Saya pernah buat donut kentang versi gagal. Bukan gagal sipi-sipi tapi gred mumtaz terus. Sumpah tak mau guna resepi tu lagi.
Tapi bila difikirkan balik, bila orang suakan resepi, takkanlah langsung kau tak fikir dan cubalah digest sikit. Gunalah akal tu secara logika dan semaksimum mungkin agar kamu tak dimakan sumpah dan mukapun bertukar jadi kaler biru macam sesumpah bila tengok gambar dacing. *Kononnya ayat monolog datin tengah mengongs cakap sorang-sorang dalam muvi, okeh?!
Jadi setelah mengambil kira permasalahan di atas, dengan ini saya terpaksa berterus-terang berkenaan tujuan utama saya membuat donut keledek ini. Untuk menebus kekhilafan? Belakang parang kalau tak diasah manakan tajam? Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat? Untuk peribahasa seterusnya sila ke laman yang sepatutnya. Hihi.
Resepi yang mudah dan sangat berbaloi untuk dicoba. Kerna sedap dan gebunya, ya ampunn!. Tak perlu bersumpah nak jadi sesumpah lagi kalau tak jadi. Dan ratapan Si 'Epal Besar' mungkin akan kedengaran tersangat pilu kali ini. Heee.
Dari gossip yang saya baca, khabarnya resepi Izah diambil dari satu blog lain. Bila dibaca macam bahasa Indon, mungkin pemilik asalnya Acha Sepriasa? Atau juga dari Inul? Sebab tu gebu gebana semacam, sambil goyang pinggul sambil uli donut selama beberapa menit. Kihkih. Maaf linknya di sini.
Bahan-bahan:
500g tepung gandum
50g susu tepung
11 g yis segera
200g keledek (rebus dan dilenyek barulah ditimbang)
100g gula pasir
75g butter
Secubit dua garam
4 biji kuning telur (saya gunakan dua biji sahaja)
100ml air sejuk dari peti ais
1 sudu besar doughnut improver (saya tambah)
Cara-cara:
- Guna bread maker dan datin-datin sekalian bisa goyang pinggul sementara kerahan tenaga sedang giat dilakukan pada mesin yang tidak bernyawa itu.
- Atau;
- Campurkan semua bahan, pastikan garam dan yis tidak dimasuk dan diletakkan berdekatan semasa proses mencampur bahan. Masukkan air dan uli hingga lembut dan teksturnya menjadi kenyal. Gula pula telah hancur sepenuhnya.
- Tutup dengan kain lembab/plastik dan peramkan kira-kira 20 minit ataupun doh telah naik dua kali ganda.
- Keluarkan udara dari doh dengan menumbuk-numbuknya perlahan. *Cakar harimau dilarang sama sekali pada peringkat ini.
- Bentukkan macam donut kerana tujuan asal kita adalah untuk membuat donut dan bukannya kek lapis asam manis.
- Peramkan lagi kira-kira 15-20 minit untuk donut mengembang sepenuhnya.
- Goreng dengan api perlahan untuk memastikan ia masak serata.
- Hidangkan dengan gula halus ataupun topping kesukaan.
semua orang tahu kanak-kanak tak pandai bohong kan? Ngehngeh...
wah.. donat improver pun ada ye. tun pernah jumpa bread improver je (tu pun xpernah beli. hehe).
mmg gemus + montok2 donat kak chah ni..
datin chahh.. tak sanggup ai tengok anak2 yg sedang menggigit tu.. terliur melebihi iklan mcD lagiii.. owwhh best nyer donut. donut improver? nk carikk, mana leh kalah./ hahaha
Uhh semalam nampak la donut improver kat yummy bakery tu..ingat nak capai tapi pusing2 terus lupa...emmm ini salah satu wahsia donut jadi mengebusss ekkk...settt! next borre letak aaa...
CA, rahsia ke dua...tengok jenis lengan juga..kehkeh..
Izah...hehehe..dah tk jual dah...tambah2 kat ampang nun...stok di sekat setiba di ampang park..kuhkuh..
tun, yup..lagi satu sedang2 je adunan dia, ai folo je dlm resepi buk fatmah tu, except for telur...mmg montokss..so byk yg ilang lubangnya...kuhkuh..
As salam, aduh tengok gambar anak anak makan donut tu, mmg mengalahkan iklan makanan segera. Model berbakat gitu.
masa mana nak masukkan garam dgn yis ( pastikan garam dan yis tidak dimasuk dan diletakkan berdekatan semasa proses mencampur bahan.)
sampai berkali2 saya baca untuk cari time yg sesuai masukkan benda tu...tlng jelaskan
baik guna super bread improver lagi lembut