Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VADEI





Sang Arjuna saya dah berpergian tu. Sampai lepas Raya Haji. Melunga la kami empat beranak ni nanti. Tapi walaupun Sang Arjuna saya di kejauhan  sekarang ni, sikitpun tak menjejaskan selera makan saya. Saya dah biasa sangat-sangat-sangat sebenarnya. Sampaikan pernah emak kepada salah seorang  jiran lama dulu tanya   "ibu tunggal ke?" Glup! Sebabnya dia jarang nampak Sang Arjuna saya di rumah.






Cari makan begitulah. Bini kat rumah asyik nak makan je, dah laki kena kerja bagai nak mati. Tekak bini pulak bukan sembarangan. Geng-geng Polacathus ngan Gallimimus. Aduh tak habis lagi dengan cerita dinasour.

Tak kenyang weh makan tauhu bunga tadi. Masuk lagi ke dapur. Godek vadei ni pulak. Resepinya  adik saya mintak dengan jiran India dia. Nak makan ni, angguk-angguk geleng-geleng sikit ye. Sambil-sambil menonton 3 Idiots ke. Jahatnya akoo!




Bahan-bahan:
Sumber : Aci Jiran Adik (sumber yang paling sengal saya pernah tulis)
Saiz hidangan : Menghasilkan kira-kira 10 ketul anggaran selebar 4 jari

1 cawan kacang dhal (yang saiz kecik) -seelok-eloknya rendam semalaman
1 biji kentang
1 biji bawang besar -dadu kecil
Secubit jintan manis - tumbuk kasar
Secubit jintan putih - tumbuk kasar
Daun kari (tak ada lah pulak- saya gantikan dengan daun sup) - hiris
2-3 tangkai cili kering -rendam dengan air panas dan hiris halus
Garam dan perasa
Minyak


Cara-cara:


  • Kisar kacang dhal dengan kentang. 
  • Jika gunakan blender, minimumkan jumlah air. 
  • Jika gunakan food processor, tidak perlu masukkan air. 
  • Kisar hingga hancur. Masukkan jintan, garam dan serbuk perasa. 
  • Juga cili kering dan daun kari. 
  • Cedok dengan sudu dan leper-leperkan pada tangan. Letak perlahan-lahan dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Adunan agak lembik, jadi jangan syik-asyik nak godek, kejap-kejap nak kacau vadei ni dalam kuali ya!. 
  • Masukkan juga baki daun kari ke dalam minyak untuk meningkatkan lagi aroma. 


Dan Gallimimus akan tersandar kekenyangan!








8 Responses to VADEI

  1. yennadei...
    ada vadei..
    Beberapa kurun yang lampau semasa anak bujang bundo berumur 4 atau 5 tahun, datang sorang budak india betulkan ekon yang rosak. Anak bundo asek ngekor mamat tu kulu kilir sambil tanya.. engge porengge. Bila mamat tu senyap, dia tanya lagi engge porengge.. Mamat tu jawab dalam bahasa india, anak bundo tanya gak engge porengge.. Letih mamat tu nak melayan.
    Hasben bundo gemar makan vadei ni. Dulu dulu kalau pergi jalan tar mesti singgah beli vadei kat gerai tepi masjid india. Bukan gerai pun. Dia letak meja je tepi kaki lima kedai. Tapi sekarang orang tu dah meninggal kot sebab dah tak nampak lagi dia kat situ..hehe memandai je aku.
    chah, bundo kopi resepi ni. Nak bagi surprise kat hasben. Timer kasih kat aci aci bukak pintu tu...

Leave a Reply