Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DONUT MAMA


Dalam tempoh 24 jam dua kali saya buat donut. Nak kata sedap sangat tu tak lah. Tapi sebab sedap ya amat. Hihi. Mula-mula buat petang semalam, sasarannya untuk buat supper malamnya tu. Rupanya nak jadi rezeki orang lain. Sekeluarga tetamu datang  tersembul di muka pintu  buat saya telan air liur sajalah tengok donut montel saya disapu bersih 2.0. Tak apa, selagi masih ada kederat, gentel ajelah semula. 


Pagi ini tak senang duduk, lepas siapkan apa yang patut, terus menguli lagi. Biasanya saya buat dalam kuantiti yang tak banyak, buat kotor bread maker dan mixer aje kalau nak adun guna mesin yang kadang-kadang jadi white elephant je tu. So mak uli dengan tangan nok! 



Banyak versi untuk buat donut sebenarnya. Janji rasanya mengancam dan gebu gebana macam mama kanak-kanak hebat di rumah ni. Saya sukakan donut yang putih bersih macam baju sekolah yang dicurah klorox 4 botol. So elakkan butter dan gantikan dengan shortening.  Jika mahukan yang ala-ala warnanya bilik pengantin, krim-krim manja gitu, gunalah butter atau marjerin, ok?


Bahan-bahan:
Saiz hidangan : Anggaran 14-15 ketul

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis kering
1 1/2  sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar bread softener
1 1/2 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam halus
1 cawan air (buang 2 sudu)




Cara-cara (uli dengan tangan):

  • Campurkan semua bahan kecuali garam dan air. 
  • Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit. 
  • Bila sudah mendapat adunan yang tidak melekat pada tangan, masukkan garam. 
  • Uli hingga menjadi doh yang kenyal dan agak elastik. 
  • Untuk menentukan doh yang ok, tekstur tepungnya menjadi halus dan tidak menggerutu. Gula juga akan hancur sepenuhnya.
  • Tutup doh dengan plastik dan rehatkan hingga naik dua kali ganda. 
Untuk mempercepatkan proses yis bertindak balas, masukkan air panas dalam mangkuk dan letakkan dalam rak yang paling bawah dalam oven. Manakala doh tadi letakkan di rak yang paling atas. Ini kerana proses pengembangan yis akan menjadi aktif dalam suhu yang suam dan lembab. Cara lain : panaskan oven sebentar hingga mencapai suhu 37-38 darjah C (suam) Tutup api oven dan rehatkan doh di dalam oven tersebut
  • Bila doh sudah mengembang, tumbukkan udara yang terkandung di dalamnya dan bentukkan mengikut paten kesukaan. 
  • Rehatkan lagi hingga naik sekali ganda. 
  • Goreng dengan api yang sederhana hingga garing di luar dan gebu gebanass di dalam.  


10 Responses to DONUT MAMA

Leave a Reply