Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHIPS AND NUTS BROWNIES BAR

Bertemu lagi kita di arena persuratan Melayu. Tujuan utama saya mengirimkan warkah bisu ini adalah kerana untuk bertanya perkhabaran orang di sana. Brrrrr!!

Bila lama tak menulis warkah cinta buat kepala saya beku untuk memikirkan bahasa metafora yang sesuai kepada penerima di sana. Zaman 13,14 tahun dulu, sayalah champion penulis surat cinta tegar. Hari hari mau tulis. Berekar-ekar pokok kena tebang untuk buat kertas. Dan saya pula guna kertas tu buat tulis surat demi mengutus cinta dari Sintok ke Bangi. Heeee. * Mana Sang Arjuna saya ni tak callpun lagi hari ni, kata rindu! Wekk!
Saya baru selesai menghantar pasangan sejoli (yang kuat berjoli) ke LCCT. Mereka akan menunaikan umrah selama 14 hari. Semoga emak dan emak mertua saya mendapat umrah yang maqbul dan mabrur. 

Dua-dua emak tak ada, yabedabeduuu!!! Boleh buat sesuka hatilah kan. Keh keh keh.
Saya buat brownies yang teramat senang ni beberapa hari lepas. Ibarat mencampur milo, susu dan air terus ke dalam mulut. Kumur-kumur lebih kurang lepas tu telan. Jadi milo suam yang ready to consume. Kih kih kih.


Merenyam nak makan sesuatu yang berasaskan coklat. So takkan campur tepung, gula susu cekelat bagai dalam mulut pastu bakar mulut kat oven pulekk kan? Godek brownies yang sangat dahsyat senang  nak buat dan dahsyat juga rasanya. Resepi dari buku yang dah berkurun lama dalam simpanan. 
Bahan-bahan:
Sumber : Buku Hershey's Recipe Collection (Publication International Ltd)

2/3 cawan butter/marjerin
1/2 cawan air
2 cawan gula (saya guna 1 1/2 cawan sahaja)
2 biji telur
1  tsp esen vanilla
1 1/4 cawan tepung serbaguna (tepung gandum)
1 cawan Hershey's cocoa powder (saya guna chocolate powder)
1/2 tsp baking powder
1/4 tsp garam
1 1/3 cawan Hershey's premier extra dark chocolate chips (saya guna choc chips biasa)
1 cawan almond panggang

Cara-cara:
  • Campurkan butter dengan air. Masak atas api perlahan hingga butter mencair sepenuhnya.
  • Masukkan gula dan kacau hingga gula betul-betul larut. Biarkan suam seketika. 
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata. Masukkan garam dan esen vanilla.
  • Masukkan tepung, cocoa powder dan kacau hingga sebati. 
  • Gaulkan dengan chocolate chips dan almond.
  • Bakar pada suhu 160-170 deg C kira-kira 30 minit.

Emak-emak tak ada? yihaaa! boleh tulis tulis tulis surat cinta, lepas tu dating dating dating! Kih kih kih.

14 Responses to CHIPS AND NUTS BROWNIES BAR

  1. perghhhhhh!!! mmg kejadian yg amat dasyaatt..dpt ku rasakan betapa amat sedaapnyer bronismu itew..huhuu!! oh iye..puree cempedak tu akak wat sendirik..leh tgk link resipi..akak br updet..hehe!

  2. mesti ko trasa rasa macam budak2 kecik lagik kan kak chah. kuasa teman. hahahhaa... kak chah, baca perutusan akak ni, teringat saya kat arwah abah. dia suap sikit kopi, gula dalam mulut. pastu suap air, kumur2. peh tu dia minum. pehtu dia kata aaa sedap nyer air kopi abah. haha dia suke bergurau..klako betui.

  3. Puan doc, sedap tu,mmg la sedap, tp beberapa resepisaya cuba, lain2 sukatan, ada beza sikit2 bahan2 tp rasanya sama aje...cemana tu??

  4. Amie,

    Hehehe...aman donnia mak takde...kiki, cam jaman kecik2 dulu, suka sgt klaau mak takde, leh bebas kunun...tp mkn bronis, ermmm terbaekk!!

  5. Izah,

    Ehhh abah izah cm tu jugak ek? Tu kisah benar org kg saya, bancuh kopi dlm mulut, nk jimat...tp sebenornya org dulu2 kan susah... Cm tu la caranya nk rasa minum kopi, kalau bancuh seteko kang kopi gula cepat abih....

  6. jalan sini pulak... bawak dania.. darwish ntah mana tercicir tgh jalan.. haha.. woww cantik2nyer mknn kat sini.. tentu sodap2! akak tak leh mkn byk skrg nih.. dah tenokkkkk! huarghhh!!

Leave a Reply