Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MASAK LEMAK IKAN SUNGAI


Ikan gebu baki Sang Nelayan saya takluki ari tu. Bukanlah baru dimasak. Selamat dikorbankan  setiba tong ikan seberat 10kg yang berisi ikan seberat 2kg di rumah dulu lagi. Memang tak tunggu lama-lama. Tapi tak diberi peluang untuk beraksi. Terpaksa beralah kepada nama-nama besar dalam industri ini. Donut Izah  dan cawangan baru burger MekChah yang dowh dowh tu. Hekhek.

Lagipun Datin dah insaf sikit ni. Baru nak kenang kembali  asal-usul Datin. Dari kampung rupanya. itu yang teringat kat masakan yang sangat dowh juga ni. 


Hatipun sedikit  bergolak  teringat 'anak sedara' yang sedang dilemma wanita tu. Sukar buat pilihan. Bandung atau Langkawi. Kahkahkah. 


Ini masakan orang Pahang. Juga tak dapat dipastikan asalnya dari sebelah mana. Tapi kebanyakan di sebelah Maran dan Temerloh ikan sungai dimasak lemak sebegini rupa. Ringkas tapi cukup rasa. Hanyir ikan dapat diseimbangkan oleh bau unik daun kesum tu. 

Sila, sila. Nasi ada di dapur tu, tak cukup sila tanak sendiri. Mungkin saya balik hari Khamis ni, nak ke rumah Kak Anymz jengah 'anak sedara' yang tengah keliru tu. Ainul, jangan dengar suara-suara sumbang dari Kak Izah dan Si Hasue ni tau. Diorang ni..ishh malas cakaplah..muahahahaha... 

Bahan-bahan:

1 ekor ikan sungai (kali ini saya gunakan ikan sebarau juga)
3-4 tangkai daun kesum
Segenggam kecil cili padi
1-2 keping asam gelugur
1/2 inci kunyit hidup
3 cawan santan pekat
Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara:
  • Basuh ikan dengan garam dan asam gelugur untuk menghilangkan hanyir ikan. Toskan
  • Tumbuk kunyit dan cili padi dan gaulkan dalam santan.
  • Masukkan ikan dan daun kesum ke dalam santan. Juga asam dan garam. Masak dengan api perlahan. Jaga-jaga tulang ikan!

10 Responses to MASAK LEMAK IKAN SUNGAI

  1. tun jugak yg xleh telan ikan sungai ni.. kalau ikan ungai tun buleh makan bila goreng garing2 je. tp kdg2 kene wat gak sbb hasben tun suka makan.. tang nk siang ikan yg x rela tu.. hanyiirr!

  2. As'salam Chah


    K.ct ni tak pernah makan ikan sungai, jadi tak tahu nak kata apa rasanya. Tapi anak dara k.ct yang duk kat Jengka tu merasalah sebab dah kat uitm tu semua ikan dia makan..hehehe

    Agak2nya dapat ker pujuk Ainul tu Chah..hahaha

  3. Assallamualaikum Chah..
    Salam perkenalan dari kak Naz..
    Bestnya lauk Chah ni. Kak Naz kalau masak lemak cili padi memang pantang jumpa. Habis rosak regim diet akak... Tak boleh control nak menambah nasi..

    Cantiknya gambar2 yg chah tangkap utk blog chah.. Kagum akak...

  4. tun, masa belum siang lagi tu, tabur dulu ngan garam n asam...ramas2 sikit, so 2in1,hanyir ilang, lendirpun ilang...nk siang jd senangla...:)

Leave a Reply