Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KUIH SAGU/BRONOK KUKUS TUN

Benda yang paling mensyahdukan saya biasanya makanan. Ada orang mungkin terkesima atau syahdu mahdu dengan music box ada ballerina menari pusing-pusing secret admider bagi guna duit loan. Mungkin juga ada yang akan sayu bila tengok kotak kasut. Tak berapa pasti; jadi lebih baik saya stop sebelum saya lemparkan tuduhan dan telahan yang pastinya tidak benar sama sekali.
Ini kuih wajib kantin emak. Tu yang syahdu tu. Kuih senang, menurut kata ibuku la. Mungkin menurut kamu dan ibu kamu ini kuih yang susah untuk dibikin. Krrrrrrr
Sebenarnya kalau menurut saya kuih ini buat saya sakit pale nak membuatnya. Bukan apa, sebab bila tengok mak buat prosesnya kacau-kacau aje. Tapi sukatannya sampailah ke la, saya memang tak tau. Mungkin emak juga tak ada sukatan khas. Mejik betul tangan dia. Jadi dengan tangan saya yang selalu kena conteng dengan kaler mejik ni, memang akan menghasilkan versi yang berlainanlah setiap kali membuatnya.  Jadi macam mana Cik G nak terbitkan buku masakan kalau macam ni? 
Bila Tun yang tengah diet (lah sangat!) tu gegarkan hati saya dengan sagu aka bronok versi kukus, buat saya terus ke dapur hingga bergegar juga bumi Kajang dek hentakan kaki ebab Cik G. 
Wah! Terus selamat tinggal kulit kusam ku! masalah kuih bronok ku! Hikhikhik.
Bahan-bahan:
Sumber asal: sini thru Tun Telani
Versi gegar juga : Izah
1 cawan sagu -basuh dan toskan
3 cawan air
3/4 cawan gula pasir
Gula parut (yang putih sahaja) -gaulkan dengan sedikit garam. *Boleh juga dikukus sebentar untuk tahan lama
Pewarna/perisa kegemaran - saya gunakan pewarna kuning dan ungu
Cara-cara:
  • Panaskan air dengan gula. * Saya masukkan sehelai daun pandan.
  • Bila air telah mendidih dan gula telah larut sepenuhnya, masukkan sagu.
  • Kacau hingga agak pekat.
  • Masukkan adunan kuning diselang-selikan dengan adunan ungu ke dalam loyang.  
  • Kukus hingga sagu menjadi jernih sepenuhnya anggaran 30 minit.
  • Sejukkan sebelum dipotong.
  • Gaulkan dengan kelapa parut dan bersedia untuk adegan gegar-gegarkan dagu!

11 Responses to KUIH SAGU/BRONOK KUKUS TUN

  1. LOL~~ heyy... ai tgh diet betul2 ni tau.. mlm2 x makan dinner okey.. minum air teh ) kosong je.. hoho.. cuma kuih sagu ni minggu lepas wat dua kali dan sekali hadap 6 ketul masuk mulut.. muahahhaahahaha.. pastu skipping dgn harapan lemak2 x sempat terkumpul :p
    nmpk bijik2 tanpa putih2 kt tgh tu mmg excited.. mmg sblm ni stress tahap nk baling periuk bila masak. skrg dh blh pejam mata smb buat kuih sagu.. hoho

  2. sama Chah akak dengan Puan Ros tu anak2 tak suka makan,akak masak yg diaorang suka makan je,kadang2 yg sendiri makan beli hahaha tulah kalau Chah dekat boleh minta sikit mesti sedap tengok gambo dah terliur sngt

  3. As'salam Chah

    masuk dah lama ni Chah, tapi nak tinggal komen kena tunggu semua gambar tu loding penuh sebab suka kat kuih sagu @ telur ikan ni haaa hehehe. zaman kecik2 tu k.ct panggil telur ikan sebab bergentel2 gitu erkkk..telur ikan ker telur apa erk lupalah hahaha

    gambar semakin cantik, teruskan usaha dimasa akan datang yeahhh!

  4. Azie,

    hehe sebenarnya saya tkde banyak koleksi prop pun, asik2 guna yg sama je sebenarnya susun je lain2 hhehee...maybe Azie je yg tak perasan..:P

  5. Kak Ros,
    tima kasih nyinggah sini..meh la kak gonyel kuih ni, walopun simple tapi mabeles!

    Milah...
    heeee gedss cam sapo la tu...

    Kak Noor,
    memang sedap kak, jom ar kita gonyel2...

    Kak CT,

    tenkiu...saya tengah herot2 lagi tangan nk ngambik gambar kak...byk lagi yg kena belajar...yeahhh...

Leave a Reply