Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RED VELVET SWISS ROLL



Masa Ariff berumur 2-3 tahun dulu, saya memang 'lalu' je ke dapur. Masak sekadarnya janji tak lapar. Tapi rasa menggeletis nak reti buat kek, kuih itu ini tetap ada. Sanggup pergi ke kelas demo untuk buat swiss roll. Walaupun bayarannya affordable, tapi yang susah nak aturkan masa. Masa tu Bibikpun tak ada untuk berjoli sakan tinggal anak sesuka hati. Terpaksalah meliuk lentok kat Ibu Zie nak tinggalkan Ariff pada hari Sabtu. 




Lepas masuk kelas, rasa kembang kuncup atas bawah  bila dapat rasa swiss roll yang dibuat depan mata sendiri. Dan-dan tu  beli loyang. Konon-konon rasa tertipulah bila beli swiss roll yang senang sesangat membuatnya. 

Bila buat sendiri, ha ambik ko! Bila kek tu tebal, susah nak gulung wei. Patah, pecah, retak, berderai, serabai. Terus rasa menyesal beli loyang. Lama juga terpendam sebuah duka. 







Hari ni, luka tu dah lama sembuh. Janji kena caranya, harimaupun boleh dijinakkan, ye dok? Kek merah saya ni, cuma tukar ajelah dari mana-mana resepi kek span yang anda suka dan selesa membuatnya. Masa saya belajar dulu, chef tu guna sponge mix je. 

Saya ubah suai resepi kek span yang saya guna untuk buat pandan layer dari blog Kak Yatie. Cuma adunan tu perlu dikurangkan sebab kek span untuk swiss roll ni kena nipis je. Untuk resepi yang telah diberi penurunan saiz ni saya dapat dua roll. 



Bahan-bahan Kek:


3 biji telur
90g gula halus
1 sudu besar ovellete
90g tepung naik sendiri
50 ml minyak jagung
50ml susu segar
1 sudu besar Mocha emulco
1 sudu besar pewarna merah
1 sudu besar serbuk koko
Secubit garam halus




Cara-cara (kek):
  • Pukul telur dengan gula hingga kembang. 
  • Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu.
  • Masukkan minyak, mocha emulco, pewarna merah dan susu dan pukul perlahan.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko dan garam.
  • Lapik loyang dengan baking paper. Oleskan adunan kek dengan spatula kira-kira 1/4 inci tebal. Pastikan sama rata. 
  • Bakar pada suhu 160-170 darjah C kira-kira 7-8 minit atau kek masak.
  • Sejukkan kek dan terbalikkan kek. Tarik perlahan-lahan baking paper. Pastikan kek tidak terkoyak. 
  • Potong setiap sisi kek yang mungkin naik tidak sekata atau pecah-pecah.
  • Terbalikkan kek semula menggunakan dulang yang sama saiz dengan kek. Pastikan bahagian yang berlapik duduk  di bawah. Biarkan baking paper tadi berada di bawah kek untuk digunakan sebagai 'pemegang' semasa menggulung nanti.  
  • Sapukan dengan adunan cream cheese di bahagian atas permukaan kek. Gulung perlahan-lahan dan tekan sedikit untuk memadatkannya dan untuk mengelakkan kek pecah. 
Bahan-bahan cream cheese:


200g cream cheese
50g mascarpone cheese
50g non-dairy whipping cream
gula secukupnya
2-3 sudu jus lemon (saya gunakan sunquick jus lemon)
Sedikit lemon zest


Cara-cara:
Pukul cream cheese, macarpone cheese dan whipping cream hingga kembang. Masukkan gula, lemon zest dan lemon jus. Pukul lagi hingga kembang. Sapukan pada kek.



16 Responses to RED VELVET SWISS ROLL

  1. salam kak chah ,izinkan saya ambil resepi ye...terima kasih....cantik sgt dan menggoda nak buat.....

  2. Whеn Ι orіginallу сommеnteԁ I appear to
    have clіcked the -Νotify me whеn nеw сomments are added- chесkbоx and nοw each time а commеnt is
    added I recieve 4 еmаils with the exаct samе сomment.
    Регhaps theгe іs an easy method you can remove
    mе frοm that service? Thanks a lοt!



    my blog post :: Giochi Online

  3. Hey I know this is off toρic but I wаs wonderіng іf уou knew of any wіdgets
    I could add to mу blog that automaticаlly twеet mу nеweѕt twіtter upԁates.
    І've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

    my site just click the up coming internet page

  4. -Τap the ωeathеr controls twice and
    the sun will come оut aѕ well аs the
    birԁ. I think that thе gгandma charаcter has chаnged a littlе since that first ѕtory illustгation was dгаwn.
    In fact, pеrhapѕ thеrе
    are аliеns гight here on earth.

    Fеel free to ѕurf to my pаge - Aliens Breaking news

  5. Thanks fοг anothеr informаtive web ѕite.
    Where else may just I get that kind of іnfo ωrіttеn in suсh
    аn іdeal apрroach? Ι have a challenge that I'm simply now working on, and I've been at the glance out for such informatiοn.


    Here іs my ρage: libeгaldеmokraternа.
    com *wiki.blues.gr*

Leave a Reply