Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAGU GULA MELAKA


Bila dijemput ke rumah Afiah, pasti ada dessert ni. Berpesta rumbalah semua orang. Bersenduk-senduk sagu masuk ke perut. Nasib baik cukup stok sagu untuk rakyat Malaysia yang lain. 


Tapi bila mengenangkan Cik Piah yang tengah mengidam kerepek nangka tu, takkan sayapun mengada-ngada nak suruh dia buat dessert ni untuk pesta muda-mudi lagi. Biar dia rehat dan saya pulak yang sediakan untuk hidangan fiesta di rembang petang. LOL


Cikgu Azimah hidangkan dengan susu cair. Pun terkesima juga dibuatnya. Sedap! Dengan santan apatah lagi. Mau terkeluar contact lense warna hazel dek tahap kenyamanannya yang melampau!

Sila ke dapur, masak sagu dan kita akan berpesta rumba muda mudi!

Bahan-bahan:

2 cawan sagu mata ikan
Air untuk merebus
Pewarna (jika suka)
Santan (campur dengan sedikit garam)/susu cair
Air gula Melaka secukupnya


Cara-cara:
  • Basuh dan rendam sebentar sagu. Masak dengan air yang banyak. 
  • Sentiasa dikacau untuk memastikan tiada ketulan dan sagu masak tidak sempurna. 
  • Masukkan beberapa titis pewarna makanan dalam air rebusan. 
  • Masak hingga sagu menjadi jernih. 
  • Lalukan di bawah air paip dan toskan. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. 
  • Hidang bersama santan/susu cair  dan air gula melaka. Pheww! Sejuk-sejuk lagi pheww!


One Response to SAGU GULA MELAKA

  1. eksusme... datin chahh.. nanti kalau pesta muda mudi ai.. *pasan muda* ai tak mau la dezet ni okeh.. ai nak yang ada stoberi dan beri beri yang lain. *sambil goyang gelang tebal sampai ke siku* haha..

    kak chah.. kalau ada pudig sagu gini, ai dah tak pandang pizza 4 tingkat bertatahkan cheese 'kelembuan' ..hehe

Leave a Reply