Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BINGKA UBI OMG!

Nota kepada yang bersuami.Yang belum bersuami sila baca juga. Dan ambik iktibar. Jangan ingat kawin tu best semata-mata sebab boleh berkepit-kepit dengan laki macam 'orang asli sejuk', dapat pakai baju blink-blink, jalan terkepot-kepot ke pelamin. Lepas tu letak mahendi mengalahkan tangan  kaf lam ya nga kawin keliling-keliling api. Ayark


Pening tau sebab banyak nak kena menuntut ngan mak mertua!
Soalan: Pernah tak rakan taulan tiba-tiba  tak sabar-sabar nak jadi isteri mithali serta merta? Impian tu datang waktu tengah berangan-angan nak masak apa hari ni untuk bukak puasa. Kalau boleh 1Hari 1Menu yang berbeza. Ala-ala satu kampung satu produk, ha gitu!
Saya jawablah. Pukul 6 petang Ramadhan ke berapa dah lupa. Tapi 1430H. Tergolek ubi tepi pintu minta dikasihani. Kalaulah ada tangan, dah lama dah dia paut kaki sesapa yang lalu " tolong aku, janganlah siksa aku begini. Masak lah aku, buat lah sesuatu!". Huh, kaki si pemalas yang dah lalu 16 kali kat situ tak berhati perut terus sepak sampai tertonggeng ubi. * Cop! bab sepak tu akan menjadikan blog ini 18PL pula nanti. Delete. Delete.

Entah dari mana datangnya kerajinan yang melampau; saya parut ubi. Mesin kelapa, campur itu ini dengan hajat setinggi Katmandu, nak buat bingka ubi. 

Bila dah nak masukkan ke dalam oven, terus call mak. Tanya macam mana nak buat bingka ubi. Ada ka?

Saya plan nak buat macam versi Mak mertua tapi giler ko nak call mak mentua petang-petang  semata-mata nak tanya cara buat bingka kesukaan anak dia. Sepanjang 10 tahun yang dah berlalu, berapa ribu petang kau ada, tak sibuk pulak nak tanya. Gulp!

Tak sangka pula bahan-bahannya 97.51% tepat. Kohkohkoh.

Dan taulah kan apa kesudahannya. Terhasillah bingka ubi yang OMG sedapnya. Heee. 
Kepada 'testimoni-testimoni' saya, boleh juga guna resepi ari tu. Nak guna yang nipun sama juga. Dua-dua OMG! Kehkehkeh.
*ada tak pecahan statistik orang yang baca blog ni, berapa % yang suka, berapa % lagi yang meluats. Nak juga saya tahu. Huhuhu.

Bahan-bahan:
3 cawan ubi mentega/kuning yang telah diparut * saya parut guna mesin kelapa
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 tin susu cair
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar marjerin/butter
Secubit dua garam


Cara-cara:
  • Gaul semua bahan dan kacau hingga gula hancur. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin. Bakar hingga masak.
* Jika menggunakan ubi putih, selepas diparut tos dan perahkan untuk membuang airnya. Ini kerana biasanya kandungan air dalam ubi putih lebih banyak dari ubi kuning. Air ubi ini juga agak pahit. Selain itu, jika menggunakan ubi putih, lebih sedap jika digandingkan dengan gula nisan. Sekian.

OMG! OMG! 

15 Responses to BINGKA UBI OMG!

  1. hahhahahha... sakit perut weyh... tun setakat ni angan2 isteri mithali tu still lagi bertahan.lagi2 time bulan puasa tu kan. tp xtau la sampai bila ;p tgk laa 5-6thn lagi, ntah2 tiap2 hari bekfes cekodok je kan. kui kui..
    nak nangis tgk bingka ubi nih.. sedapnyerr!!!!!!!! mana la nk cari ubi nih.. tanam ubi kayu 6 batang, enam2 mati kering. saboo je la. dh tau tanah bukit penuh batu2 berangan nk menanam jugak. beli kt pasar lg byk yg dh masuk angin dr yg elok. hmpp!

  2. perghhh...semakin cemerlang menjadi istewi ithali ni..cayalah...errr..hang memang buat versen ada kaler kaf lam ya nga ekkk....gerrrappp je tepi2 tu..ahaks!

  3. Ogyep,

    uummm yang hangut tu memang utk tekak saya..sedap! lagi byk kerak lagi wuhhh!!!


    CA,

    frankly aku mmg suka bingka yang hitam n byk kerak...kerak tu yang mahal... aii tetiba je timbul nih, pehal?

    Amie,

    yg dlm loyang tembaga tu KHAS utk saya yg suka itam lebey!

  4. Hazila,

    kuih akok kalau versi saya lagi lembek n nampak berair2 gitu...org ganu kata 'berdene' sbb telurnya mmg byk gilerr...

  5. Tun,

    memang..kekadang tu nk buat kuih lama2 ni payah tul...kalaulah ada premix bingka kan ke indah hidup ini...eerrr pokok ubi tu x idup sbb tanam dalam pasu ke..kuikui...

    Zila4 ever,

    hehehe..saya mmg suka tang kerak tu, lg tebal lagi bagus...:)

  6. Assalam chah, bingka ni kalau buat dlm acuan comelx2 gitu lagi bestkan byk sikit dpt mkn kerakx2 tu...sedapnya lama tk mkn bingka ubi ni:)

Leave a Reply