Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAU KELADI BERBENTUK TERUNG

Tamat suda cuti sekolah. Pendek dan ketot aje bila mengenangkan yang manis-manis. Tapi bila mengenangkan aduh sakit pinggang lepas tu sampai tak dan nak tempek krim malam sebab terlalu mithali melayan karenah anak-anak terasa macam panjang lah pulak kementerian pelajaran buat cuti sekolah ni. Haih.
Kawan-kawan bercuti ke mana? Seronok ya habiskan masa dan wang ringgit demi kelorga tersyinta. Makin bertambahlah koleksi fridge magnet nampaknya. Itu kalau yang suka kumpul magnet lah. Kalau yang suka kumpul lemak pula, ermm kena ingat, magnet cuma boleh tarik besi. Tapi tak booooleh tarik lemak. Muehehe.
Mak ada pening-pening sikit ni. Alah dugaan ala-ala IKS aje. Belum kategori kontraktor kelas A lagi. Urut dada, lepas tu pergi aje ke dapur. Pasti tenang semula. :)

Pening makan keladi banyak sangatpun ye juge. Abis semua resepi nak dikeladikan. Biaser!

Kali ini beliau tampil lebih segar dengan resepi pau keladi yang sungguh wangi. Dipersilakan! 




kalau malas nak menggentel ala-ala terung yang teruk tu, bulat-bulatkan aje macam biasa..
Bahan-bahan:
1 cawan keladi (rebus hingga empuk dan sukat)
1 1/2 cawan tepung pau (boleh juga guna tepung gandum)
2 sudu besar gula
1 1/2 tsp yis kering/yis segera (contoh jenama mauripan)
1/2 tsp bread improver
1 tsp lemak sayuran
1 tsp bread shoftener
1-2 cubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan air sejuk
2,3 titis perisa keladi
2,3 titis pewarna ungu
Sedikit pewarna hijau
Inti kesukaan secukupnya (kali ini saya gunakan inti kelapa)

Cara-cara:
  • Lenyek keladi semasa masih panas-panas. Sejukkan.
  • Campurkan semua bahan kecuali air. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal. * Jumlah penggunaan air mungkin boleh ditambah/dikurangkan mengikut kesesuaian memandangkan air yang terkandung di dalam keladi yang direbus juga memainkan peranan.
  • Asingkan anggaran sekepal doh untuk diletakkan pewarna hijau (bahagian daun)
  • Campurkan bahagian tadi dengan  pewarna hijau dan ketepikan.
  • Campurkan doh selebihnya dengan pewarna ungu dan perisa keladi. Uli hingga sebati dan kenyal.
  • Rehatkan doh sehingga mengembang 2 kali ganda atau anggaran 30 minit.
  • Apabila doh telah naik, tumbuk-tumbuk doh dengan perlahan untuk mengeluarkan udara di dalamnya. 
  • Ambil sedikit doh/mengikut saiz kesukaan dan leperkan. Masukkan inti dan bentukkan bulat memanjang sehingga menutup keseluruhan inti. 
  • Bengkokkan sedikit seperti buah terung. Gunakan sedikit tepung semasa menggentel jika doh agak melekat. 
  • Lapikkan dengan plastik ataupun daun pisang yang dipotong bulatan. (saya gunakan baking paper cup yang dipotong kecil)
  • Ambil sedikit  doh berwarna hijau dan bentukkan untuk tampuknya.
  • Sapu bahagian atas pau dengan sedikit air dan letakkan tampuknya perlahan-lahan. 
  • Rehatkan sebentar pau sementara menyediakan air kukusan.
  • Kukus pau kira-kira 15-20 minit atau sehingga masak.
  • Balut penutup pengukus dengan tuala bersih untuk mengelakkan air menitis ke atas pau.
  • *Jika menggunakan mixer atau bread maker, kerahkan aje mereka buat kerja ikut arahan tertera. 

Rasanya, owh seakan-akan pau labu yang sedap itew. Dengan kehadiran perisa keladi buatkan pau ini menang tipis ke atas pau labu. Err tak sabar pulak nak berpilihanraya. :)
Jemputlah!

10 Responses to PAU KELADI BERBENTUK TERUNG

  1. Assalam Hj Chah,
    apa khabar disana..lama tak jenguk sini..
    cantik pulak pau dibuat macam terung tu..creative creative...:)

  2. salam hajjah chah.. apasal boleh miss bingka kat bawah sinun? ada lg tak? tk dpt si terung ni dpt yg si bingka tu jadi la.. kempunan makcik .. huhu

  3. Ummiaisyah....

    mueheheheh


    Kak Nor,

    tulahkan dah missed bingka ai yg mabeles tu...maklumlah ai ni asyik tekan suis off aje mamjang...

    Kak Noor,

    keladi tu buatkan pau jadi makin lemah lembut macam saya kak....:)

  4. Tina,
    tengs sebab sudi cuba...:)


    Kak Ummi, ya hajjah kak ummi,

    rindu kat akakla...

    Kak Ayu,

    Khannn?? miss yu 2,3,4...
    tuari (hehe) kita turun singapore lagi...mmg teringat2 kat akak... dan yatt juga, ikatan berblog yg buat rasa miss kat kawan2, padahal tk pernah berjumpa kan... :)

  5. ooo ni la yg hang dok sibuk menggentel masa gosip lorong belakang. Awat tak hantaq skit kat GM PHar******* skit. ni nak marah ni..Ok aku amik Garden Leave skang juga!

Leave a Reply