Dalam tempoh 24 jam dua kali saya buat donut. Nak kata sedap sangat tu tak lah. Tapi sebab sedap ya amat. Hihi. Mula-mula buat petang semalam, sasarannya untuk buat supper malamnya tu. Rupanya nak jadi rezeki orang lain. Sekeluarga tetamu datang tersembul di muka pintu buat saya telan air liur sajalah tengok donut montel saya disapu bersih 2.0. Tak apa, selagi masih ada kederat, gentel ajelah semula.
Pagi ini tak senang duduk, lepas siapkan apa yang patut, terus menguli lagi. Biasanya saya buat dalam kuantiti yang tak banyak, buat kotor bread maker dan mixer aje kalau nak adun guna mesin yang kadang-kadang jadi white elephant je tu. So mak uli dengan tangan nok!
Banyak versi untuk buat donut sebenarnya. Janji rasanya mengancam dan gebu gebana macam mama kanak-kanak hebat di rumah ni. Saya sukakan donut yang putih bersih macam baju sekolah yang dicurah klorox 4 botol. So elakkan butter dan gantikan dengan shortening. Jika mahukan yang ala-ala warnanya bilik pengantin, krim-krim manja gitu, gunalah butter atau marjerin, ok?
Bahan-bahan:
Saiz hidangan : Anggaran 14-15 ketul
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering
1 1/2 sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar bread softener
1 1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam halus
Cara-cara (uli dengan tangan):
- Campurkan semua bahan kecuali garam dan air.
- Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.
- Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam.
- Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik.
- Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
- Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda.
- Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan.
- Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda.
- Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu gebanass di dalam.
Assalam chah, gebuss sangat nampak donut tu....oooh mcm tu ke nak bagi donut putih bersih, tq ya
selamat malam Chah...bila Chah ke dapur macam2 boleh dibuat..hehe..
suka tengok donut tu...
Salam Chah :)
Aduh gebu betul cam nak ngap jer..hehehe
ya Allah,, kak chah.. apasal menggiurkan betul donat nihhhh... putih suci murni lagi..
Assalamualaikum Chah..salam ukkuwah jua dari akak, akak follow cha ratah milo bolehhh..;)
Kak sofea, jom ratah milo! Sedap banget kan?
Tun, utk hasilkan donut sedemikian rupe, saiz lengan tlh mengecil 3 inci dr saiz asal....keke
Mama hawa/nani, agak2 nk kecikkan lengan sila gentel ngan tgn n tolak tepi bread maker...:)
Rahel, tq...gebusss sgt, smpai mlmpun masih lembut...
Rosa, sama cm buat roti, hasilnya sama ada krim or putih mulus:)
Putih melepak. Hari ini saya buat donut kentang sebab tengok chah dok tayang donut jer.