Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RED HOT & OREO CHOC CAKE

Tak kisahlah saya buat kek ni untuk siapa. Meraikan 'kemenangan' ditipu agen pembantu rumah kira boleh jugaklah. Kelat rasa tekak ni nak telan air liur tetibaHus, tak nak lah saya sakitkan kepala fikirkan perkara yang ala-ala pelamin anganku musnah tu. Ketat-ketatkan otak  buat apa. 
Kepada Dayang maaflah resepi kek lumut sedap ni dah direnovate sesuka hati saya. Tapikan, kebanyakan resepi yang saya jumpa, kalau tak banyak sikit mesti ada dibuat penambahan, pengurangan serta pendaraban dan juga pembahagian. Pengkamiran tak pasti ada ke  tak ada. :D Jadi sebab tulah kes-kes 'derhaka' pada resepi tu sangat relevan pada kebanyakan orang. Macam beli suar jeans, nak kena alter pinggang, alter kaki itu ini untuk matchkan dengan 'design' bodi yang tak 'seberapa' tu. Contohnya kaki awak tu kedek, tapi kaki saya Noami Campbell so saya kenalah beli kain tambah kat kaki seluar tu. Fehemm khennn?  Fuhh justifiable dah reason saya kan Dayang?
 Untuk lapisan merah yang hottt tu, saya gunakan resepi kek lumut yang keeper dari Dayang. Versi hijau asli sejati ada kat SINI.  Juga digabung tenagakan dengan kek NI yang saya baru buat beberapa  hari lepas. Ni buat lagi. Ingat pesanan orang tua-tua. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. So tengah berpada-pada dengan yang baik lah ni. Herherher.

Hasilnya jadilah gabungan dua kek kesukaan saya dalam satu ketul. 

Jadi marilah  nikmati kek hentah hape-hape idea ni tanpa rasa gundah-gulana.  Sambil meneroka birunya langit yang mana di celah awan gebu ada nostalgia indah anda terpatri. Lalalala. 

Alah, nampak pulak muka si agen penipu noted tu kat celah awan kelabu. * terus potong stim tapi  kek tetap kena kunyah. ;D

Oleh kerana saya sedang berada di celah awan gebu, jadi hati yang tengah tulus kudus ni, saya  dah 'fotostat' semula resepi-resepi kek di atas untuk tatapan anda semua di hari muka. Juga buat panduan anda yang di perantauan atau di mana jua anda berada. Heeeee

Untuk gabungan kek ini saya cuma buat 1/2 adunan untuk setiap kek. Jadi resepi di bawah kena bahagikan dualah ye.
Untuk resepi kek merah (versi asal adalah kek lumut Dayang Jack)
Bahan-bahan:
250g butter
3/4 cawan gula halus (saya cuma masukkan 1/2 cawan)
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat
3/4 cawan tepung gandum
1 cawan horlicks
2-3 titis pewarna hijau (saya gunakan pewarna hijau Moss Green)
Cara-cara:
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang dan sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul rata.
  • Masukkan esen vanilla dan seri kaya. Masukkan susu pekat dan kacau rata.
  • Masukkan pewarna hijau.
  • Selang-selikan tepung dan horlicks dan pukul perlahan hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dioles dengan sedikit butter/marjerin/minyak.
  • Kukus kira-kira 2 hingga 2 1/2 jam.

Untuk versi kek oreo coklat kukus
Bahan-bahan:
250g butter
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan susu coklat
1 cawan serbuk coklat * ada beza dari segi rasa antara serbuk coklat dan serbuk koko (serbuk merupakan purely cocoa powder manakala serbuk coklat mengandungi campuran susu dan koko)
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan oreo crushed * ada dijual di kedai-kedai bakery. Jika tak jumpa, bolehlah hancurkan sendiri biskut oreo tu.
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder

Cara-cara: 
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  • Masukkan susu pekat dan susu coklat. Kacau perlahan.
  • Masukkan serbuk coklat diselang-selikan dengan tepung gandum. Masukkan juga soda bikarbonat dan baking powder.
  • Akhir sekali masukkan oreo dan kacau-kacau manja mengada gitu. 
  • Oleskan loyang dengan marjerin atau lapikkan dengan parchment/baking paper. 
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan aluminium foil.
  • Kukus kira-kira 1 jam 20 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dan hias/tuang topping kesukaan. 
Untuk topping:
1 cawan non dairy whipping cream (saya gunakan jenama Rich's)
2-3 titis pewarna kesukaan

Cara-cara:

  • Pukul cream dengan kelajuan maksimum. 
  • Pastikan masa memutar tu krim tersebut masih dalam keadaan sejuk. 
  • Putar hingga kembang dan gebu. Sedia untuk dihias/icekan pada kek.



19 Responses to RED HOT & OREO CHOC CAKE

  1. As-salam Chah...
    Berkunjung cik June di sini utk menatap kecantikan Red Hot Choc Cake mu.
    Syabas! kejadiannya mengasyikan...namun tambah asyik jika dapat merasa barang
    sepotong dan sama-sama menatap langit biru...hehehe *just joking*
    Apa-apa pun...terbaik!

  2. Datin chah...
    mlm sabtu hang bawak kek ni p umah arin..ini mandotory.Arahan mem presiden.kita akan berjimba jimba dirumah arin dgn melantak barb-q.

    Sekian

    Yg menurut perintah
    seksitari cum bendari cum ajk cum organizer cum agen cum.......ahhhh sgala serah aku grrr grrr..

  3. Aslmkum Chah. sungguh menawan kek Chah itu.....cantik sekali....bila tengok yg dah potong itu...moist sgt....rasa nak mkn jugak!
    tipu dek agen...aduhai...sabar ya Chah....mkn kek...tenangkan hati....

  4. CIK ANON,

    serbuk coklat tu boleh beli kat kedai2 bakery.. kalau tak ada serbuk kokopun ok rasanya sbb kek mmg dah rich dgn susu pekat, susu coklat etc...:)

  5. assalam ibu gebu...stand tu saya beli kt viva home furniture kalau tk silap. melamine je tu...kenan ke? errr kek tu tk telan air liur ke? hehehehe

Leave a Reply