Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DADIH MAK

Dah minum kopi? Eloklah kalau tengah dok sip-sip kopi mahal sambil dengar kisah Dadih 3 Beradik ni. 

Panas-hujan, hujan panas je kan sekarang ni? Tapi hujan batu di kalbu ada ke orang tahu. Hujan batu dalam hati saya alhamdulillah jarang ada. Saya tak suka simpan batu yang berat-berat dalam hati. Kalau boleh luahkan, atau munt*hkan baik biar dia keluar menyembur-nyembur. Legaaa. Sebab tulah muka saya tak macam orang berumur tiga puloh semilan tawon. Bumper ngan perut akak memanglah ada dabak sikit, tapi akak tenang je jah.
Bila mood tengah yak yak yey ni mari kita buat dadih resepi mak ntah mana dia dapat ni. Tak silap saya dari seorang guru kelas mengajar di KEMAS. How kemas is KEMAS tu tak pasti. Ada juga kot sepah-sepah sikit.

Baik. 3 versi dadih. 3 beradik. Ada yang putih melepak. Ada yang wangi keladi. Dan akhir sekali yang 'berkelarah'. Dalam adik beradik u ols, yu ols yang mana? 

Saya macam biasa. Yang kulitnya berwarna milo. :)
kepsyen: Saya dadih yang pertama. Rupa saya memang menawan, suci lagi mulus. Saya pasti saya boleh menggembirakan awak...nak saya tak?
kepsyen: Saya pula yang ke dua. Badan saya wangi. Saya janji saya akan bahagiakan awak. Percayalah cakap saya...
kepsyen: Saya yang terakhir. Walaupun rupa saya bughuk dan berkelarah sana -sini, tapi saya yakin vokal bukan sekadar rupa. Saya akan berada di sisi awak di saat poket kembung atau poket kosong. Even awak tak ada poketpun  saya rela. 
Tak ada kaitan di mana-mana. Saja nak beritahu yang saya sediakan dadih dalam 3 perasa. Resepi ini memang keeper dan penggemar dadih silalah yakin 100%. Elok-elok tengah sip-sip kopi stabak, harus letak ketepi nyah kopiko  tu. 
Serbuk agar-agar ni yang saya guna dan disarankan dalam resepi ni. Saya pernah cuba jenama lain, tapi hasilnya tak sesedap dan tak seperti yang dikehendaki.

Bahan-bahan:
7g agar-agar serbuk (sila pastikan gunakan jenama cap burung layang-layang. Sebab kegedikkan dadih bergantung hidup pada serbuk agar-agar jenama ini)
10 cawan air
1 tin susu cair (400ml)
400g coffeemate (1 paket  *jika coffemate tersebut ada bonus/extra 50g etc, just masuk aje semua)
1 1/2 cawan gula (bisa tambah atau kurangkan. Janganlah taat sangat)
Perasa kesukaan (keladi/coklat/mangga/strawberi)
1 keping asam gelugur (jangan panik- sayapun tak pasti apa fungsinya. Tapi sebab  dalam resepi asal ada, jadi saya insan yang telus so boh pi la)
Cara-cara:
  • Didihkan air. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit. Pastikan agar-agar larut sepenuhnya.
  • Masukkan gula dan asam keping. Kacau hingga gula hancur.
  • Masukkan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  • Masukkan coffemate sedikit demi sedikit. Pastikan tidak berketul-ketul.
  • Apabila telah mendidih dan timbul buih-buih kecil, tutup api dan keluarkan asam keping.
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan perisa kesukaan.
  • Sejukkan dan ?

34 Responses to DADIH MAK

  1. yooo..aku still keep wesepi hang bagi dulu..tapi menten kusandarkan pada kenangan.Asal anak nak dadih beli hat segere..or beli dah siap...bagusskan...

  2. opocot sudu lawo mak ko... ikikiki..
    hah asam gelugor.. pelik nih.. trasa mcm nak masak gulai lomak lak.
    ok nak try jugak insyaAllah..bebudak mmg hantu dadih.. err tapi dadih beli la, maknyer maleh nak buat sbb banyak bekas nak kene guna.. ngehngeh..

  3. anak sy suka benor membeli dadih..tp saya teramat2 malas nak buat..mmg x pernah nk cuba buat dadih sendiri..tgok akk tayang nie..teringin btl nk mencubanya..keep resepi la.tq:)

  4. Heee jah...lawokan sudu ai ni...pemberian dr kawan...errr ko tanak ke beri ape2 plak kt ai ni jah?
    Part asam keping tu pepandai lahheh...ada time ai buat x bubuhpun...rasa okes jek...

  5. Novelgurl...

    Saya penah gak skip asam tu...rasa dia menten aje sama...cuma kalo x silap fungsi asam tu utk mengentalkan tekstur dadih...lebih kurang cm tu lah. ..

  6. Assalam chah, akak so far belum pernah buat dadih sendiri..
    sebab rakyat jelata kat rumah akak ni semuanya sua koo(cina cakap jakun)..
    haha..tak reti nak makan dadih..termasuk tukang masaknya sekali..heheh
    apa2pun love your last picture.. ada hue tones of colours tu yangmahal tu..hehe

  7. Tumpang bertanya..yg perasa tu mn nk cri? Dia dlm bntuk cecair ke serbuk ke pepejal? X pnh buat..so, x taw la..hehe

  8. Ada yang bubuh getah betik - asam gelugor tak pernah dengaq pulak. But my question is kena bubuh agar2 kah. Tujuan getah betik is to harden or beku kan susu. Only setitik dua aja, if lebih it turns greenish and pahit. This need to be careful. I remember my mother made it - no agar2 only getah betik tapi bukan susu tepung - susu lembu tulin yang indian selalu jual. Normally indian yang rajin buat tempahan.

  9. Salam, nak tanya sikit.. knapa semua resepi dadih letak serbuk agar2 ye?? Ada tak resepi mak dulu2 yg x guna serbuk dadih?? Meh share sikit kat kawan2,,, t/kasih

  10. Saya baru cuba semalam tapi tk pakai asam dan gula kurangkan sikit. Memang sedap dan jadi. Terima kasih! Dah x payah beli kat luar lagi lerrr

Leave a Reply