Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

APAM PULUT HITAM

Hurm....pemilik ladang gandum dan pemegang saham terbesar yis neh! Mengepam apam lagi. Kerja lain tak ada. 

Saya tanya sirius ni, nak kena jemur kat tengah panas ke nak berdingin-dinginan dalam rumah sambil makan? Tentu ajelah nak melengkar-lengkar macam ular sawa terbelit ekor sendiri sambil mengusap  perut gebu yang tak reti baser nak kenyang ni khenn? Ha, dah tu. Hipotesis mudah je ni. Lebih baik makan apam daripada kena makan dek bos (lama tak sebut perkataan ni). 
Sediakan bubur pulut hitam untuk Sang Arjuna merupakan  satu kerja yang 'mulia' hasil sentuhan tangan kasar dan keras si isteri ini kerana dia akan perabihkan bermangkuk-mangkuk walaupun GG dah tegur, eh ko dah put on weight ek? tapi dia menyuap tak hengat juga seraya berlagu sendu bertanya pada si bangau. Bangau oh bangau macam mana saya nak kurus macam kau? Kau rasa ada harapan tak? 

Lebihan kira-kira 2/3 cawan pulut hitam yang saya rebus untuk bubur pulut hitam bangau.  Jadi, campak aje dalam apam mudah ni. Hidup memang kalau boleh nak mudah.my aje dia ni.

Awak tak sukakan baca saya merapu haghu ni kan? Takpe. Saya bukannya  nak reti terasa hati. Tapi kalaulah menyampah tengok apam versi nak kurus macam bangau ni, memang awak silap. Sedap bai apam kampung ni. Kampung tak kampung, janji rok!
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
100g gula 
2/3 cawan pulut hitam (sukat yang telah direbus-buang airnya)
1 cawan susu cair (saya rasa kalau letak santan lagi rok la!)
1 sudu teh yis kering (mauripan)
Secubit dua garam
2,3 titis pewarna pink
Cara-cara:
  • Campur semua bahan kecuali pulut hitam. 
  • Kacau/timbuk hingga sebati. 
  • Masukkan pulut hitam dan kacau lagi.
  • Peramkan kira-kira 30 minit. Masukkan ke dalam papercup/acuan yang sesuai  hampir penuh. 
  • Kukus kira-kira 15-20 minit. * Jika menggunakan acuan (contohnya acuan lompang) oles sedikit minyak pada acuan.
  • Jika menggunakan papercup, masukkan dulu papercup tersebut dalam bekas lain. (saya gunakan bekas plastik dadih). Lepas tu barulah tuang adunan apam. Apam akan merekah sikit jika menggunakan acuan kukus apam yang berlubang-lubang tu. Ni tips dari Kak Hajah Ummi Kuantan. Tapi untuk versi apam kampung/guna tepung gandum saya suka yg muncit gendut dan memboolat gitu. :)
Kali ini apam nak kurus macam bangau ni bersendirian tanpa kelapa parut. Tapi menten rok juga rasanya yu!

17 Responses to APAM PULUT HITAM

  1. perhhh...kretifff la akak nie....
    mengeliurkan jerk apam tu geng ngan pulut htam...
    nak try la nanti...
    lama tak buat apam...
    ingat2 lupa dah nie...stok pulut hitam ada ke tak..he3

  2. mengapam lagi ker kak apam? eh silap lak.. kak cik embun... makan apam pagi2 ke petang2.. teruja saya melihat kedaraan apam tu.. sweet gitu.. tapi pulut itam tak de, pulut kuning apatah lagi, maka saya tengok jek la apam kak Tin tu ye.. err maksud saya apam pulut itam kak Tin tu.. ngeh ngehhhh. nak mengapam jugak la.. ta esok lusa, tak lusa tulat, tak tulat tubing, tak tubing... err

  3. salam Chah,truja akak tengok apam ni tau,tapi musykil sikit pulut hitam yg sudah rebus tu takpayah di blend lagi ke terus masuk saja ke heeee murid tanya cikgu sila jawab tau hee

  4. Assalam kak noor...

    Mula2 saya plan nk blend jgak pulut tu.tp takut tekstur dia jd lain nkeras. So saya cedebuskan cmtu aje. Tp since pulut tu dh kembang so rasanya still blended gak dlm apamtu pluz rasa kenyal2 tu best..

  5. Jah besa la ai kan kepam eh peminat apam.lgpun nk oder kek meleleh cis kau tu pikap poinnye nun jauh kttesco...kang tersoping plak bwg lg seguni...lgpun nk ilangkanrasa terbako jiwa ai ni jah bila tgk kengkawan asik bako kek lazat2 je sedangkan aku......sobsob...

  6. Assallamualaikum Chah..

    Cantiknyaaaaaaaa....bakul tuuuuuu... Apam pun cantik gak..hehehee.. Lawa jer naiknya. Pas tu sbb nampak ada biji2 pulut hitam tu, lagi menarik lak...

    Chah, onde2 kat bawah tu patu letak bendera melaka tu sbb nama asanya buah melaka...heheheee...

Leave a Reply