Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

THREE LAYER TEA

Rasa haus pulak tengahari rembang macam ni kan? Dan..


Oh! ada permintaan rupanya. Sebelum tu bak dulu tiga hengget. Tambah lagi lima posen. Itupun sebab saya kira ikut harga Mamak kat Giant. Tu kira mamak kelas pertengahan tu. Kalau ikut rate Pelita, harus kena lelong itu Nazran.

Jujurnya saya beritahu sambil mata terbelil-kebil macam mana teh ini dibuat. Risau juga Cik Fiona. Tapi kalau bukan kawan yang memang dilahirkan untuk menyusahkan kawan, sapo laie?
Ini percubaan pertama saya melayer teh ni. Tukarannya? Tudung layer-layer ada ropol-ropol tau! 

Itulah ajaibnya internet ni. Taip aje, jumpalah yang kita nak cari. Resepinya dari web F&N. Siap ada yu tiub lagi. Klik aje kat SINI
 Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 1 gelas
3-4 sudu besar air gula nisan pekat (seakan-akan kepekatan madu)
1/4 cawan susu cair
2 uncang teh (rendam dengan 1/4 cawan air panas) * jika menggunakan teh timbang macam di kedai mamak, pasti rasanya lebih kaw babeh!
Ais secukupnya

Cara-cara: Jom mulakan!
Langkah 1 : Masukkan air gula nisan
Langkah 2 : Masukkan ais
Langkah 3: Masukkan susu cair
Langkah 4: Masukkan air teh
  • Tuang air gula nisan kira-kira 1 inci atau lebih ke dalam gelas. 
  • Masukkan ais hingga memenuhi gelas.
  • Tuang susu cair hingga separuh gelas. Tuang perlahan-lahan dari sisi gelas untuk mengelakkan susu bercampur dengan air gula. 
  • Akhir sekali, masukkan pula air teh hingga memenuhi gelas. Juga pastikan dituang dari sisi gelas.
  • Cuba tengok ada rupa 3 layer tak, kalau tak ada, gagal sekali bukan bererti gagal  untuk selama-lamanya. Heeee

15 Responses to THREE LAYER TEA

  1. Aslmkum.
    Memang sedap air ni. Pernah rasa sekali hari tu. Terus terguda. . Kikikii. . Mcm jakun ja rasanya diri ni

  2. nak nak komen lg.. dah pernah buat dulu, laaaaaaaaaaama dulu.. jiya@14sept dah post kat myresipi nun :)

  3. Err...nak order pakai form dak?
    panas ni..memang nyaman je lalu kat tekak...
    tolong anto meja no 2 ye...kui..kui..
    terbaikkk la chah..muahhh!

  4. CA, heeee...meja no 2 yer.errr sorang je ke? nape order sampai dua gelas? herher..

    kak Nor,

    kurang ais, kurang gula, rege spesel la ai bagi...heee... psstt saya carik gak kt myresepi, tp xde tunjuk cara2..terjumpa pulak u tube f&n..

  5. tgk sipi2 je nii.. takut tergoda.. hihi..
    kalau terasa nk buat pun kene buat time enchik hasben xde, kalau dia tau tun berjaya buat niiii, maknanya tiap2 harii laa bertri layer nnti.. mmg hantu teh 3layer mamat tuu.. nnti bloog sugar pun naik hantu jugak. xleh xleh.. so kita minum sorang2, diam2 sudah.. betul x?

  6. OMG.....favourite akk ni....kat Sabah di panggil tea c special. Wajib order bila tekak terlalu dahaga.....eh..lupa nk bg salam bila nmpk air ni. Assalammualaikum Chah!

Leave a Reply