Salah satu sisi 'busuk' saya- saya nak pandai semua benda. Hati jadi menggeletis tahap tiga kalau satu-satu perkara tu membuatkan saya diselubungi tanda tanya. Nak kata dok mundar-mandir letak tangan kat belakang sambil berfikir-fikir dan bermonolog tu, dramalah sangat. Tapi ngeri tau tak kalau penuh question mark dalam kepala. Kalau peti ais boleh dibikin sendiri, harus saya beli peralatan bertukang dan bina sebuah peti ais. Yang nyata bukan warna pink lah.
Salah satu kuih orang lama kegemaran Sang Arjuna aka partner in crime saya adalah cucur ni. Atau bahasa ibu mertuaku coq jawa. Nama je jawa, tapi asal-usulnya dari Utara. Kuih ni nampak macam sede je, tapi tak cukup ilmu di dada untuk membuatnya, ke longkanglah jawapannya.
Masa zaman belajar bersungguh-sungguh dulu, pasar malam Changloon adalah antara pusat pembiakan rasa cinta antara muda-mudi pemastautin tetap ceruk Sintok. Ke pasar malam-acara wajib dan benda-benda yang wajib dibeli, adalah coq peneram dan coq jawa ni. Rasanya tidaklah mewah, tapi ada unsur-unsur nostalgia yang sangat mendalam di jiwa. Tapi tulah, orang buat bukannya nak tengok. Jadi memang tak boleh imagine macam manalah cara yang sepatutnya.
Nasib baik ada manusia baik hati yang pmkan resepi ini di facebook. Sumbernya- isteri kepada rakan joran Sang Arjuna. Apa lagi, terus menggelupur nak cuba.
Ada unsur-unsur debaran dalam usaha membuat kuih ni. Sebab kuih ini dikatakan 'baru jadi' kalau tepinya menjadi 'bertebing' dan tebingnya itu haruslah kerinting dan bergerigi pula. Adus, tak ke taxing namanya tu. Syaratnya ala-ala kena ada tujuh dulang hati nyamuk gitu, nayalah kawan!
Bahan-bahan:
* resepi ini saya dah bahagikan dua kerana resepi asal menggunakan 1 kg tepung gandum. Kalau sekg masuk perut oklah kan, kalau ke tong? meratap pilu peluk lutut tepi tanggalah nanti.
Sumber: Ita
500g tepung gandum
200g gula merah India (saya gunakan gula nisan)
1 cawan tepung beras Cap Gajah 3 Beradik (huihui- kan ke susah syaratnya tu)
1/4 cawan gula pasir
400ml air
Cara-cara:
Owh, ini blog main masak-masak kan? tak payah nak bbleber panjang, sila tinggalkan ruang ini dengan segera!
400ml air
Cara-cara:
- Masak gula merah, gula pasir dengan air hingga gula hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.
- Campurkan air gula ke dalam tepung dan kacau sebati. Atau cara yang sesuai untuk proses ini adalah timbuk.
- *Masukkan sedikit air jika adunan agak pekat. (kan?)
- Peram semalaman.
- Goreng sebiji-biji dalam minyak yang panas.
*Ini resepi asal orang tua-tua, so takkan dapat sukatan yang tepat. Jadi saya terpaksa bereksperimen sendiri.
Catatan saya
- Saya goreng 2,3 biji menggunakan resepi asal (tanpa tambah air). Memang adunan agak pekat, tambahan selepas diperap semalaman. Adunan almost tak boleh jatuhpun dari senduk. Hasilnya? ala-ala cekodok bantat, buntat oi! So ni 100% foul!
- Saya ambil 2,3 senduk kecil adunan dan campurkan dengan air. Adunan menjadi cair seperti adunan lempeng. Saya goreng kecil-kecil anggaran diameternya 3 inci. Tak munculpun tepi/tebing bergerigi seperti dalam skema soalan. Ini juga foul! Grrr!
- Saya tuang satu senduk besar dalam minyak yang sikit, dengan api yang perlahan dalam kuali yang kecil dan melengkung. Saiz diameter kuih kira-kira setengah lebar penampor, barulah ada rupa sikit. Ini kira 70% berjaya dan 30% lagi adalah kejayaan tertunda. Phewww!
Owh, ini blog main masak-masak kan? tak payah nak bbleber panjang, sila tinggalkan ruang ini dengan segera!
betul tu kak chah.. kuih muih tradisionl ni bahan je sedey tapi nak membuatnya penuh kesabaran n teknik ekmahiran yg tinggi..
lama dah plan nak buat cucur jawa ni..
tak terbuat2 gak..
sedapnya tengokk kak...
Assalam Chah, akak x pernah makan lg cucur jawa ni wpun selalu tengok...takut terpandai cakap jawa lak susah nnt, lupa loghat Temerloh...hehe. Ni rasa dia manis2 sikit eh, makan camtu je ke, colek2 dgn sambal ke...hahaha *blurr ^__^
Hahaha..gelak dulu bila baca 'catatan saya' tu.. Bukan gelak kat Chah tapi gelak dgn ayat2 Chah tu..hihihi..tersembul gelak kat mulut...
Dari utara ker kuih ni. Akak ingat dari Sarawak..hehehe.. Mmg kuih ni dikira menjadi kalau bertebing bergigi cam yg Chah cakap tu. Lagi satu ia nya menjadi kalau ia bersarang kat dalam tu dah bertopi bila dah siap goreng. Sbb tu ada org panggil kuih ni topi mexico..
Salam...
Dah lama tak makan kuih cucur ni...tak ramai org jual kuih ni sekarang.
aritu buat ..tp x comel cam chah buat...kita punya terlebih melanin maka kejadiannya lebih gelap dr biasa...huk..huk..
Chah,sedapnya cucur jawa..lama buat..rindu pulak...
yuhuuu...bangga plak aku jadi owang jawa sbb ada cucur "jawa".walhal aku pun dok weti nak buat.pernah salin wesepi tapi ilang masa dok ngemas...(alasan!!!)
ok la tu...kira jadi gek demi sang arjuna..huh kalau idakkk...konherm x herannn kan..kan..
Izah, tu le tu...mmg ebat org dulu2...
Kak ummi, hehehee..bior betul tk penah makan...ala rasa stended kuih yg ada gula merahlah... Liat2 sikit, tk cicah dah, ngap terus jek.. Kak, tkde maknanya lupa sleng temeloh weh, bahasa hebat tu mana boleh lupe kak, aih aok!
Mas, buat jgn x buat..kang makin ilang skill tu kang...
Kak naz, hihi..a ah..saya penah dengar org panggil kuih topi sbb tebing dia yg melengkung tu...
Iera, a ah..mmg susah dh nk jumpa, kalau ada pun makcik2 tua yg buat...org moden2 dh tak suka dh kuih2 gini kot...
Ummiaisyah, opocot! Blm jadi lagi saya punya tuuu...fes taim buat, tulah pektis make pefek kan...
Rahel... Sila buat segera, nnti skill ilang...;)
Che un, hukhuk...akupun terkehel gak tgn nk menggayakan...nampak cm senang beb, tp dh buat tau serender... Jawakan international gitu, sbb tu seme nk guna nama jawa...hihihi...
görüntülü show
ücretlishow
WT3V4
https://titandijital.com.tr/
kars parça eşya taşıma
konya parça eşya taşıma
çankırı parça eşya taşıma
yalova parça eşya taşıma
H6WW