Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUIH LAPIS KELEDEK UNGU CITARASAWAN

Opps, melapis lagi? 

Beranilah menghadapi kenyataan. Walaupun hakikatnya badan memang dah banyak lapis, tak semestinya biar stagnant kat situ. 

Macam orang kaya. Bila dia dah kaya, ingat dia duduk diam terus sampai kiamat ke? Tak ada maknanya. Mereka akan berusaha dan terus berusaha  untuk menambah  reta.Haih!

Jadi, marilah kita berfikiran seperti orang kaya. Teruskan usaha untuk menambah apa yang patut. Jangan goyah. Jangan serender tau!
Ungu ke Unggu? 

Oleh sebab ada orang yang angin dalam hidung dia sikit lebey, G nya akan berbunyi dua kali. Orang 'moden' macam saya, akan sebut ungu. Sama macam dalam buku. Apa-apalah!
Dah bersedia untuk berfikiran macam orang kaya? Salin resepi ni. Siapa tak kenal Kak Wan aka K1. Resepi dia semua pergh! dan wow! belaka. Cuma kuih lapis keledek ni susah nak kelebet selai-selai macam kuih lapis biasa tu. Ummmp.
Bahan-bahan:
Saiz loyang : 8 inci
Sumber:Kak Wan
250g tepung beras
70g tepung ubi
250g gula
200g keledek yang telah direbus
450ml santan pekat (* Saya guna 900m santan daripada 1 1/2 biji kelapa)
450ml air
Secubit dua garam
2,3 titis pewarna ungu
2 genggam keledek (dipotong dadu dan dikukus-saya tambah) 
*Saya tak sarankan   nak ngengada letak keledek dadu ni. Sebab bila dikukus tekstur yang akan jadi kering sedikit. Sebab dia mengurangkan stim gitu bila nak ngonyel. Maybe kalau letak di dalam lapisan tengah kuih should be better. Abaikanlah ye! 
*saya guna cara biasa buat kuih lapis asas. Untuk cara Kak Wan, sila ke link kat atas tu ya.
Cara-cara:
  • Kisar keledek dengan santan dan gula.
  • Campurkan tepung dan garam.
  • Kacau rata dan tapiskan.Bahagikan kepada 2 bahagian.
  • Satu bahagian dibiarkan warna asal -akan jadi ungu lembut. Manakala satu bahagian lagi masukkan beberapa titis pewarna ungu. *Resepi ini akan menghasilkan kira-kira 3 cawan setiap bahagian. Jadi nak memudahkan kerja saya tuang satu cawan setiap lapisan. 
  • Panaskan air kukusan. Jika gunakan pengukus letrik, ikut sajalah arahan pengukus masing-masing.Oleskan loyang dengan sedikit minyak.
  • Kukus selapis demi selapis. Setiap lapisan mengambil masa kira-kira 7-8 minit untuk masak. Jika terdapat air bertakung atas lapisan kuih, lap perlahan-lahan dengan kitchen tissue. Jangan lupa lap penutup pengukus.
  • Taburkan keledek yang didadu tadi ke atas lapisan terakhir kuih. *Saya tambah kira-kira 5-7 minit lagi masa mengukus setelah semua lapisan habis.
  • Sejukkan dan....
Errr Puan Tun Telani pemilik blog Permata yang Menyejukkan tu (betul ke makna dia Tun?) saya tak boleh pergi ke kotak komen awak, bila klik je ada anak antu kenit mengeringai kat saya. Virus dari ai atau yu? Huhuhu...

21 Responses to KUIH LAPIS KELEDEK UNGU CITARASAWAN

  1. hantu kenit? kikiki.. apa apa la u ni datin. ai kan kalau panggil unggu tu, pepel.. sorry to say la kan... hakhak..

    ai suke la pemikiran 'orang kaya' .. gelak sampai jatuh susuk.. haha

  2. kalau singgah sini mesti tersengih2 sorang mcm kerang busuk... pastu telan air lior sbb terlior tgk kuih lapis biji kundang tu... ops lapis purple ek Izah...

  3. emm..tang kaler..menggoda...tak rasa konherm sedap.sbb kuih lapis peberet aku.err...awat sememeh je tepi2 tu..* ayat jeleszz sbb x tapau utk aku...

  4. uik? ye ke? ye ke?? alamak.... xtau nak wat ape....
    nnti try godek2. antu peliharaan sape laaa tuh agaknyer ye.
    tun malas nk melapis2 nih.. suka makan je.
    ps: makna dia 'penyejuk mata' ^^
    pps: arini lunch kebab jalan tar versi datin ^^ shedap!

  5. Mama hawa,

    Ok je, janji keledek. Tgk version kak wan 3 layer n byk gakla color yg terlibat, janji rasa keledek. Tp kalau tanya saya personally saya rasa dgn keledek kuning/oren lg sedap, sbb dia lebih manis n lemak, yg pepel ni cantik tang kaler jelah kan...

  6. Rahel, dgn keledek x berapa licin n gegar sgt la cm versi asal....maybe saya silap kt mana2 sbb tgk kakwan punya lawa semcm je...huhu

  7. Salam Chah.akak suka tengok keledek yg kat lapisan atas tu....jadi corak2.. nampak menarik.
    re;Chah, budak pompuan mmg sukakan dg stroller.mcm Syakirah tiap2 pagi dia tolak strollernya ke tkt bawah sambil tengok abgnya naik bas.

  8. Assalam Chah, amboiii cantik betul talam keladi dia...pepel ai liiikkeee...kalau makan terus pepel biji mata pun okeh kaann...hehe

Leave a Reply