Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEK FONDANT & GUMPASTE



Dulu saya tak tau pun apa beza fondant dan gumpaste. Ingatkan sama saja. Sama pada paras rupa tapi jiwa mereka ada bedanya. 

Fondant biasanya digunakan untuk membentuk benda-benda yang tidak memerlukan dicanai nipis seperti kelopak bunga. Fondant sesuai untuk cover kek, buat figurines binatang, kereta atau apa-apa bentuk yang sedang membuat lintas langsung di kepala hotak masing-masing. Tekstur gumpaste pula lebih pliable, jadi bila kita roll nipis, ia tak mudah koyak atau putus. Jadi gumpaste lebih sesuai untuk membentuk bunga. Cuma gumpaste lebih cepat mengeras bila terkena udara DAN lebih mahal berbanding fondant. Sangat!



Besok saya akan berpergian. Jadi kalau lapar tu, sila selongkar dapur orang lain sementara menunggu saya balik pada minggu depan. Saya tinggalkan anda dengan kek coklat dengan bunga gumpaste yang saya karang beberapa minggu lepas. Ini kek perkahwinan. Juga kek Angry Bird fondant yang digentel hingga meleleh-leleh air liur dan sakit belakang. Terus jadi si bongok bongkok tiga. *Sesiapa yang bercadang untuk menggentel si babi hijau tu, sila tangguhkan perasaan menggeletis tu kerana hukumnya makruh -sumber Ustaz Azhar Idrus. 




Saya akan  berkongsi cara menggentel bunga-bungaan daripada gumpaste dan juga binatang-binatang daripada fondant. Bila? Pada satu hari yang indah nanti. Uppss jangan salah sangka, saya bukan pro, saya pun masih terkial-kial dan sedang belajar dengan tekun juga ni.  Au revoir!

11 Responses to KEK FONDANT & GUMPASTE

Leave a Reply