhan  Kakak Kreatif Ni. Walaupun saya dapat imagine rasa kek ini adalah kek span biasa je benornye

Asalnya bila awal tahun lepas, setiap minggu saya ke ICCA Kota Damansara untuk memenuhkan ilmu di dada tentang ilmu shopping barang-barang Wilton yang wah dahsyat hebat dan wah dahsyat juga harganya. Berapa kali angkat-letak, letak-angkat mould  chekered cake tu. Akhirnya pulang dengan hati yang hampa. 


Maklumlah, jobless mom. Mana ada duit saku nak membeli-belah sesuka hati. Nak menang hadiah GA nasib tak menyebelahi. Huhu.Tulah Ainol, taknak dengar cakap Mak Ngah. Leiii tak habis lagi kisah syahdu ni rupanya. Kihkihkih.

Last-last beli yang cap Yummielton kat Yummie aje. Hampir setahun juga acuan ni terpersok di dasar lemari. Nasib baik tak bagi kat Nabiha buat main tekap plastesin. Heeee.


Bahan-bahan Kek:
Sumber : KAT SINI (Kak Yatie aka Ratu Talam yang ayu tu) * cuma skip bahagian kastard dan omit jus dan pes pandan.

5 biji telur
150g gula castor
1 sudu besar ovellete
80ml air daun pandan (saya gantikan dengan 80ml susu penuh krim)
80ml minyak (saya gunakan minyak jagung)
1 tsp baking powder
150g SRF ataupun tepung kek (super fine)

*****
Bahan tambahan untuk perisa lemon:

2 sudu besar jus lemon (jenama sunquick)
2,3 titis pes lemon

Bahan tambahan untuk perisa coklat:

2 sudu besar serbuk coklat
2,3 titis chocalate emulco


Cara-cara:
  • Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang dan ringan. Masukkan minyak dan susu. Pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Pukul hingga rata.
  • Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Satu adunan dicampurkan dengan pes lemon dan sedikit jus lemon dan satu bahagian lagi saya masukkan beberapa titis chocolate emulco dan 2 sudu besar serbuk coklat.
  • Bakar pada suhu 170 darjah C kira-kira 25-30 minit.
  • Apabila kek telah sejuk, bahagikan kepada 3 bahagian setiap satu. Jadi anda akan dapat 6 keping kek.
  • Tekapkan dengan acuan chekered cake dan susunkan secara berselang-seli warna kuning dan warna coklat.
  • Susun di atas cake plate dan sapukan setiap bahagian kek dengan buttercream.
  • Apabila selesai, buat crumb coat pada keseluruhan kek dan biarkan set sebentar dalam peti sejuk kira-kira 10 minit.
  • Hiaskan dengan ganache. Untuk menghasilkan ganache yang tebal, boleh ulang proses mencurah ganache ke atas kek setelah lapisan pertama mula mengeras.


Untuk lemon buttercream:

11/2 cawan krimwell
1/2 cawan icing sugar
2-3 sudu besar perahan lemon
1/2 tsp meringue powder

Cara-cara:
  • Pukul krimwell hingga kembang. Masukkan gula, meringue powder dan perahan lemon. Pukul lagi hingga kembang dan gebu.

Bahan-bahan ganache:

150g dark chocolate coins
150g whipping cream
25g butter

Cara-cara:
  • Panaskan whipping cream hingga timbul buih-buih kecil. Masukkan butter dan chocolate dan kacau sentiasa hingga dissolve sepenuhnya.
  • Sejukkan sebentar sebelum dicurah ke atas kek.


25 Responses to CHECKERED CAKE

  1. apakah maksud sememeh? apa yang sememeh? dimana yang sememeh? bilakah ia sememeh?lawa je saya nampak tu datin..
    nyampass tau sorang sorang tunjuk kek dam ni.. terngidam aii.

  2. Chah, biar sememeh rupanya pd Chah yg penting ada usaha, tp ok dah tu pada akak, first time buat kan...biasalah, kena pulak tgn kita keras kejung gitu...kek lembut pun takut tgk jari2 kita nak meliuk lentuk dia.. Xpa nnt buat lgk..jadi cantik, hantooor jek ke dapur akak pulak eh...

  3. As'salam Chah

    suka pada alas kek tulah, cantik kalernya..hihihi.

    dah okeylah tu, cantik dah tersusun, kalau k.ct yang buat belum tentu secun yang Chah buat. nak sambar acuan tu lagilah jangan mimpikan..hehehe

  4. alo..lo...cantik sangat!!.sememeh ke apa ke yg penting dah berhasil da keknye...sedap tu yg pasti..hehe tengok je la... nak buat mcm xberbakat....nampak complicated juga...tapi xpe nanti nak try jugak....i will

  5. perghhh..hebat!!! kelasss ko maria...wajinn!!! konherm tak tercapai dek kerastangan ku ini..chah awat tak anto sepoton' ke puchong..dah alang2 hang kata sememeh..sure hangpa tak suka..ngeh..ngeh..

  6. hanya orang yang penuh kesabaran saja yang boleh buat kek macam ni. ai tak sabar so nak tabek spring kat u chah. walaupun ko kata sememeh tapi kesememehan itu tidak ternampak dibijik mata ai kehkeh..
    errr.. boleh buat papan dam tak..

  7. Chah, wah..wah..wah... Kat dapur dia dah ada gak kek papan dam ni ye.. Kak Naz pun baru ada acuan kek ni tp ntah bila la nak buat agaknya tu kan.. By the way, topping coklat chah tu..mak aiiiii!!! Menggoda iman you! Berkilat dan bersinar lagi rupanya..

    Chah tgk gulai ikan masin dgn nenas chah tu teringat kat mak akak. Dia rajin masak ikan masin dgn nenas ni. selalu mak akak guna ikan sepat masin tu.. sedap kan..

  8. Kak Naz, sila pecahkan dara mould tu, bila lagikan?

    errr...msak lemak ikan masin sepat? itu pengalaman ngeri kak ummi tu...kehkehkeh..

  9. Bundo,
    msalahnye saya ni buat satu2 menda jenis nk cepat siap, tk sabor...tkpe, lenkali kita buat yg unsememehs oqayy, pastu tabik sampai putus spring yer..

    Rahel...di tanganmu nanti mesti gorjes kek ni...ai kondifen..

  10. Kak Sam,

    siannya,nak ke acuan cam ni. Saya boleh tlg belikan. :) Tak mahal sgt kalau nk bandingkan dengan yg cap wilton tu yg hatus2 hengget tu. So kalau beli x guna (janji ado) tkla ralat sangatt sbb murah hihihi... akak kat area mana? kat bakery area umah saya ni, mmg mcm2 jenis mould ada, duit aje yg nk kena adakan..hehee...

    Cikgu Maz,
    chekgu berjaya mendidik anak bangsa yg bkn sebarangaan tugas tu ok jer...so takat kek ni, alahhhh kacaangg aje nnti di tangan chekgu... :) selamat hari guru in advance...hihihii

  11. Kak CT, lorrr alas kek yg dia kenan..penat tau ai nk buat kek tuu... kak, jgn terpedaya, alas kek saya tu pelastik je kak...hihihhii

    UmmiAisyah,

    Ai sabar menanti.... ;)

    Kak Ummi,

    tqtq, ye la kak, tgh terhegeh-hegeh sgt lagi bab2 menggodek2 kek ni...cuba lagi..cuba lagi..cuba lagi... pssst...lawa gambor profile kusi baru, kt umah baru eh?

  12. Gee,

    byk lagi nk kena pektis..;)

    Qaseh Honey,

    Harus saya kena ambik program improvisasi kek ni...;)

    Sally,

    huuuu, byk lag nk kena improve

  13. Izah,

    Ngada! Spek tu kena tambah kuasa kuda dah Jah, takpun boh kontek lens kasi byk lapih, yu tk nampak ke dam ai yg nk collapse tu? Nak main dam pun x selera..

  14. Salam kenal Chah.

    Cantik kek tu. Menyerlah warna kuning dan coklat. Keep it up! practice makes perfect. Ita pun ada cutter macam tu tp tah bila lah nak buat.

Leave a Reply