Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KETAM MASAK BLACK PEPPER

Minggu lepas saya ke KB tengok Nuhaa. Minggu ni Nuhaa pulak balik tengok saya. Main gi-mari, gi-mari macam nilah dua beranak ni. Adoi sengkek mak!

Kalau macam ni bukan setakat bajet bawang kena cut, abih semua bajet kena buat semakan semula. Tulah tu, saya senyum-senyum aje bila baca status efbi kawan-kawan pangkat adik  yang baru jadi mak dua tiga bulan. Rungutan dalam kesukaan bila semua tentang anak terpaksa didahulukan. Anak di carta teratas. 
Itu baru melayan karenah anak yang tengah (tengah? masih kot ek) kenit cenonet net. Cer try  pula karenah anak-anak yang dah besar macam mana. Ari ni tepuk dahi, esok raup muka. Lusa tanjat boboi lagi dengan kisah anak,  tulat tubing ada juga yang menangis hiba dek kerna anak juga. Oh ya, bila cerita pasal karenah bebudak ni, ingin saya buat pencerahan dan tegaskan bahawa saya bukanlah anak yang buat mak saya pening kepala kerana saya. Nak bukti? Tanya lah dia. Heee. Sayang mak!

Bila dok menaip di pagi nan dingin ni, syahdu-syahdu teruslah ingat kat mak. Padehal hakikat sebenar, bulan ni baru 3 kali saya call mak. Dasar!

Maaflah kepada yang sakit gatal hidung, gatal mata kalau tengok ketam saya ni. Nak buat macam mana, belum jumpa ubat resdung yang mujarab. Dah tu doalah banyak-banyak sebelum rompong hidung tu bila resdung makan dalam. Huhuhu.

Pelbagai cara masakan ketam boleh jumpa kat kedai seafood. Kalau yang tahap sensitivitinya tinggi, rasa je sikit dah tahu apa bahan yang digunakan. Tapi kalau yang jenis redah macam saya ni, berani-beranilah pergi tanya tukang masak tu.  Untung-untung dia sebut juga bahan-bahannya, walaupun laju-laju sampai tak sempat nak salin resepi. Heee
Bahan-bahan:
Sumber: adaptasi resepi dari sebuah restoran Thai
2 ekor ketam (anggaran 850g)
Segenggam kecil lada hitam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3-4 sudu kicap cair
3-4 sudu sos plum
4-5 sudu sos tiram
Sedikit garam
secubit dua gula
2 pokok daun kucai
Minyak
Cara-cara:
  • Rebuskan ketam dengan air yang minimum. Ketepikan
  • Tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia hingga hancur.
  • Tumiskan hingga agak garing. Masukkan air rebusan ketam.
  • Masukkan sos dan masak hingga pekat.
  • Seimbangkan rasanya.
  • Masukkan ketam dan daun kucai. Kacau sebentar dan tutup api.

14 Responses to KETAM MASAK BLACK PEPPER

  1. betul tu chah.. segala2nya anak didahulukan...
    cerita pasal ketam tu pun akak jarang beli ketam sbb anak2 tak reti makan... kesian lak mak apak mkn tp anak tak sentuh... (yg benornya mak malas nak tolong kopekkan utk anak2.. hihiiiii.... )

  2. Hui sedap ni, Chah. Cantik pula bunga dan corak ketam tu kena dek panahan kamera Chah. Nanti nak uba masak ni tapi versi udang sebab dalam peti ais kita ada udang harimau jer. Kita pun sama, ringan mulut bertanya kalau masakan sedap. Mmg buat muka seposen jer

  3. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    STRESSS! (sila sebut gaya gary- running man ye.. <- kalau x tengok running man, sebut cara biasa je. hihi)

  4. Chah...ku datang tapi dah nak balik nih..jejes ku tgk ketam peberet ku..nanti lepas buka ku datang lagi...wa tak lehhh tahan babe tgk cik ketamm...gerammm

  5. Salam Chah ..sedapnya ketam masak camnie...saya tak pernah letak sos plum lagi. dan lagi satu Chah lompang jagung tu nampak comel la tergoda sangatnak satu...haha

  6. ko jangan sebut pasal kepala pening nak besarkan anak. Paham sesangat la aku ni chah. Anak dua tiga orang dah boleh buat garu kepala apatah lagi anak lapan macam bundo ni. Bukan setakat garu kepala malah beruban terus kehkeh..
    Tu ketam tu nak bawak balik sekor dua. Boleh?

Leave a Reply