Bila buat pulut kuning mesti ada acara yang dikaitkan dengan kesyukuran. Macam bubur merah juga. Tapi Makngah Ainul rasa ada sedikit kekeliruan di situ. Sebab mana datang merahnya tu kan? Mungkin pencipta resepi itu buta warna? Ataupun masa buat bubur tu dalam kesamaran pelita minyak tanah, so yang cekelat boleh nampak macam merah? Kekekeke. Memang menempah naas betul lah ko nih!
Dulu-dulu emak buat pulut kuning lepas tu hantar kat tempat mengaji untuk makan ramai-ramai dengan kawan-kawan. Bersyukur tu sebab anak dia 'naik Quran besar' so tuduhan bahawa anak gadisnya itu bebal boleh ditolak mentah-mentah. Hihi.
Lepas tu bila dah sampai kat tengah-tengah Al Quran, juzuk 15 kat ayat Wal ya Talatthof tu. *Sila rujuk bacaan dalam Quran untuk tajwid yang tepat sebab bila ditulis dalam bahasa 1Malaysia, bunyinya akan lari sikit. Mode: Insaf
Kali ini saya memulut bukan untuk acara kesyukuran saya. Diminta kawan Hajah Datin untuk acara pejabatnya. *Pejabatmu pejabatku jua. Untuk meraikan sesuatu juga. Khabarnya yang ke 61. Tentu banyak pengalamannya. Berapa kalilah agaknya dia menyuap bubur merah ke tekaknya? Operasi buang batu karang? Mungkin rawatan muka secara stim dengan pakej urutan badan? Sudah! Sudah!
Jemput makan pulut yang syahdu ini. Rendang ayam juga syahdu. Kira yang syahdu-syahdu belaka lah. Semua Ainul punya pasal.Muahahahaha
Mak Ngah tengah syahdu lagi ni, resepi pulut kat sini atau sinipun ada. Nak merendang, godek aje kat sini. Syahdu! Syahdu!
Kreatif cik chah kita bila balut pulut kuning ngan daun pandan cenggitu......
Dh lama tak makan pulut kunen...pulut syahdu pulak tu...!! kik3x
Aduhai Kak Chah..sedapnyer..menitik air liur cheq...
Chah,tergodai i dengan nasi pulut ngan rendang tu..
kikikiki.. syahdu la sangat sesambil makan pulut, tak lama lepas tu kuyu mata. tidur ngan kesyahduan ekk.. nice pic! i loikee
syahdu lah sangat ko ya chah..hehe
meh nak bagi perangat lagi hati makngah ainul ni..
akak nak ambik sepiring nak bawak gi rumah zura dgn mas boleh?..ya lah nak merayakan kejayaan diorang kan?..beso pahala ko dapat chah...bagi makan org beso perut..hehe
terima kaseh sudi melayan contest akak tu ya chah..jgn serik utk masuk 2nd GA nanti ya..tunggu lah 6,7 bulan lagi ke..mana tau ada rezeki..nanti mak ainul nak usha2 kat langkawi..kot2 ada pyrex cap buaya ke kan?..hehe