Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SPAGHETTI MEAT BALL


Masih dalam mood tersenyum and say cheese!. Makan kek selembut kapas buat saya dihantui mimpi yang sedikit ngeri. Bukan apa, sambil suap kek tertengok pulak iklan 3 orang mokcik-mokcik 1Malaysia yang tengah promote makanan sihat bla bla bla. Wut eva!

Tapi saya bisa meneruskan senyuman manis bila membelek cadar perantin Sayang Sayang Baby Amsatun tu. Rasa hati penuh munger mimosa pudica. Selamat menghitung hari!


Spaghetti yang paling simple dari saya. Juga pilihan untuk lunch yang tak memeningkan kepala kalau keluar bersendirian untuk acara terapi minda. 

Bahan-bahan:
Saiz hidangan : 2 orang

Spaghetti secukupnya
3 senduk sederhana sos spaghetti bolognese asli (saya biasa gunakan brand Leggo atau Preggo)
1/2 biji bawang besar Holland (didadu kecil)
1 ulas bawang putih 
1/2 sudu dried mixed herbs
Garam, gula perasa
Sos lea & perrins
Olive oil
Parmesan cheese

Cara-cara:
  • Rebus spaghetti hingga empuk. Percikkan sedikit olive oil dalam air rebusan. Toskan.
  • Tumbuk kasar bawang putih. Tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos spaghetti dan sedikit air.
  • Masukkan mixed herbs dan sedikit sos lea & perrins 
  • Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan meatball dan hidangkan segera. 
  • Tabur parmesan cheese dan say cheese pada 3 orang mokcik 1Malaysia tu. 


Bahan-bahan (meat ball)

1 mangkuk kecil daging kisar
Sedikit lada sulah
2-3 sudu tepung ubi
Seasoning sauce
Garam

Cara-cara:
  • Gaul semua bahan dan bentukkan seperti bebola. 
  • Rebus dalam air rebusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. 
  • Apabila telah masak, bebola akan timbul seperti keropok lekor. 
  • Toskan dan hidangkan bersama sos spaghetti wut eva tu!

12 Responses to SPAGHETTI MEAT BALL

  1. teeeettt.. pinggan spegeti cam pinggan kak yatie meories ratu talam. alalala..

    sedap nengok anak dara tu makan. eh sapa 3 wanita berbicara makanan sihat.yang mak temah dan jiran 1 msia tu ke?hehe makanan ni sihat aje, yg penting di ambil sederhana kan...mcm makan kek chese gebu gebas tu. datin makan satu slice je kan? kan? khhaann sangat. haha

  2. iklan kartun kurangkn minyak garam gula tu tun biasa la tgk.. tp tgk je laa.. tangan lajuu gak mencapai segala apa didepan mata utk dikunyah2 sambil tgk tibi. muahaha.. (pastu sibuk nk bising2 bila makin bam2.. uhuk)..
    tun x makan daging.. meatball2 nih teringin gk nk buat, tp bila nk menghadapi bau daging t, terbantut pulak..

  3. chah,
    bila akak jenguk dapur ko nie..dari dulu lagi taw,kelako ade,senyum2 sendiri baca ko punya n3,rini baru nak tggl jejak..saja nak usik2 smbil tengok resipi meatball spaghetti ko nie..nnti ada kerajinan nak terai ler...maceehh yooo

  4. Izah..tu lerr..pasan ter serasyi bersyama lak pinggan ngan kak yatie..cemana leh sama ngan orang kebanyakan nih? bis tu datin kena beli noritake la gitu...uweh uweh uweh...

  5. tun,

    a ah..iklan tu ler...tapi tkde maknanya leh insaf...hehehe.. mmg, kalau orang tkleh makan daging, baupun tk buleh...tapi mak kak chah, daging ngan ayam tak makan, tapi bila masak, perghhh...cemana tu?

    nonie,

    kak chah bantai je tu..inspirasi tengok mak buat kopok lekor. Letak bread crumb dia tak berderai ke dlm piuk? tk penah terai la plak...

  6. kak asma, tq nyinggah. harap2 saya boleh menceriakan hari-hari akak lagi...heeeeee

    norsha, versi sumer ready made, ce suh tumis segala bagai buat rempahnya sendiri..tk koser la mak! :)

Leave a Reply