Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

YOGURT CHOCOLATE MOIST CAKE KAK NOR

Ada yang demam pilihanraya? Saya balik kampung untuk melaksanakan tugas sebagai anak Malaysia. Herk! 

Mak mertua saya dengan semangat 'raya'nya siap berendang serunding bagai.  Lemang aje yang tak ada. Dahsyat! Dan sayapun kenalah 'buat-buat sibuk' menikmati sumer-sumer tu. Nanti kecik hati dia, saya juga yang sakit belakang pikul dosa. Dosa sedia adapun dok berkembang tak susut-susut. Adeh.
Nak juga saya mengulas sepatah kali 4367 juta kata perihal pilihanraya. Tapi toksahlah nak bertegang urat kat sini. Masing-masing akan ada hujah dan hujah pinjam dari orang lain. Mesti ader punyer!
Kek coklat lagi. Tapi cubaan dengan yogurt ini pertama kali. Bukan apa, tidak pernah bertemu rasa nak makan kek coklat dan pada masa yang sama ada stok yogurt di sisi. 

Kek coklat black out ataupun kek coklat takde karen memang sedap dan memang idaman lobang idung saya sepanjang zaman. Tambah yogurt menjadikan kek ini rasanya agak lain sikit dan tentunya sedap seh. Ala, but I cannot describe in words. Haha. Itu favourite word saya masa di Sintok. 
Saya namakan kek Kak Nor sebab saya ambil segala link dari blog Kak Nor.  Resepi asal (mungkin cubaan pertama dari Along Roz, bawak ke dapur sana sinun dan berhenti sebentar di dapur saya. Panjang kisahnya dan berakhirnya dari All Recipe Dot Com). 


Saya salinlah resepi kat sini. Al maklum lah tulisan saya lawa yu. 

Bahan-bahan (untuk 1/2 adunan dari resepi asal):
Saiz loyang : 7 inci

2 biji telur
1/2 cawan serbuk koko (saya gunakan serbuk coklat)
1/2 cawan air panas
1/2 cawan butter (saya guna 125g)
1 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan yogurt (saya guna 2 bekas yogurt perisa peach)
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit esen vanilla
Cara-cara:
  • Ayak tepung dengan soda dan baking powder. Ketepikan
  • Bancuh serbuk coklat dengan air panas. Ketepikan.
  • Pukul gula dengan butter hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan juga beberapa titis esen vanilla.
  • Masukkan adunan tepung di selang-selikan dengan yogurt. Kacau sebati.
  • Masukkan bancuhan coklat dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu 170 darjah celsius kira-kira 45 minit. Atau sehingga masak. (saya kukus 1 jam)
  • Sejukkan sebelum dihias mengikut kreativiti masing-masing.

13 Responses to YOGURT CHOCOLATE MOIST CAKE KAK NOR

  1. assalamualaikum chah... amboiiii siap ketupat rendang tu.. mmg betul2 sambut raya..
    saya pun balik kg mengundi... tapi import mak mertua mai KL skali.. hahahahaha...
    sedapnya coklat moist kek ni.. mmg betul2 nampak moist.. makan petang sedap ni.. bak mai seketul..

  2. Chah a.k.a. chekgu besar,tak kirolah lotak yogurt ko...lotak cheese ko...
    janji kek coklat memang kompemlah sodap lg menyodapkan...hehee

  3. hehhe.. ai punya kek keret yg blackout.. dia pulak kek cekelat yg blackout ya.. blackout pun blackout la chah.. mmg trend skrg ni blackout kannnnnnn hehee

    sori ya.. ai naik basika kali ni, so lambat sket nak sampai.. nak jimat minyak dan duit tol u :)

  4. Oohhh kek ceklat yg ni ke..mcm pnh dah buat ni..recomended by ijahdaut kot rasanya dulu..nyummm2..tetiba lapo kek..semua slh kak chah peratah milo. Kak chah,lemak dah abis ke pas makan kek ceklat neh?hahak..larikk2.

  5. wah seksinya kek coklat nie...menggoda you...
    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/ubat-sakit-sendi-10-kebaikan-ajht.html

Leave a Reply