Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TAUHU BUNGA




Terus-terang saya cakap, saya lebih sukakan kejiranan di rumah lama saya. Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Segala-galanya tepi hidung dan telinga. Jiran-jirannya juga. Rindu pula pada Cikgu N yang kecoh yang suka tanya harga semua barang dalam rumah orang. Hihi. 


Jiran bujang belah kiri selalu jadi tempat saya 'campak' menu-menu baru yang saya try buat. Entah apalah agaknya komen dia. Gasak situlah. Jiran kanan yang suka pakai short  pula selalu campak makanan ke rumah saya. Boleh tahanlah adab kami  berjiran kat situ. Cuma yang tak berapa berkenaan sebab dia dah tua renta berseluar pendek paras peha lagi. Ini Bangi kak oi, bukannya Vegas!




Maid dia selalu hantar tauhu bunga ni. Sayapun macam 'tauhu' aje dia nak mengantar, jadi buat-buatlah duduk kat luar rumah sambil cabut rumput di petang ahad yang asyik kelaparan je tu. Dapat tauhu sepinggan teruslah masuk rumah. Heeeee.








Kebetulan pula maid lama saya boleh tahan juga cekapnya memasak. Rupanya dia pandai juga buat tauhu bunga ni. Lepas pada tu, mem besar apa lagi. Asyik kerahan tenagalah. Tambah pulak masa tu tengah terboyot-boyot pregnantkan Nabiha. Aku membongkang dia memasak. Bagusss!


Pada saya, tauhu ni lagi sedap dari tauhu basah sumbat yang rasanya sedikit plain. Terpulanglah pada selera  tekak dinosaour Eustreptospondylus memasing. Saya bab-bab makan memang ala-ala Muttaburrasaurus dengan  Futabarasaurus sket. Hihi. 





Bahan-bahan:
Sumber: Maid Lama (Ida)

10 ketul tauhu kering (yang guna untuk masak kuah mee kari) - pilih yang besar
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung beras
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng




Bahan-bahan inti:


Segenggam daging/ayam cincang/kisar
1 ulas bawang putih -ketuk
1/2 batang lobak merah
1 cili besar
Isi tauhu tadi (hancurkan)
1-2 tangkai daun sup
Garam dan perasa
Serbuk lada sulah
Sedikit Minyak


Cara-cara:

  • Belah bahagian atas tauhu menggunakan gunting. (Guntingkan bentuk T kecil) . Jangan sampai tembus ke bawah. 
  • Korek dan keluarkan isinya perlahan-lahan. 
  • Terbalikkan tauhu. Ketepikan. 
  • Untuk menyediakan intinya, tumis bawang putih hingga garing. 
  • Masukkan daging dan masak hingga empuk. 
  • Masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan lobak merah, isi tauhu dan cili besar yang didadu kecil. 
  • Seterusnya masukkan daun sup, perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. 


* sebenarnya untuk inti ini terpulang pada citarasa masing-masing, boleh juga digantikan dengan udang dan juga sayur-sayuran lain seperti membuat inti popia.

  • Sumbat inti ke dalam tauhu hingga penuh. 
  • Bancuh tepung gandum dan tepung beras dengan sedikit air dan garam. Tahap kelikatan tepung mestilah lebih pekat sedikit dari bancuhan untuk menggoreng pisang.  
  • Celup tauhu dalam adunan tepung sehingga paras di bawah kelopaknya. Masukkan tauhu (dudukkan)  dalam minyak yang panas. 
  • Jumlah minyak yang diperlukan cukup sekadar menenggelamkan setengah bahagian tauhu sahaja. Jangan sampai tenggelam.  Goreng hingga garing.




9 Responses to TAUHU BUNGA

  1. I also like to eat, especially for a good computer game or movie. And recently, I also freaked out after I couldn’t win at the casino and I decided to syndicate.casino delete account. But then I regretted my decision and registered again because I’m not yet ready to give up such entertainment as a casino.

Leave a Reply