Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JAPANESE SOFT COTTON CHEESECAKE


Baik saya mulakan hari ini dengan kupanjatkan sepuluh jari memohon maaf kepada semua. Tak kiralah atas apa jua kekhilafan dan keterlanjuran yang sengaja atau memang sangat-sangat sengaja. *Kedengaran Datin memang benar-benar insaf tu.


Yang sebenarnya saya terasa sedikit ralat pasal sumber resepi kek ni. Bukan apa, berkali-kali dicuba dan padahnya berpusu-pusu cheese masuk ke perut saya tapi saya langsing langsung tak catat siapa penyumbang resepi ni. Itu zaman saya belum berblog, so saya jarang catatkan sumber. Janji resepi tu nampak menarik, salin, dah. Itu le pasal!


Saya cari juga di MyResepi, tempat melepak jaman muka tak berapa kedut dulu. Tapi jumpa resepi yang sama. Takkan saya pula yang cipta resepi ni?.Hohoho.

Bukanlah saya ni baik sangat sampai nak pergi depan pintu pagar ukir-ukir rumah penyumbang resepi ini untuk ucap terima kasih. Diapun segan nak terima tetamu ala-ala gila hadiah GA ni kot. Cuma terkilan. Lagipun kalau boleh saya sedaya upaya nak jaga etika berblog biar tiada artis-artis lain yang jeles, marah, geram dan berbulu kuta masin malikin conget kat Datin ni. Bluwekss!


Resepi kek ni hadir di saat saya memang tengah ditimpa perasaan dengan segala yang berkaitan dengan cheese, beberapa tahun lalu. Bermula dengan no bake cheese cake, termasuk kek ini. Rasanya? tak payahlah nak besar-besarkan isu lagi. Memang akan menang mudahlah kalau bertanding dalam PRU akan datang. Keh keh keh.



Bahan-bahan:
Sumber : Jika sesiapa tahu sapa pemilik resepi ini, sila telegram saya
Saiz hidangan : loyang spring form 9 inci/22 cm

Bahan A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar

Bahan B
40g tepung superfine (saya guna SRF)
30g tepung jagung
4 biji kuning telur

Bahan C
4 biji putih telur
110g gula halus
1/2 sudu teh cream of tar tar
Sedikit garam jika menggunakan unsalted butter

Cara-cara:
  • Masak Bahan A secara double boiler. Pastikan cheese dan butter dipotong kecil-kecil untuk mempercepatkannya larut. Setelah larut, pukul sedikit dengan whisk untuk memecahkan mana-mana cheese yang mungkin tidak dissolve sepenuhnya. Sejukkan.
  • Campur Bahan B dalam bekas berasingan. Pukul hingga sebati. Masukkan adunan Bahan A tadi dan kacau rata.
  • Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, cream of tar tar dan garam (jika berkaitan). Pukul dengan kelajuan maksimum hingga mencapai soft peak. 
  • Campurkan Bahan C ke dalam adunan tepung tadi dan kacau secara kaup balik secara perlahan-lahan untuk mengurangkan gelembung udara dalam Bahan C rosak. 
  • Lapik loyang dengan kertas minyak/baking paper dan oles bahagian tepinya dengan sedikit marjerin/butter. Tuang adunan perlahan-lahan ke dalam loyang. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan bakar secara steam bath pada suhu 160 darjah C kira-kira 30 minit atau kek masak.
  • Setelah kek masak, regangkan pintu oven dan biarkan kek sejuk dalam oven sebelum dikeluarkan. 

    13 Responses to JAPANESE SOFT COTTON CHEESECAKE

    1. owh.. beza sket dgn kek resepi alma@myr ye.. cuma lebih kurang je. maybe pemilik resepi ni kurangkan sukatan alma, atau alma tu tambah sukatan resepi nih. wallahua'alam.. xpe la, moga2 dpt pahala pemilik resepi kan.. yg penting kek ni mmg sedap sgt2.. tun buat aritu mmg x puas mkn.

    2. ai pun tak berani nak kata ni resepi ai. sebab ai memang jenis amik resepi orang jugak. sampai kena kutuk pun ado. hahaha.. tak pe la datin, adat la orang glemer mcm datin,pas ni kalau kena kutuk ngan retis lain, datin tadah je telinga ye.jgn lupa pakai subang ala2 besor gelang kaki kat telinga. ngahaha..

      dah berkurun nak try kek ni, tapi masih mood insaf mengenangkan 'lapisan'.

    3. tak kisah la chah.. pusing situ pusing sini, resipi lebih kurang jer.. ada yg ngaku resipi dia, duk canang merata org amik resepi dia tp dia tak tau org jumpa resipi asal tu dr web omputih.. janji kita citer yg resipi tu bukan resipi kita yg ori dah la kan.. bak sini sket kek cik kapas jepun tu.. ai laik :)

    4. Assallamualaikum untuk kali ke 2 Chah..

      Hehehe...Chah, kak naz dulu pun masa belum berblogging suka gak amik resepi dan simpan dlm folder sendiri cuma mungkin yg beza sikit dr Chah akak mmg akan tulis dlm catatan akak tu sumber resepi tersebut. Bukan sbb takot org kata kita ciplak resepi org tp sbb takut tak jumpa web tu balik bila nk tgk resepi2 baru dr web tersebut. Almaklumlah..masa tu buta IT lagi.. Jadi semua akak nak catat..

      Eh dlm citer chah kat atas tu, patutnya watak utama tu "datin" ke "chekgu besar"? hehehe..jangan marah ye chah.. Nanti tambah lagi kedut di muka..hihihi..akak gurau2 jer..

      Kek ni akak tak pernah lagi try.. Bila nak buat tah..

    5. chikadakbiru, tklah rasa beerdosa sgt kalau dibandingkan dengan melahap pure ciskek..:)

      tun, tuler pasal, check alma myR semua guna 6 eggs, hurmm

      izah, izah...lapisan tu bisa disembunyikan dengan membuat mejik...tambahkan lagi sukatan makanan yg disalurkan ke tekak, so lapisan itu akan hilangla..yg muncul hanya satu pelampung besar yang bisa digunakan disaat2 emergency...huihui...sila buat ye!

    6. kak nor, betul tu...saya tak sengaja...ai laik 2...

      ana, hehehe minat ke kt teko tu? dah pecahpun piringnya..maklumlah beli yg longgok2...kalau tk silap saya beli kt pavillion..sila dapatkan sekarang sementara stok masih ada...hehehe dah lama sangat tu...tunggulah hati saya tgh baik, saya buat GA teko buruk tu yer...kekekeke

      Kak Naz...chekgu besau tu masa buah cempedak diluar pagar...bila dah bertambah gedik ni tu yg tukar watak...hehehehe tq nyinggah...

      gee, memang gebu!

    Leave a Reply