Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEBAB JALAN TAR

Semasa di awal-awal pembabitan dalam dunia retis masakan ni, terasa diri ini terlalu Senoi habis. Yang membuatkan semakin bergemerlapan tahap kesenoian saya tu bila banyak betul bahan-bahan masakan yang saya tak pernah tengok rasa, lihat, hidu, atau sentuh. 

Contohnya sekoteng. Mak peghak dik! 

Sebenarnya sampai ke hari ini masih tak berganjak peghak tu. Kuakuakua.
Hilang punca weh nak beli kat mana. Masa banyak siaran langsung kuih talam sekoteng dua koteng yang dibawakan oleh rakan-rakan retis lain, mak lari naik atas loteng sebab kemurungan yang melampau. Feras tak tertanggung. Kikiki.


Tidak ada kena mengena dengan talam sekotengpun ni. Cuma nafsu serakah yang tak pernah bisa ditidurkan. Asyik nak mengonyel je. Nak buat macam mana, jenis dagu otometik. Kena berayun-ayun sentiasa.
Sesiapa yang suka merayap kat Jalan TAR mesti tau ada satu brader jual kebab kat sudut tepi bus stop dekat-dekat SSF tu. Apa  beza  kebab brader tu dengan yang dijual di pasar malam? Dia letak daun ketumbar. Bahan lain sama, kobis banyak daging sikit tu stended. Tapi penangan kebab dia sampaikan kakak-kakak Bank Negara dan nona-nona CIMB kemain sabar menanti. Dan berbondong-bondong sorang-sorang memborong.


Kebab dia laris sebab dia tak semayang jumaat kot. Haip! 


Mungkin dia musafir agaknya. Ataupun belum baligh. *gila suci hati perempuan ni, tiada  mala fide langsung!


Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 keping


2 keping roti pita bijan (potong dua)
2 ketul dada ayam
1 sudu teh paprika
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh lada sulah
Garam
1 biji tomato
2 pokok daun ketumbar
1/3 batang carrot (sagat halus)
Kobis (jika suka - saya tak letak)
Mayonis
Sos cili


Cara-cara:

  • Lumur ayam dengan serbuk paprika, serbuk ketumbar, jintan manis dan lada sulah. Masukkan garam secukupnya. Panggang atau bakar hingga masak.
  • Potong ayam kecil-kecil. Ketepikan. Potong tomato dan daun ketumbar. Gaulkan sayur-sayuran bersama ayam. Masukkan juga carrot yang telah disagat tadi.
  • Masukkan mayonis dan sos cili.
  • Bakar roti pita (tanpa minyak) sebentar di atas pan. Masukkan inti sebanyak mungkin. Lepas tu bolehlah dimasukkan kebab ke dalam mulut sebanyak mungkin juga. Heeee

13 Responses to KEBAB JALAN TAR

  1. HAHAHAHAA... DATIN, MULUT U DAH DIINSURAN BELUM? NANTI KENA SUE, I SEE U IN COURT HOKEH... ADEH LA... LAWAK JEK BACA ENTRY AKAK NIH.. SKOTENG TU KAN CANTIKAN. GI CARI KAT PADANG BESO NUHA BANYAK.. GILER JAUH NAK CARI SKOTENG, TAK PE.. KENA MENTEN STATUS DATIN KATAKAN.. KIKI.. BAK KEBAB SATU, XMO KEBAB TAK SOLAT, NANTI TAK RASA KE'ARAB ARAB' AN DI SITU.. PUNAH BAHASA..KANG ORG D.B.P KEJOR SAYA DARI SECUBITGARAM.COM SAMPAI KE BELOG MINAH MILO NI. HAHAHA..PEACE ^___^

  2. As'salam Chah

    kalau mai datang sini baca coretan Chah kompom tak kering gigi dengan air liur bukan tak kering gusi, sebab gigi masih penuh lagi ni...hahaha

    suka juga makan kebab tapi muskil kat belah mana brader tu jual kebab Chah. SSF pun k.ct tak pernah nampak ler, nanti ronda2 cari tudung kat jalan TAR tu nak gak sambar kebab brader tu..hehehe

  3. kahkahkah kikkikkik kohkohkoh....tak tahan betol kalau singgah sini...sakit perut ketawa terbahak2... gee baru kirim skoteng kat SIL kat Melaka...ingat nk buat talam petang ni kalau rajin...mai lah join... oooo esok nk gi KL bolehlah cari kebab brader yg tak solat jemaat tu...heeee

  4. kt jln tar tu apa yg tak laku..semuanya org bli..tp breder tu punya mmg best kot..sy suka daun ketumbor! kal sy buat ni asik pecah je..ganass

  5. xpe.. xpe... tun pun xpernah sentuh skoteng tu.. hidu2 pun x pernah.. hehe.. peghok penoh doh sapa sekali.. masa budak2 lawan public speaking dolu2..
    hahaha... adoiiii.. kalu brader yg jual tu baca, harap2 lepas ni dia insap n gi semayang lepas ni.. banyokk pahala datin ^^'
    terasa mcm nk mkn kebab pulok bila tgk nih..

  6. salam...
    errr, resepi ni dpt drpd brader tu ke...mesti tanya resepi dier ni taim kul 1.20 tghr pd hari jumaat...

  7. Hajar,

    Heee..bukan resepi dr brader tu, ni saya main teka n hentam aje..yg nyata mmg ada daun ketumbar dan cara dia perap ayam tu ofkoslah dia tk bagitau kan...dan takkan nk tanya pulak...buatnya dia mintak nak add dalam fb kang..kihkih..

  8. Tun,

    hihi..ada jugok org peghak sama ai x penah jumpa sekoteng...ummm rasanya dia tu muka je tua..umur mungkin baru 10 thn..blm baligh...kikiki..

  9. ummiaisyah.. daun ketumbar tu yg membezakan kebab dia ngan yg lain..pecah masa nk isi sbb roti pita tu keras kot..bakar jap atas pan bagi dia panas, baru lembut n senang nk sumbat inti byk2..

  10. Izah, opocot! ai kena tarik balik la tuduhan yang tak berapa prima facie tu..bila puan penasehat undeng-undeng berkata2 nih ai serem lah pulok...;p

Leave a Reply